omniture

Zurich Malaysia bekerjasama dengan DoctorOnCall untuk menyediakan cara mudah menjaga kesihatan kepada rakyat Malaysia

DoctorOnCall
2019-12-13 08:00 352

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- Zurich Life Insurance Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad (Zurich Malaysia) baru sahaja menandatangani perjanjian dengan DoctorOnCall, penyedia perkhidmatan kesihatan atas talian yang terkemuka bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan digital secara percuma* kepada pemegang polisi insurans dan pelanggan Takaful baru. Manfaat sampingan ini membolehkan pelanggan mendapatkan akses percuma perundingan atas talian dengan doktor bertauliah tanpa perlu hadir secara fizikal ke klinik. Pesakit boleh menerima preskripsi selepas sesi konsultasi, membeli ubat serta mendapatkan perkhidmatan penghantaran ke rumah.

Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark (kiri), dengan pengasas bersama dan pengarah DoctorOnCall, Maran Virumandi (tengah) serta Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad, Mukesh Dhawan (kanan) teruja untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan digital percuma kepada pelanggan baru Zurich.
Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark (kiri), dengan pengasas bersama dan pengarah DoctorOnCall, Maran Virumandi (tengah) serta Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Malaysia Berhad, Mukesh Dhawan (kanan) teruja untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan digital percuma kepada pelanggan baru Zurich.

Usaha sama Zurich Malaysia dengan DoctorOnCall mencerminkan komitmen syarikat ini untuk menyediakan penyelesaian, perkhidmatan dan pengalaman yang mengutamakan pelanggan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang sentiasa berubah. Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark berkata, "Perkembangan pesat dalam dunia teknologi telah mengubah dan membentuk gaya hidup moden kini– dari segi komunikasi, kewangan dan hal ehwal kepenggunaan produk dan perkhidmatan. Dengan nilai kekeluargaan menjadi aset yang tidak ternilai pada masa kini, setiap saat menjadi lebih berharga untuk diluangkan bersama. Kami sedar tentang arus perubahan ini dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik bagi meningkatkan kualiti hidup pelanggan kami. Kerjasama kami dengan  DoctorOnCall adalah sejajar dengan misi ini dan kami percaya pelanggan akan mendapati bahawa platform ini akan memudahkan urusan kesihatan mereka. "

Perkhidmatan perundingan doktor dan penghantaran ubat oleh DoctorOnCall tidak mengenakan kos tambahan untuk pelanggan Zurich Malaysia yang melanggan insurans hayat atau pelan takaful keluarga, tertakluk kepada terma dan syarat. Pelanggan Zurich yang menggunakan perkhidmatan DoctorOnCall hanya perlu membayar kos ubat yang diberikan preskripsi atau yang dipesan melalui laman web.

Platform DoctorOnCall kini mempunyai lebih daripada 100 doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan 208 farmasi serta menerima lebih daripada 1.2 juta pelawat ke laman web setiap bulan. Semua doktor dalam platform DoctorOnCall mempunyai sekurang-kurangnya enam tahun pengalaman dan memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) yang terkini.

Maran Virumandi, pengasas bersama dan pengarah DoctorOnCall berkata, "DoctorOnCall mempunyai misi untuk memudahkan akses kepada doktor-doktor yang terbaik di negara ini. Jaringan internet yang baik di Malaysia kini membolehkan kami membuat panggilan telefon dan video perubatan untuk pesakit mendapatkan konsultasi. Perkhidmatan ini menjimatkan masa dan sumber yang berharga tanpa perlu mengorbankan kualiti penjagaan kesihatan yang juga mudah didapati melalui platform kami. Usaha sama dengan salah satu pemain industri insurans utama seperti Zurich membantu kami meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latar belakang. "

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Zurich, pelanggan boleh melawat www.Zurich.com.my  atau laman Facebook di www.Facebook.com/ZurichMYS. Untuk maklumat lanjut  mengenai  DoctorOnCall, sila lawati www.DoctorOnCall.com.my atau hubungi 03-8408 2000.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191211/2667654-1?lang=0

Source: DoctorOnCall
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet Contracts Licensing/marketing agreements