omniture

Persidangan Tahunan Persekutuan Pelancongan Gunung Antarabangsa 2019 dibuka pada Oktober

International Mountain Tourism Alliance
2019-10-18 20:48 164

GUIYANG, China, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/-- Pada 12 Oktober, satu taklimat berita untuk Persidangan Tahunan Persekutuan Pelancongan Gunung Antarabangsa 2019 telah diadakan di Guiyang. Dengan tema "Bekerjasama untuk Membina Komuniti dengan Berkongsi Masa Depan dalam Pelancongan Gunung", memberi tumpuan kepada isu-isu utama seperti ekologi, hijau, perlindungan alam sekitar, pengurangan kemiskinan dan inovasi, persidangan ini akan meneroka jalan untuk pembangunan lestari terhadap pelancongan gunung dunia dalam konteks global.

Fokus pada ekologi, hijau, perlindungan alam sekitar, pengurangan kemiskinan dan inovasi
Fokus pada ekologi, hijau, perlindungan alam sekitar, pengurangan kemiskinan dan inovasi

Persidangan ini mempunyai tiga aktiviti penting: Mesyuarat Majlis IMTA, Majlis Perasmian Bangunan Ibu Pejabat IMTA, dan Majlis Perasmian dan Tema Forum. Ucapan dasar  dan pertukaran idea akan disampaikan berkenaan dua subjek: Kemajuan pelancongan gunung antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030, dan Melindungi alam  sekitar, pembangunan hijau dan memberi manfaat kepada rakyat – tema abadi pelancongan gunung yang mapan.

Untuk menggalakkan kemajuan pelancongan gunung dunia, dan membina platform pertukaran eksklusif di kalangan pelancongan antarabangsa dan destinasi pelancongan gunung, "Wilayah Taman Gunung" Guizhou telah memulakan inisitif penubuhan Persekutuan Pelancongan Gunung Antarabangsa. Setelah diluluskan oleh Majlis Negeri dan berdaftar dengan Kementerian Hal Ehwal Awam China, IMTA secara rasmi ditubuhkan di Guizhou pada 15 Ogos, 2017.

IMTA ialah persatuan sivil bukan berasaskan keuntungan antarabangsa yang ditubuhkan oleh institusi-institusi pelancongan, kumpulan, perusahaan dan individu-individu di negara-negara dan wilayah  pergunungan utama  dunia secara sukarela. IMTA menempatkan ibu pejabat dan sekretariatnya di Guiyang, Wilayah Guizhou, dan pejabat perhubungannya di Beijing, China.

IMTA komited dalam melindungi dan menggunakan sumber-sumber pelancongan pergunungan, mempromosikan kemajuan pelancongan gunung, dan memajukan pembangunan mampan pelancongan gunung dan ekologi.

Pada masa ini, ibu pejabat IMTA akan menyediakan perkhidmatan profesional kepada semua ahli, mengadakan dialog, pertukaran, platform kerjasama untuk ahli-ahli dan bergantung kepada sumber-sumber anugerah gunung untuk membimbing kepada peningkatan industri pinggiran.

Hari ini, IMTA bekerja mengikut peraturan-perturan dan tujuannya dengan ketat, dan berusaha untuk memajukan pembinaan dan pembangunan pelancongan gunung dunia.

IMTA tidak sabar untuk bertemu mereka yang menghadiri Persidangan Tahunan Persekutuan Pelancongan Gunung Antarabangsa 2019 dari 27 hingga 29 Oktober. Untuk mendaftar bagi menyertai persidangan, sila lawati laman sesawang rasmi IMTA: http://www.imtaweb.net/forum/index_en.jsp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2612532-1?lang=0

Source: International Mountain Tourism Alliance
Related Links:
Keywords: Environmental Products & Services Travel Not for profit