omniture

Ucommune Terima Anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pengiktirafan Inovasi CSR Global

Ucommune
2019-10-19 00:25 432

NEW YORK, 19 Oktober 2019 /PRNewswire / -- Pengasas dan pengerusi Ucommune, Dr. Daqing Mao, telah diundang untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tanggungjawab Sosial Korporat Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2019 pada pertengahan Oktober di ibu pejabat New York PBB, yang mana beliau akan menerima Anugerah Inovasi CSR Global bagi pihak Ucommune buat tahun kedua berturut-turut atas sumbangan syarikat dalam membantu menginspirasikan usahawan. Anugerah berprestij ini mengiktiraf sumbangan penting oleh Ucommune terhadap pembangunan amalan CSR sebagai salah satu penyedia komuniti kerja bersama yang inovatif dan rintis di China.

Ucommune Terima Anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Pengiktirafan Inovasi CSR Global.
Ucommune Terima Anugerah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Pengiktirafan Inovasi CSR Global.

Dianjurkan oleh Jawatankuasa Eksekutif NGO/DPI PBB dan Yayasan CSR Global, Sidang Kemuncak Tanggungjawab Sosial Korporat Global PBB 2019 menganugerahi perusahaan dan individu yang telah menyepadukan CSR ke dalam operasi dan strategi perniagaan utama mereka. Dengan misinya untuk memupuk komuniti buat usahawan muda bagi memberi tumpuan kepada penyelesaian untuk cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar yang mendesak pada hari ini, Ucommune berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi global untuk meneruskan matlamat kemampanan global dan diiktiraf oleh PBB sebagai pengusaha penting dalam membina masa depan bandar yang mampan.

"Kami berbesar hati untuk menerima undangan ini. Anugerah PBB ini mengesahkan komitmen berterusan kami untuk membentuk semula budaya kerja untuk generasi-generasi baharu. Dengan asal usul kami sebagai platform ruang-sebagai-satu-perkhidmatan untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat baharu yang sedang berkembang, Ucommune secara semula jadinya menggalas tanggungjawab untuk menerajui agenda CSR global pada masa kini dan masa depan," kata Mao. "Dengan sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan kami bagi memperkasa generasi usahawan seterusnya, kami bermatlamat untuk menghidupkan semangat keusahawanan yang mampan dan merealisasikan transformasi sosial untuk dunia dalam era baharu ini."

Bagi membantu lebih ramai siswazah untuk mempraktikkan idea mereka, syarikat mewujudkan Ucommune Lecture, platform kepimpinan yang menyasarkan untuk mencipta persekitaran yang kondusif kepada pelajar-pelajar yang inovatif. Ia mendekatkan mereka kepada usahawan-usahawan berjaya dalam bentuk ceramah yang mana para siswazah dapat memperoleh kemahiran keusahawanan, nilai dan memupuk sikap yang sesuai ke arah perniagaan masa depan mereka.

Menyokong keusahawanan dan pekerjaan untuk belia kurang upaya juga menjadi keutamaan yang tinggi dalam agenda tersebut. Ucommune menggalakkan golongan berpemikiran hebat untuk mencapai impian mereka, menyediakan laluan menuju kejayaan untuk individu kurang upaya dalam syarikat dan melibatkan majikan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Bagi memupuk nilai sosial kolektif yang lebih tinggi melalui inovasi dan kolaborasi, Ucommune terus menggiatkan usaha untuk merevolusikan komuniti bandar dengan meningkatkan kecekapan pengurusan hartanah dengan ruang kerja bersama untuk syarikat-syarikat baharu. Dengan kos, kecekapan dan kemudahan sebagai keutamaannya, Ucommune telah mewujudkan 200 ruang kerja bersama yang menggalakkan, iaitu ruang yang telah menarik minat golongan nomad digital, karyawan bebas, usahawan dan syarikat baharu dari seluruh dunia.

Ucommune bermatlamat untuk menakrifkan semula budaya tempat kerja dan mencipta platform seluruh dunia yang unik yang menyepadukan dengan lancar komuniti fizikal dan digital untuk orang ramai belajar, berhubung dan berkembang maju bersama-sama dalam persekitaran yang rancak dan terbuka. Selain ruang kerja bersama yang fleksibel dan dinamik, Ucommune menyediakan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan perniagaan karyawan bebas dan usahawan, termasuk penyelesaian pengiklanan dan penjenamaan, inkubasi dan perkhidmatan modal usaha niaga korporat, latihan sumber manusia, nasihat kewangan dan undang-undang, perkhidmatan reka bentuk dan pembinaan serta sokongan IT.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://ucommune.com.hk/

Latar Belakang Ucommune

Ucommune ialah pengendali komuniti kerja bersama China. Setakat 30 Jun 2019, Ucommune mengurus 200 ruang kerja bersama di 44 bandar di Rantau Besar China, Singapura dan Bandar Raya New York. Perkhidmatan ruang kerja bersama luar talian Ucommune termasuk model-model kendalian sendiri U Space co-working, U Studio dan U Design untuk ruang tersuai, selain model-model kurang-aset, U Brand dan U Partner. Menerusi empat tahun penerokaan, Ucommune memupuk ekosistem kerja bersama pintar pada skala global, yang mana ahli-ahli kami dapat memanfaatkan rangkaian kami untuk menyerlahkan potensi mereka dan mencipta nilai maksimum secara kolektif.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191016/2611022-1?lang=0

 

Source: Ucommune
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Real Estate Awards