omniture

Avidity Science Peroleh Edstrom Japan Ltd

Avidity Science
2019-10-20 01:24 107

WATERFORD, Wisconsin, 20 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Avidity Science dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan pemerolehan Edstrom Japan Ltd. Pemerolehan ini melanjutkan usaha Avidity Science untuk membina jejak globalnya yang menyokong pasaran alatan penyelidikan.

Berpangkalan di Tokyo, Jepun, Edstrom Japan menyediakan rangkaian luas penyelesaian produk dan perkhidmatan ke dalam pasaran penyelidikan vivarium Jepun selama lebih 30 tahun. Selain menyokong portfolio penulenan air Avidity Science, Edstrom Japan menyediakan pelbagai peralatan, bahan guna habis dan perkhidmatan yang digunakan dalam penyelidikan bioperubatan.

"Dengan memperoleh Edstrom Japan, kami akan meluaskan penglibatan pelanggan kami di Asia, menyokong objektif kami untuk menjadi rakan kongsi alatan penyelidikan yang lebih bernilai dalam pasaran-pasaran utama," kata Doug Lohse, Ketua Pegawai Eksekutif, Avidity Science. "Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam misi kami untuk mendayakan sains bagi meningkatkan kualiti hidup."

"Kami teruja dengan sejauh mana keupayaan Edstrom Japan akan membolehkan syarikat kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi di Jepun," kata Yasuto Tamukai, Pengarah Urusan – Asia Raya, Avidity Science.

Latar Belakang Avidity Science
Avidity Science ialah peneraju seluruh dunia bagi sistem penulenan air dan peralatan makmal untuk penyelidikan saintifik dan kemudahan penjagaan kesihatan. Sejak ditubuhkan pada tahun 1969, ia telah membina kedudukan kepimpinan dalam pasaran penyelidikan makmal melalui kombinasi unik penulenan air dan penghantaran, pemantauan alam sekitar serta penyelesaian perkhidmatan. Kunjungi kami di: www.AvidityScience.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/716246/Avidity_Science_Logo.jpg

 

 

Source: Avidity Science
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Acquisitions, mergers, takeovers