omniture

Aset Digital TDN Digunakan untuk Peroleh $25j Grafit

TODAQ
2019-10-20 23:33 128

TODAQ dan Gratomic Inc mencapai kata sepakat untuk pembelian komoditi kali pertama dengan TDN

Grafit antara banyak komoditi rizab sokongan

TORONTO, DUBAI, UAE dan SEOUL, Korea Selatan, 20 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Firma teknologi SoyTech TODAQ, pencipta-pencipta aset digital kriptografi TDN, telah mencapai persetujuan dengan Gratomic Inc untuk pembelian grafit bernilai US$25j. Ini ialah urus niaga pertama seumpamanya, dengan grafit  disimpan dalam rizab sokongan untuk terus menyokong nilai sebenar TDN yang dikeluarkan; satu strategi utama di sebalik evolusi program ganjaran TDN, serta membolehkan pemilikan kriptografi komoditi apabila ia diproses dan diperdagangkan.

Berikutan pengumuman pelaksanaan program kesetiaan komersial yang bakal diadakan baru-baru ini dan penyenaraian BitForex, pembelian komoditi pertama dengan TDN ini menggambarkan satu pencapaian penting untuk kumpulan di belakangnya. TODAQ merancang dan melaksanakan pembinaan satu aset digital dengan nilai sebenar dan kesalingoperasian agar semua urusan perniagaan, peniaga dan pasaran boleh menggunakan pemilikan yang mantap dan berurus niaga dengan pantas dengan keselamatan dan kestabilan jangka panjang, dengan rizab sokongan aset menjadi tunjang kepada strategi ini.

Gratomic Inc merupakan perintis dalam perlombongan dan pengkomersialan produk-produk grafit, termasuklah grafena bahan nano yang sangat kuat yang digunakan secara meluas dalam ekonomi digital kerana keupayaan konduktifnya pada papan litar, bersama dengan pelbagai kegunaan untuk pasaran umum, seperti dengan produk-produk elastomer dan polimer, termasuklah pasaran tayar bernilai $222 bilion.

Bercakap tentang TDN untuk urus niaga grafit, Pengerusi Eksekutif Gratomic Sheldon Inwentash mengulas, "Membina khazanah jangka panjang kami dan mencipta pemilikan digital komoditi selamat yang boleh membawa satu sejarah yang tidak berubah tentang kualiti, jumlah, pengendalian, ujian dan jagaan, dan yang mana boleh berjalan lancar menerusi rantaian pembuatan atau di atas platform dagangan adalah di mana kami perlu berada. Oleh sebab kami beralih kepada pengeluaran, program pemerolehan ini mencipta asas untuk memulakan kerja yang bertumpu."

Ketua Pegawai Eksekutif TODAQ Hassan Khan menambah: "Ini merupakan urus niaga pertama daripada banyak urus niaga yang disusun untuk memberikan sokongan tersebut satu gabungan aset dan komoditi yang mencerminkan nilai sebenar yang boleh difahami oleh pasaran-pasaran sedia ada. Sering kali, aset-aset digital bergantung kepada sentimen untuk nilai tanggap, kami menginginkan agar TDN memiliki kedua-dua kegunaan dan kekukuhan."

TODAQ sedang mengusahakan beberapa urus niaga TDN yang lain, termasuklah bahan mentah, komoditi logam dan penempatan komersial TDN ke dalam pasaran pengguna.

"Mempelbagaikan sokongan untuk menguatkan kegunaan sebenar TDN dalam ekonomi yang lebih luas ialah teras kepada strategi kami. Hakikat bahawa kami memiliki pelbagai perundingan aset perundingan yang boleh digunakan memberi kami keyakinan hebat bahawa apa yang kami rancang untuk dicapai menjadi kenyataan, satu aset digital yang membolehkan pemilikan langsung dan kawalan ke atas sebarang komoditi atau aset, sama ada fizikal atau digital," tambah Khan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TODAQ dan TDN, sila lawati https://todaq.net dan https://tdn.network

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1012733/TODAQ_Logo.jpg

Source: TODAQ
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining/Metals Multimedia/Online/Internet Accounting news, issues New products/services Blockchain Financial Technology