omniture

Smart Contract Security Alliance Umum Majlis Pengasas

Smart Contract Security Alliance
2019-10-18 19:59 129

SAN FRANCISCO, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Smart Contract Security Alliance dengan bangganya mengumumkan majlis pengasasnya dan mengiktiraf sumbangan yang dibuat oleh ahli-ahlinya bagi mengembangkan ekosistem sekuriti ini tahun lalu.

Smart Contract Security Alliance - Founding Council
Smart Contract Security Alliance - Founding Council

"SCSA bermula berdasarkan premis bahawa terdapatnya jumlah nilai yang besar dalam pemimpin-pemimpin industri sekuriti rantaian blok yang bekerja bersama-sama. Apabila kami semua berhimpun, gabungan kepakaran kami dapat membimbing dengan lebih baik pertumbuhan yang terjamin buat semua." - Bernhard Mueller, MythX

SCSA berasa bangga untuk berkongsi beberapa pencapaian terkini ahli-ahli perikatan kami:

Pada September 2018, Sekolah Pengkomputeran National University of Singapore membuka CRYSTAL Centre, sebuah kemudahan penyelidikan rantaian blok dan badan pemikir yang ditubuhkan oleh profesor-profesor ternama Dr. Prateek Saxena dan Keith Carter. Ia telah dinamakan sebagai salah sebuah kemudahan yang paling berpengaruh dalam membentuk mata wang kripto hari ini.

LayerX , salah satu firma audit sekuriti rantaian blok ulung Jepun telah menjadi terkenal hasil daripada usaha mereka membangunkan Plasma dalam bahasa selamat Vyper. Pelaksanaan Ethereum "lapisan 2" ini mempercepatkan transaksi dan dalam masa yang sama memastikan sekuriti sebagai keutamaan. Baru-baru ini, mereka membantu memperbaiki dan mengesahkan secara rasmi CBC Casper CasperLabs, satu penaiktarafan signifikan kepada model rantaian blok bukti kerja intensif-tenaga semasa.

NRI SecureTechnologies , dimulakan oleh Nomura Research Institute, membawakan hampir 20 tahun pengalaman keselamatan siber kepada perkhidmatan rantaian blok mereka. Mereka diiktiraf sebagai salah satu penyedia global dalam mengurus perkhidmatan sekuriti oleh Forrester dan baru-baru ini menerima pensijilan Pelayan Sejagat FIDO mereka; "Pelayan Sejagat FIDO" ke-5 di dunia yang dapat berbuat demikian.

Fujitsu R&D Center , sebuah syarikat kumpulan Fujitsu yang berpangkalan di China ditubuhkan pada tahun 1998. Mereka membangunkan teknologi termasuk komunikasi optik, komunikasi tanpa wayar berkelajuan tinggi, pemprosesan bahasa, pemprosesan pengetahuan, pemprosesan multimedia, pengkomputeran awan dan rantaian blok. Baru-baru ini, mereka mengumumkan kebolehan mereka untuk mengesan 13 jenis risiko berpotensi dalam penyelesaian rantaian blok perusahaan.

Blockgeeks , ditubuhkan pada tahun 2017 oleh Ameer Rosic dan Dimitry Buterin, ialah platform pendidikan dipercayai yang menyediakan lebih 1000 kursus tentang mata wang kripto dan rantaian blok. Dengan lebih 14k pelanggan, saluran YouTube mereka perlu ditonton oleh mana-mana pelajar baharu. Baru-baru ini mereka mengumumkan perkongsian dengan WozU dan memperkenalkan Bountyone, platform eksklusif mereka untuk audit kontrak pintar terpencar rantaian blok.

MythX , terdiri daripada auditor-auditor sekuriti ConsenSys yang khusus dan Bersama-sama Ditubuhkan oleh Tom Lindeman dan penyelidik terkenal Bernhard Mueller, baru sahaja melepasi 1 juta imbasan kerentanan kontrak pintar pada platform mereka. Baru-baru ini mereka melancarkan beta, satu pencapaian mengagumkan memandangkan ia baru sahaja bermula setahun lalu sebagai projek komuniti kecil-kecilan.

Quantstamp mendayakan masa depan aplikasi rantaian blok yang lebih selamat dan lebih andal melalui audit kontrak pintar dan Rangkaian Sekuriti Quantstamp. Melalui perkhidmatan mereka, mereka telah memperoleh lebih satu bilion dolar nilai aset digital melalui audit mereka, mengusahakan platform-platform seperti Binance Stablecoin dan platform Klaytn untuk Kakao. Baru-baru ini, penyelidik-penyelidik daripada Quantstamp menerbitkan Fundamentals of Smart Contract Security, buku pertama di dunia yang dikhususkan untuk subjek sekuriti aplikasi rantaian blok.

Sekiranya anda berminat untuk bertemu kami dan mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif kami, hantarkan mesej kepada kami di info@smartcontractsecurityalliance.com.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1011670/Smart_Contract_Security_Alliance.jpg

Source: Smart Contract Security Alliance
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Blockchain