omniture

AWE2020: Sepuluh Tahun AWE, Pintarkan Masa Depan

China Household Electrical Appliances Association
2019-10-21 07:49 272

SHANGHAI, 21 Oktober 2019 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Persatuan Peralatan Elektrik Rumah China, Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik (AWE) 2020 bakal dibuka di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 11-14 Mac 2020, dengan 13 dewan pameran mencatat rekod meliputi kawasan pameran seluas 150,000 meter persegi dan dengan anggaran 380,000 pengunjung. AWE2020 turut berganding bahu dengan lebih seribu jenama yang mengambil bahagian untuk membawakan dunia sains dan teknologi yang baharu dan dinaik taraf sepenuhnya dalam industri barangan elektronik pengguna.

AWE2020: Sepuluh Tahun AWE, Pintarkan Masa Depan
AWE2020: Sepuluh Tahun AWE, Pintarkan Masa Depan

Antara 11 dan 14 Mac 2020, "Charming Hall" dan "Unexpected City" akan membuat kemunculan sulungnya, manakala Dewan Perkakas Dapur akan mengambil ruang seluas tiga dewan pameran dan diikuti dengan delegasi German AMK.

AWE2020 menyediakan Charming Hall khusus bagi memenuhi semua keperluan dan keinginan anda untuk kelihatan "bergaya dan bagus". Sementara itu, Taman Sains dan Teknologi mengekalkan statusnya sebagai salah satu destinasi yang "perlu dikunjungi" tahun ini. Kali ini, pertalian antara AWE dan tech media 36kr menghasilkan "Unexpected City," membolehkan "sesetengah individu unutk melihat masa depan terlebih dahulu," agar pengunjung boleh mendapat gambaran sepintas lalu kemungkinan rupa bentuk kediaman dan bandar "masa depan".

AWE tahun ini akan memperkenalkan buat julung kalinya "Festival Kecantikan" ("Beauty Festival") bagi membolehkan pengunjung untuk menjadi cantik dari setiap sudut. Menyalakan semua logo akan berpeluang memenangi hadiah dan selepas berkongsi pencapaian dalam WeChat Moment, pengunjung dapat menyertai cabutan hadiah "Beauty Festival Carp" untuk berpeluang merebut hadiah utama. Di Festival Perkakas Rumah Berkualiti Global, pengunjung bukan sahaja akan mendapati tawaran terkini daripada nama-nama biasa seperti Haier, Midea, JD.com, Hisense, Bosch, Siemens, Panasonic, Sony, Samsung, LG, Huawei, TCL, LGD, Gree, Sharp, A.O. Smith, Fotile, Robam, Vatti, Skyworth dan kesemua jenama arus perdana lain yang anda ketahui dan gemari, tetapi juga demonstrasi teknologi canggih dari seluruh rantaian industri bermula dengan robot dan sistem automatik kepada rantaian bekalan pintar (logistik).

Pengalaman Pengunjung Awal akan Bermula. Memandangkan pendaftaran pengunjung telah bermula secara rasmi, pusingan terakhir faedah istimewa akan dikhaskan untuk pengunjung awal. Pengunjung awal yang mendaftar sekarang, kini mendapat tiket masuk sebelum 11 Februari 2020, secara percuma! Untuk butiran sila kunjungi en.awe.com.cn

Catatkan tarikh ini, 11-14 Mac 2020. Shanghai, China.

Thomas Wang 
Thomas@cheaa.com
+86-10-6709-3609 
Mencari Rakan Kongsi Media Luar Negara!

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2612886-1?lang=0

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news