omniture

FORTUNE dan DesignSingapore Council Umum Pemimpin Perniagaan dan Reka Bentuk Global Sertai Brainstorm Design 2020, 25-26 Mac

FORTUNE Media
2019-12-12 14:55 123

NEW YORK dan SINGAPURA, 12 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, FORTUNE dan DesignSingapore Council mengumumkan bahawa lebih daripada 20 pemimpin perniagaan dan reka bentuk global yang akan muncul di Brainstorm Design 2020 di Singapura, 25-26 Mac. Brainstorm Design disokong oleh Bandar Tuan Rumah, Singapura; Rakan Kongsi Tuan Rumah, DesignSingapore Council; Rakan Kongsi Sokongan, Singapore Economic Development Board; Rakan Kongsi Herman Miller, IBM dan Salesforce; serta Rakan Kongsi Pengetahuan, McKinsey & Company. Peserta-peserta akan berkongsi pandangan dan strategi untuk inovasi reka bentuk di persidangan berkenaan.

Tema untuk Brainstorm Design 2020 ialah "Mereka Bentuk Masa Depan Kita", yang mencadangkan bahawa reka bentuk menentukan sejauh mana syarikat dan komuniti akan menempa laluan mereka ke hadapan. Program yang pelbagai ini akan menekankan topik-topik termasuk: bagaimana reka bentuk dapat menangani cabaran melibatkan perubahan iklim, sisa bahan dan akses rawatan kesihatan; peranan reka bentuk dalam membentuk teknologi manusiawi dan amalan privasi beretika; dan bagaimana untuk membina dan memimpin organisasi-organisasi yang memupuk inovasi diterajui-reka bentuk jangka panjang. Bandar Tuan Rumah Singapura, salah satu hab perdagangan, budaya dan inovasi yang hebat di dunia, merupakan persekitaran yang ideal untuk perbincangan ini.

Brainstorm Design menghimpunkan eksekutif-eksekutif FORTUNE 500 serta pereka-pereka yang terkenal di dunia untuk meninjau persoalan penting iaitu bagaimana untuk mencapai hasil perniagaan melalui reka bentuk. Pakar-pakar ini berkongsi pandangan mereka, berserta hasil rekaan termaju yang mengubah industri-industri mereka. Mula diadakan pada tahun 2018, Brainstorm Design telah menjadi forum antarabangsa utama di persimpangan antara reka bentuk, perniagaan dan teknologi.

Kursi Brainstorm Design Clay Chandler menjelaskan, "Brainstorm Design, kini memasuki tahun ketiganya, berkembang menjadi forum unik yang menghimpunkan individu-individu utama dari dunia reka bentuk klasik, komersial dan pengkomputeran serta membolehkan mereka untuk bertukar-tukar idea bersama pemimpin-pemimpin perbadanan-perbadanan yang paling berkuasa dan syarikat-syarikat baharu yang paling dinamik di dunia. Tahun ini, kita akan memikirkan tentang kuasa reka bentuk yang semakin berkembang, meneroka strategi untuk menggalakkan reka bentuk bertumpu pengguna dalam syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi serta mengkaji semula kaedah-kaedah terkini untuk menilai kesan korporat dan sosial reka bentuk. Kami juga akan mengambil kira peranan pereka dalam membantu pemimpin-pemimpin perniagaan menghadapi teknologi digital yang rumit serta membahaskan tanggungjawab etika pereka untuk melindungi kebebasan individu, melindungi alam sekitar dan menggalakkan kepelbagaian."

Berhubung persidangan berkenaan, Pengarah Eksekutif DesignSingapore Council Mark Wee berkata, "Kami tidak sabar untuk menganjurkan satu lagi edisi Brainstorm Design, yang mana kami akan berhubung dan mendapat inspirasi daripada pemimpim-pemimpin reka bentuk global menggunakan reka bentuk untuk mengubah masa depan perniagaan atau seluruh sistem baharu dalam usaha untuk menangani masalah yang paling rumit di dunia. Kami melihat syarikat-syarikat global mengadakan aktiviti-aktiviti inovasi reka bentuk mereka di sini, di Singapura untuk inovasi dan pemahaman produk ke dalam pasaran Asia, atau untuk mereka bentuk dan memprototaipkan seluruh sistem baharu dalam persekitaran makmal-bandar kami. Sebagai pintu masuk ke Asia dan peneraju dalam inovasi di rantau ini, kami dengan ini berbangga untuk menjadi sebahagian daripada perbincangan global tentang kaedah reka bentuk yang dapat membentuk masa depan yang lebih bersifat manusiawi dan lestari buat kita semua."

Senarai penceramah yang telah disahkan pada masa kini untuk Brainstorm Design 2020 termasuk:

  • Cameron Adams, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Produk, Canva 
  • YooJung  Ann, Ketua Rekaan, Waymo 
  • John Cary, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Eames Institute 
  • Hillel Cooperman, Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Pengalaman Pengguna, Oracle 
  • Chris Down, Ketua Pegawai Rekaan, Mattel 
  • Maria Giudice, Ketua Rekaan dan Pengarang Bersama Design Leader and Co-author, Rise of the DEO: Leadership by Design 
  • Paula Goldman, Ketua Pegawai Penggunaan Beretika dan Berperikemanusiaan, Salesforce
  • Cyrill  Gutsch, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Parley for the Oceans 
  • Li  Ningning, Pengarah Kanan Reka Bentuk Industri, Mi Ecosystem, Xiaomi Corporation 
  • Jenny Lam, Naib Presiden Kanan Reka Bentuk Pengalaman Pengguna, Oracle 
  • Eva Lilja  Löwenhielm, Pengurus Rekaan, IKEA Sweden 
  • Dr. Liu Thai Ker, Pengerusi Pengasas, Morrow Architects & Planners  
  • Dr. Lou Yongqi, Dekan Kolej Reka Bentuk dan Inovasi, Tongji University 
  • John Maeda, Ketua Pegawai Pengalaman, Publicis Sapient 
  • Mauro Porcini, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rekaan, PepsiCo 
  • Eric Quint, Naib Presiden, Ketua Pegawai Jenama dan Rekaan, 3M 
  • Alice  Rawsthorn, Pengarang, Design as an Attitude 
  • Marek Reichman, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kreatif, Aston Martin 
  • Daan Roosegaarde, Artis dan Pengasas, Studio Roosegaarde 
  • Ole  Scheeren, Arkitek dan Prinsipal, Buro Ole Scheeren 
  • Sarah Stein Greenberg, Pengarah Eksekutif, Stanford University d.school (Hasso Plattner Institute of Design) 
  • Patricia  Urquiola, Pereka, Arkitek dan Pengasas Studio Urquiola  
  • Harry West, Prinsipal, Invisible Design 
  • Sam Yen, Ketua Digital, Hartanah Komersial, Perbankan Komersial, JP Morgan Chase & Co. 

Kursi Bersama bagi Brainstorm Design 2020 ialah:

  • Clay Chandler, Editor Eksekutif, Asia, FORTUNE;
  • Tony Chambers, Pengasas dan Pengarah Kreatif, TC & Friends; 
  • Maithreyi Seetheraman, Pengarah, Live Media Content, FORTUNE. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://fortuneconferences.com/brainstorm-design-2020/ 

Latar Belakang FORTUNE 
FORTUNE mendorong perbincangan tentang perniagaan. Menerusi perspektif global, kebijaksanaan yang menjadi pedoman tentang sejarah dan tumpuan yang tidak gentar terhadap masa depan, kami melaporkan dan mendedahkan kisah-kisah yang penting pada hari ini- akan menjadi lebih penting pada masa depan. Dengan kuasa yang dipercayai untuk menghimpunkan dan mencabar mereka yang membentuk industri, perdagangan dan masyarakat seluruh dunia, FORTUNE menerangi laluan buat pemimpin-pemimpin global-dan memberi mereka bantuan untuk menjadikan perniagaan lebih baik. www.fortune.com

Latar Belakang DesignSingapore  Council  
Visi DesignSingapore Council's (Dsg) adalah agar Singapura dapat menjadi ekonomi dipacu inovasi dan sebuah bandar yang mudah disukai melalui reka bentuk menjelang tahun 2025. Sebagai sebuah agensi kebangsaan yang mempromosikan reka bentuk, misi kami adalah untuk membangunkan sektor reka bentuk, membantu Singapura menggunakan reka bentuk untuk inovasi dan pertumbuhan serta menjadikan kehidupan lebih baik dalam Bandar Reka Bentuk Kreatif UNESCO ini. Dsg ialah subsidiari Singapore Economic Development Board. www.designsingapore.org

Hubungan Akhbar: 

Alison Klooster 
Alison.klooster@fortune.com 
+1-646-437-6613 

Source: FORTUNE Media
Related Links:
Keywords: Art Banking/Financial Service Entertainment Magazines Publishing/Information Service Trade show news Future Events