omniture

Jalan Sutera Xinhua: AI bantu perkasa Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN demi pembangunan lebih baik

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-12 03:03 387

BEIJING, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Kecerdasan buatan (AI) dianggap secara meluas oleh para hadirin di Sidang Kemuncak AI China-ASEAN Pertama sebagai daya penggerak bagi menggalakkan pembangunan yang lebih baik untuk Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

China telah mengekalkan kedudukannya sebagai rakan dagangan terbesar untuk ASEAN selama sepuluh tahun berturut-turut. Dalam separuh pertama tahun 2019, ASEAN menjadi rakan dagangan kedua terbesar China buat julung kalinya, dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah 291.85 bilion dolar AS, meningkat 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.

The First China-ASEAN AI Summit is held in Nanning, capital of Guangxi Zhuang Autonomous Region, September 9.
The First China-ASEAN AI Summit is held in Nanning, capital of Guangxi Zhuang Autonomous Region, September 9.

Perdagangan yang mantap mendapat manfaat daripada teknologi AI yang digunakan secara meluas. Sebagai contoh, pemilik rangkaian kedai tembikai segar di Zhengzhou, Wilayah Henan China tengah boleh mengetahui secara langsung tentang status pertumbuhan buah naga, jenama dan dos racun perosak yang digunakan di dusun Thailand melalui kamera Hikvision yang dipasang di dusun berkenaan.

Selain daripada bidang pertanian, teknologi AI juga telah diaplikasikan dalam bidang bantuan bencana.

Pada Julai 2018, ketika Laos telah dilanda banjir yang serius, empangan tambahan stesen hidrokuasa yang sedang dibangunkan di Wilayah Attapeu runtuh, mengakibatkan begitu ramai orang kehilangan tempat tinggal.

Hasil daripada teknologi pemetaan kawalan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang disediakan oleh sebuah syarikat China dan analisis data AI, pasukan bantuan di Laos dapat menemui banyak kawasan yang dilanda bencana yang tidak ditemui sebelum ini serta dapat menyelamatkan ramai penduduk yang terperangkap selepas merancang semula laluan.

Chairat Porntipwarawet, konsul besar Kosulat-General Thai Diraja di Nanning, berkata bahawa platform untuk ASEAN dan China saling berhubung dan bekerjasama dalam bidang AI adalah amat penting, yang akan memberi peluang pembangunan baharu bagi meningkatkan kesejahteraan kedua-dua pihak.

Di sidang kemuncak ini, platform perkhidmatan maklumat kewangan China-ASEAN telahpun dilancarkan, yang mana ramai pakar percaya bahawa ia akan menyediakan saluran penting untuk "dok tepat" bagi kewangan dan ekonomi sebenar dalam Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Menurut individu yang bertanggungjawab terhadap platform ini, platform ini akan menyediakan perkhidmatan maklumat profesional seperti maklumat kewangan, data, analisis dan perundingan untuk syarikat-syarikat Cina yang akan berkembang ke luar negara dan syarikat-syarikat ASEAN yang menembusi China melalui saling sambungan dengan Jalan Sutera Xinhua, satu platform maklumat ekonomi yang menawarkan perkhidmatan untuk pembinaan Jalur dan Jalan. Ia bukan sahaja akan menyediakan perkhidmatan untuk pembangunan perniagaan antara China dan ASEAN, tetapi juga turut membantu menggalakkan perbincangan individu-kepada-individu antara kedua-dua pihak.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308241.html?from=timeline

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190910/2575115-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Agriculture Airlines/Aviation Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Travel Trade show news