omniture

Token tri-logam Royal Canadian Mint menang Anugerah Kecemerlangan Mata Wang 2019 International Association of Currency Affairs untuk produk syiling, ciri atau inovasi edaran baharu Terbaik

Royal Canadian Mint
2019-10-18 20:56 131

OTTAWA, Ontario, 18 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint berbesar hati kerana teknologi syiling tri-logam termajunya meraih pengiktirafan industri mata wang global dengan dinobatkan sebagai Produk syiling, ciri atau inovasi edaran baharu terbaik bagi Anugerah Kecemerlangan Mata Wang untuk Syiling International Association of Currency Affairs (IACA) 2019. Anugerah ini diumumkan secara rasmi pada 15 Oktober 2019 di Persidangan Syiling di Rome, Itali.

"Mint berbangga kerana inovasi kami terus menerima pengiktirafan seluruh dunia daripada International Association of Currency Affairs dan rakan-rakan industri kami," kata Marie Lemay, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Royal Canadian Mint. "Kami teruja untuk menambah teknologi syiling tri-logam kami kepada senarai panjang penyelesaian syiling yang kami tawarkan kepada pelanggan antarabangsa kami."

Token tri-logam mengandungi gegelang keluli bersadur loyang, dengan keluli bersadur nikel pada teras dalaman dan keluli bersadur tembaga pada sisi bertentangan. Dengan pengaturan rumit berbilang bahan, token ini menggabungkan ciri-ciri sekuriti nyata dan terselindung yang paling canggih, termasuk tandatangan elektromagnet berbeza dalam peralatan jual.

Imej-imej inovasi yang memenangi anugerah ini boleh didapati di sini.

Mint turut berbangga kerana telah mengeluarkan syiling edaran Hari Gencatan Senjata berwarna 2018 Reserve Bank of New Zealand yang memenangi anugerah dalam kategori-kategori Syiling Edaran atau Ujian Peringatan Baharu Terbaik pada Nilai Muka dan Program, Laman Sesawang atau Aplikasi Pendidikan Awam Syiling Edaran Terbaik.

Anugerah Kecemerlangan Mata Wang diperkenalkan oleh IACA pada tahun 2007 untuk mempromosikan dan mengiktiraf kecemerlangan dalam isu, pengeluaran, pemprosesan, pengurusan dan pengedaran mata wang. Mint berbangga kerana diiktiraf melalui beberapa anugerah Kecemerlangan Mata Wang terdahulu:

  • program syiling edaran peringatan 150 Kanada dalam kategori Program Komunikasi Baharu Terbaik (2017)
  • pengiktirafan bersama dengan Reserve Bank of New Zealand untuk syiling edaran berwarna ulang tahun ke-100 Anzac 50-sen New Zealand, dalam kategori Syiling Edaran Peringatan atau Ujian Baharu Terbaik (2015);
  • syiling edaran $1 dan $2 bersadur keluli berbilang lapis dengan ciri-ciri keselamatan termaju, diperkenalkan pada tahun 2012, dalam kategori Inovasi Syiling Baharu Terbaik (2013);
  • program syiling edaran peringatan Sukan Musim Sejuk 2010 Vancouver dalam kategori Siri Syiling Baharu Terbaik (2011); dan
  • syiling edaran Pink Ribbon 25-sen 2006 dalam kategori Syiling Baharu Terbaik (2007).

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang wang yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.

Latar Belakang IACA
Berganding bahu dengan sektor awam dan swasta, matlamat IACA adalah untuk menyediakan pertukaran antarabangsa untuk perundingan dan kolaborasi berhubung hal-hal yang menarik minat pemegang kepentingan dalam kitaran pembayaran tunai dan untuk menyumbang kembali kepada industri melalui faedah-faedah yang disediakan daripada pelbagai kerja projek, program dan juga sumber maklumat kami. Syarikat-syarikat ahli termasuk semua pemegang kepentingan dalam kitaran pembayaran tunai termasuk: bank pusat; pihak berkuasa pengeluaran mata wang; kementerian-kementerian kewangan; kilang cetakan negeri dan komersial; kilang syiling negeri dan komersial; syarikat pengurusan tunai; pembekal industri mata wang dan pembekal pengendalian tunai.

Untuk maklumat lanjut: Alex Reeves, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Awam, (613) 884-6370, reeves@mint.ca

Source: Royal Canadian Mint
Related Stocks:
Toronto:MNT
Related Links:
Keywords: