omniture

Keputusan Separuh Pertama 2019 Zoomlion: Pertumbuhan Pesat Industri dan Dorongan Kecekapan Menjurus Kepada Keuntungan Tiga Kali Ganda

Zoomlion
2019-09-09 08:23 368
  • Keuntungan bersih meningkat 198.11 peratus berbanding setahun yang lalu kepada 2.58 bilion yuan.
  • Pendapatan melonjak sebanyak 51.23 peratus semasa tempoh yang sama.
  • Margin kasar melonjak 4.68 mata peratusan kepada 30.01 peratus.

CHANGSHA, China, 9 September 2019 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science and Technology Co, (000157.SZ) pembuat peralatan kejuruteraan dan pertanian Cina yang terkemuka, melaporkan hampir tiga kali ganda dalam pendapatan separuh pertama, hasil daripada pertumbuhan pesat industri dan pengukuhan daya saing keseluruhan antara pengurusan korporat dan produk yang dilancarkan semasa tempoh berkenaan.

Zoomlion melaporkan keuntungan bersih sebanyak 2.58 bilion yuan semasa enam bulan pertama tahun 2019, meningkat 198.11 peratus daripada setahun yang lalu. Pendapatan melonjak 51.23 peratus semasa tempoh berkenaan.

Prestasi cemerlang mengukuhkan kedudukan utama Zoomlion dalam industri peralatan kejuruteraan China, yang mana permintaan terhadap produk utama syarikat, termasuk jentera pengangkat dan jentera pam konkrit kekal tinggi.

Penstrukturan dalaman dan rombakan dalam sistem insentif dan pengurusan syarikat menyuntik kekuatan dan meningkatkan daya saing semasa tempoh yang sama, membolehkan pengeluar untuk mengambil peluang yang lebih baik daripada peningkatan permintaan.

Keuntungan lebih tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini membawa kepada peningkatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), membolehkan Zoomlion untuk 'memperkenalkan' produk-produk yang lebih pintar dan andal pada separuh pertama yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik. Siri produk 4.0 Zoomlion diterima baik khususnya di kawasan ini.

Zoomlion turut mempercepatkan pembangunan enjin pertumbuhan baharu. Platform kerja udaranya kekal popular, manakala produk berkuasa Litium yang utama dalam industri memperoleh pesanan bernilai 230 juta yuan pada hari pertama pelancaran. Dalam masa yang sama, jentera kerja tanah Zoomlion pantas menembusi pasaran dengan kejayaan yang amat besar, dengan jualan dijangka meningkat berlipat kali ganda hasil daripada ekosistem yang dibina berkisarkan keperluan pelanggan.

KEUNTUNGAN LEBIH TINGGI

Zoomlion bukan sahaja berkembang dari segi saiz tetapi juga menjadi lebih menguntungkan. Margin kasarnya melonjak sebanyak 4.68 mata peratusan pada separuh pertama, kepada 30.01 peratus.

Margin lebih tinggi adalah hasil daripada peralihan ke arah produk-produk dengan halangan teknologi yang lebih tinggi. Siri 4.0 produk pintar syarikat telahpun menyumbang sebanyak lebih 80 peratus daripada jumlah jualan.

Di samping itu, Zoomlion menunjukkan kemajuan yang baik dalam mengurangkan kos. Syarikat mengurangkan perbelanjaan jualan, pengurusan dan kewangan sebanyak 2.4 mata peratusan, lalu menyumbang kepada keuntungan yang lebih tinggi, di samping meningkatkan kecekapan operasi, dengan purata hari kutipan belum terima dan perolehan inventori menurun dengan ketara, masing-masing kepada 218 dan 84.

Meskipun berlakunya peningkatan daya saing dalam pasaran, Zoomlion terus mengambil serius pengurusan risiko dan terus memantau risiko-risiko yang dikaitkan dengan pelanggan dan perniagaan dengan teliti, melalui data raya dan sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) mereka.

Keputusan ini menyaksikan Zoomlion menikmati kunci kira-kira yang lebih baik dan kekuatan kewangan yang mantap apabila ia melangkah ke separuh kedua tahun ini dengan aliran tunai operasi bersih meningkat 124.19 peratus daripada setahun yang lalu kepada 3.58 bilion yuan, menyediakan asas yang kukuh untuk pertumbuhan berkualiti.

Zoomlion akan terus menyediakan produk dan perkhidmatan hebat serta nilai untuk pelanggan dan pemegang saham melalui penambahbaikan dalam perniagaan kejuruteraan dan pertaniannya.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) (000157.SZ) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih 460 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi 10 kategori utama.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation Earnings