omniture

Jalan Sutera Xinhua: Kereta Hongqi baharu China menonjol di Pameran Motor Antarabangsa

Xinhua Silk Road Information Service
2019-09-12 18:45 631

BEIJING, 12 September 2019 /PRNewswire/ -- Pembuat auto yang terkemuka di China, FAW Group membawakan model-model canggih daripada jenama sedan ikoniknya Hongqi ke Pameran Motor Antarabangsa (IAA) di Frankfurt tahun ini. Ia menandakan penampilan kedua jenama Hongqi di pameran motor tahap tertinggi dunia sejak penampilan sulungnya dalam Auto Mobil International (AMI) di Leipzig pada tahun 1960.  

Tatkala pameran auto tersebut tiba ke hari terbuka kesepuluh untuk media pada hari Selasa, tempat kelapan dipenuhi dengan pengunjung yang menunggu untuk melihat dua buah kereta baharu di pentas di bawah penutup berwarna perak, namun menonjolkan garis bentuk yang elegan.

Xu Liuping, pengerusi FAW Group, berucap di Pameran Motor Antarabangsa (IAA).
Xu Liuping, pengerusi FAW Group, berucap di Pameran Motor Antarabangsa (IAA).

Berserta muzik yang dinamik dan pencahayaan yang indah, Xu Liuping, pengerusi FAW Group, membuka penutup pada kereta-kereta baharu tersebut, kereta super rekaan sendiri dan buatan sendiri yang pertama oleh Hongqi, S9 dan konsep SUV elektrik sepenuhnya E115.

Diketahui bahawa kedua-dua model kereta baharu tersebut mewakili teknologi dan reka bentuk terbaharu Hongqi. Membawakan sistem kuasa hibrid V8T baharu, S9 ialah produk pertama dalam siri S jenama ini.

Xu berkata S9 ialah satu penyepaduan antara konsep reka bentuk Hongqi, sifat keluarga, teknologi kejuruteraan terbaik dunia dan kelajuan pantas, yang menggabungkan dengan lancar seni dan teknologi. 

"S9 bukan sekadar suatu barang pameran, ia akan dibawa untuk pengeluaran besar-besaran dan diserahkan kepada pelanggan menjelang tahun 2021," ujar Xu.

Dengan julat jelajah sejauh 600 kilometer, E115 ialah sebuah kereta pintar yang dapat memilih mod memandu dan tahap pandu-automatik mengikut lalu lintas, keutamaan pemandu dan rancangan perjalanan.

Hongqi mempersembahkan model-model kereta baharu di Pameran Motor Antarabangsa (IAA).
Hongqi mempersembahkan model-model kereta baharu di Pameran Motor Antarabangsa (IAA).

Hongqi telah memulakan perjalanan baharu dengan strategi dan visi serba baharu untuk mencipta "kehidupan yang baik dan mobiliti yang baik" untuk pelanggan di China dan di mana-mana jua, kata Xu dalam sidang akhbar.

Di bawah tema "Memacu Masa Depan," IAA tahun ini beralih daripada pameran motor klasik kepada platform untuk membincangkan tentang masa depan mobiliti individu. Mempunyai sejarah selama seratus tahun, pameran dwitahunan ini, turut dikenali sebagai Olimpik bagi industri auto global, ialah salah satu daripada lima eksposisi automobil terbaik di dunia.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/308296.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576727-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190911/2576727-1-b?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Auto Transportation Trade show news