omniture

Harapan Masa Depan: Komuniti S&T Antarabangsa Lahirkan Harapan Tinggi Kerjasama dengan Rakan Setara di China

Science and Technology Daily
2019-12-10 20:42 279

BEIJING, 10 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Tahun 2019 merupakan ulang tahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China. Science and Technology Daily mengambil peluang untuk menemu bual sekumpulan pemimpin antarabangsa dalam bidang saintifik dan mengulas sejarah pembangunan China dalam bidang berkenaan serta kisah-kisah peribadi mereka. Mereka turut melahirkan harapan yang tinggi untuk jalinan kerjasama masa depan bersama China.

Pembangunan saintifik dan teknologi memacu momentum pertumbuhan China 

Kazuki Okimura, felow utama JST, memandang tinggi perubahan ketara China dalam artikel panji pengarang beliau: "China telah membina jaringan pengangkutan yang amat maju melibatkan kereta api berkelajuan tinggi dan lebuh raya, dengan perbatuan sepuluh kali ganda berbanding Jepun hari ini. Lapangan terbang dan pelabuhan baharu tumbuh dengan pesat di merata tempat, dilengkapi dengan teknologi yang paling inovatif dan pintar. Rangkaian komunikasi dan sistem grid China juga merupakan antara yang terbaik di dunia. China semakin menjadi ekonomi yang paling besar dan cekap dalam sejarah dunia."

Wang Lin, penganalisis Clarivate di Asia-Pasifik, menyusun kemajuan penyelidikan saintifik asas China dari perspektif data maklumat global. "Sejak tahun 1980-an, China telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam sejumlah besar bidang. China menduduki tempat pertama di dunia bagi kertas kajian dalam sains bahan, tempat kedua dalam sains pertanian, kimia, sains komputer, kejuruteraan, alam sekitar dan ekologi, geosains, matematik dan fizik. Pada tahun 2006, China mendahului UK buat kali pertama dalam output kertas kajian saintifik, menduduki tempat kedua di dunia, hanya di belakang A.S."

Walau bagaimanapun, sumbangan China terhadap komuniti global melalui kertas kajian saintifik hanyalah sebahagian kecil daripadanya. Bagaimanakah komuniti sains global melihat pembangunan China dan sumber momentum sedemikian?

Phil Coates, pengarah Pusat Penyelidikan Antara Disiplin Polimer di University of Bradford dan profesor Royal Academy of Engineering, berkongsi sudut pandangan beliau dalam satu wawancara bersama wartawan Science and Technology Daily: pada masa kini, usaha-usaha untuk menyokong penyelidikan saintifik daripada kerajaan Cina disediakan untuk dilihat oleh semua.

"Kerajaan Cina, bermula daripada Beijing kepada pihak berkuasa tempatan, semua menganggapnya sangat penting dan benar-benar menyokong pembangunan saintifik dan teknologi, khususnya penyelidikan disiplin asas," kata Ali Mohammad, seorang ahli matematik Iran di Anhui University yang sependapat dengan Profesor Coates. "Apabila saya berbincang dengan ahli-ahli matematik yang berbeza di seluruh dunia, termasuk ahli-ahli matematik Amerika, mereka menyatakan, 'Sekiranya anda ingin melakukan kajian sekarang, pergilah ke China.'"

"Amat dinanti-nantikan" -- ulasan yang biasa diucapkan oleh akademik tentang kerjasama masa depan bersama China (tajuk kecil kedua)

Sir Paul Nath, ahli biologi British terbilang, pemenang Hadiah Nobel dan ilmuwan asing di Chinese Academy of Sciences, memberitahu wartawan bahawa sains ialah bahasa sepunya buat semua umat manusia; kerjasama S&T antarabangsa bukan sahaja penting untuk pembangunan sains dan teknologi, tetapi juga merupakan cara yang penting untuk menggalakkan persahabatan antara negara-negara.

Vialatte Philippe, ketua bahagian sains dan teknologi Delegasi EU ke China mengulas, "China sedang membangun pada kadar kelajuan yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam inovasi teknologi." Beliau mengharapkan untuk melihat lebih banyak kerjasama China-Eropah dalam inovasi S&T di bawah rangka kerja "Horizon Europe" pada masa depan.

"China dan Perancis telah menjadi rakan-rakan kongsi yang sangat terbuka dan cemerlang dalam industri farmaseutikal," kata Alain Mérieux, Presiden Fondation Mérieux. "Sememangnya salah untuk negara-negara menyekat pertukaran saintifik dan teknologi atas alasan politik. Perancis akan sentiasa memainkan peranan utama untuk bertukar-tukar dengan China (dalam komuniti barat). Kedua-dua negara berkenaan akan terus menjalin kerjasama yang saling menguntungkan dalam banyak bidang utama, termasuk tenaga nuklear sivil, biologi dan sebagainya."

"Kerjasama yang saling menguntungkan antara Uzbekistan dan China dalam sains dan teknologi memberi manfaat kepada seluruh dunia," kata Stanislav Prokopchuk, wartawan daripada Uryadovy Kuryer. Beliau menambah, "Ukraine dan China mempunyai potensi kerjasama yang besar dalam sains asas dan teknologi gunaan; kami melihat dengan harapan tinggi untuk usaha gabungan bagi membina pusat penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang."

Aleksandar Titkov, Ketua Kumpulan Projek-projek Sains dan Pendidikan di Sputnik News Agency and Radio, mengulas bahawa peningkatan bilangan projek bersama antara institusi-institusi pengajian tinggi dalam kedua-dua negara tersebut dapat "mewujudkan lebih banyak kepentingan bersama dan juga faedah bersama." Moris Topaz, pakar perubatan Israel yang terkemuka dan penerima "China Friendship Award," berkata, "Bidang perubatan adalah unik dari segi kepelbagaiannya, yang mempunyai potensi besar untuk jalinan kerjasama antara rakan sejawat Cina dan Israel."

Source: Science and Technology Daily
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Broadcast feed announcements Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)