omniture

ZTE lancar produk semua-antara-muka 1U 5G IPRAN baharu

ZTE Corporation
2020-02-25 21:13 714

SHENZHEN, China, 25 Februari 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melancarkan peranti akses 5G IPRAN kompak dan pintar baharu ZXCTN 6120H-C.

Peranti saiz-1U ini boleh dipasang ke dalam kabinet dengan kedalaman-300mm standard, menyediakan pelbagai antara muka 25GE/50GE/100GE. Dengan menggunakan kapasiti penukaran satu arah sehingga 320G, ia menyokong kependaman penghantaran ultra-rendah mikrosaat dan penyegerakan masa berketepatan-ultra-tinggi "3A", maka ia amat sesuai untuk senario yang mana ruang bilik peralatan adalah kecil dan bekalan kuasa tidak mencukupi untuk membantu pengendali menggunakan rangkaian pengangkutan 5G dengan berkesan pada kos yang rendah.

Produk lapisan akses 5G IPRAN baharu menyokong antara muka 25GE/50GE/100GE bagi memenuhi keperluan kitaran-hayat-penuh 5G. Kapasiti penukaran satu arahnya mencecah 320Gbps, yang dapat memenuhi keperluan akses berkapasiti besar pengguna dalam era 5G.

Peranti ini menyokong teknologi FlexE, yang membolehkan kependaman penghantaran data tahap-mikrosaat untuk L1 Slicing Channel dan menawarkan penghirisan keras untuk perkhidmatan berkependaman rendah dan berkeandalan tinggi. Di samping itu, ia menyokong SR. Berdasarkan cip set dalaman teras ZTE, kedalaman tindanannya mencecah 10 lapisan, yang menunjukkan tahap yang tertinggi dalam industri.

Ia turut menyokong penyegerakan masa "3A" (Sumber Masa Tepat, Cap Masa Termaju dan Algoritma Masa Adaptif Kendiri) berketepatan ultra tinggi yang dibangunkan sendiri oleh ZTE bagi menyokong perkhidmatan lokasi berketepatan tinggi dan perkhidmatan lokasi lancar luaran. Dengan ketinggian hanya 1U tinggi dan kedalaman 270mm, ia mempunyai kelebihan seperti saiz yang kecil, berat yang ringan dan pemasangan ringkas. Dengan itu, peranti berkenaan merupakan pilihan yang lebih baik untuk pengendali dalam senario yang mengalami keadaan pembinaan yang teruk, ruang yang kecil dan belanjawan yang ketat.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung ke hujung bersepadu bagi menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services