omniture

IMA Dilantik Ahli Bersekutu ASEAN Federation of Accountants

Organisasi naungan bagi organisasi-organisasi perakaunan kebangsaan di Asia Tenggara menyumbang kepada pembangunan global profesion berkenaan
Institute of Management Accountants (IMA)
2019-12-13 09:33 267

SINGAPURA, 13 Disember 2019 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif kepada kemajuan profesion perakaunan pengurusan, diterima sebagai ahli bersekutu ASEAN Federation of Accountants (AFA). Permohonan IMA diluluskan di Mesyuarat Majlis AFA kali ke-129 di Singapura pada 25 November.

AFA melibatkan wakil-wakil daripada organisasi perakaunan kebangsaan di Asia Tenggara termasuk Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Tujuan organisasi berkenaan adalah untuk berkhidmat sebagai sebuah organisasi komprehensif kepada ahli-ahli bersekutunya dan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan perkembangan budaya di rantau berkenaan melalui jalinan kerjasama daripada setiap organisasi kebangsaan.

"IMA dapat menyumbang secara positif kepada sasaran dan tujuan kami untuk ahli-ahli dalam organisasi perakaunan pengurusan di seluruh rantau," kata Kon Yin Tong, Presiden AFA. "Kami mengalu-alukan IMA ke AFA dan teruja untuk bekerjasama dan melihat sejauh mana keahlian IMA dan usaha yang baik akan memajukan kami sebagai sebuah persekutuan."

Sebagai ahli bersekutu baharu, IMA akan menyumbang kepada aspirasi AFA sebagai badan naungan organisasi perakaunan profesional di Asia Tenggara dan berusaha untuk membangunkan profesion perakaunan di rantau ini sekali gus turut memajukan pembangunan globalnya.

"AFA ialah organisasi perakaunan profesional yang utama di rantau ini. Keahlian dalam AFA akan memberi peluang kepada ahli-ahli kami di seluruh Asia Tenggara untuk berangkaian, berkongsi amalan terbaik dan berkolaborasi bagi memajukan profesion berkenaan," kata Josh Heniro, Ph.D., Pengarah Kanan, Asia Tenggara dan Australasia di IMA.

Untuk maklumat lanjut tentang AFA, sila tujukan kepada afasecretariat@iaiglobal.or.id. Untuk maklumat lanjut tentang kerja-kerja IMA di Asia Tenggara, kunjungi di sini.

Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)

IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan profesion perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong profesion ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis) A.S., pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 buah negara dan 300 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Benua Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut tentang IMA, sila kunjungi www.imanet.org.

Latar Belakang ASEAN Federation of Accountants (AFA)

AFA diaturkan pada Mac 1977 untuk berkhidmat sebagai organisasi naungan kepada Organisasi Perakaunan Profesional (PAO) kebangsaan yang diiktiraf oleh Negara-negara Anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Melalui Anggota-anggota Utamanya, AFA mempunyai jaringan serantau melibatkan lebih daripada 200,000 akauntan di sepuluh buah negara ASEAN, disokong oleh jaringan global Ahli-ahli Bersekutu dengan lebih daripada 2.5 juta ahli di seluruh dunia. AFA ialah sebuah Pertubuhan Masyarakat Awam bertauliah ASEAN yang diiktiraf di bawah Piagam ASEAN dan merupakan Rakan Kongsi Rangkaian IFAC.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0

 

Source: Institute of Management Accountants (IMA)
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Accounting news, issues Licensing/marketing agreements Trade show news