omniture

Huawei Umum Rangkaian Produk 5G Baharu, Percepat Strategi Kehidupan AI Lancar Semua-Senario

Huawei
2020-02-26 18:18 627

BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Huawei Consumer Business Group (CBG) hari ini menganjurkan satu pelancaran maya di Barcelona, Sepanyol, yang mana ia mengumumkan siri produk dan strategi 5G baharu yang mendemonstrasikan keupayaan penuh ekosistem semua-senarionya.

 

Huawei CBG CEO Richard Yu presents 1+8+N strategy at virtual launch event in Barcelona
Huawei CBG CEO Richard Yu presents 1+8+N strategy at virtual launch event in Barcelona

 

Produk-produk utama yang diumumkan termasuk: HUAWEI Mate Xs, satu evolusi daripada peranti boleh lipat yang membawakan perkakasan dan perisian canggih; HUAWEI MatePad Pro 5G, tablet 5G unggulan yang menawarkan pengalaman semua-senario premium; serta HUAWEI Wi-Fi AX3 dan HUAWEI 5G CPE Pro 2, dua penyelesaian sambungan didayakan Wi-Fi 6+ yang menawarkan sambungan pervasif yang berkelajuan tinggi kepada pengguna.

Di samping itu, Huawei turut memperkenalkan rangkaian komputer riba HUAWEI MateBook baharu. Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Generasi ke-10 dan sistem pengendalian Windows, komputer riba FullView terkini mengubah pengalaman pejabat mudah alih dengan ciri-ciri produktiviti revolusioner seperti Huawei Share dan Kolaborasi Berbilang Skrin.

Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group, berkata "Huawei akan kekal komited terhadap strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario. Kami akan terus melabur dalam teknologi pinggir kami termasuk cip set, komunikasi 5G, AI mudah alih, sistem pengendalian, kamera dan penyelesaian audio-visual agar dapat membina kelebihan berdaya saing jangka panjang kami. Kami juga tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pembangun seluruh dunia bagi memangkinkan pertumbuhan ekosistem semua-senario. Bersama-sama mereka, kami akan meningkatkan pengalaman semua-senario dan membawanya ke kemuncak baharu."

Menghubungkan Kemungkinan, BERSAMA-SAMA 

Di Huawei, pengalaman pengguna sentiasa diutamakan. Dengan cara yang sama, syarikat telah mengkhususkan dekad yang lalu untuk memupuk ekosistem "1+8+N". Menyokong ekosistem berkenaan ialah Huawei Share dan Huawei HiLink yang merupakan jambatan yang menghubungkan semua peranti bersama-sama bagi membawa pengalaman pengguna yang holistik. Selain menginovasi pada bidang khusus perkakasan, Huawei terus membina ekosistem Huawei Mobile Services (HMS) yang boleh diakses kepada pengguna melalui HUAWEI AppGallery.

Menerusi platform perkhidmatan perkakasan dan perisian semua-senario yang berfungsi dengan harmoni, Huawei membawa pengalaman pengguna berkualiti yang mana maklumat dikongsi antara peranti terhubung dengan cara yang lancar merentas semua senario.

Tahun 2019 merupakan tahun yang tidak konvensional buat Huawei. Walau bagaimanapun, Huawei kekal sebagai jenama yang dipercayai dalam kalangan pengguna, sebagaimana yang dibuktikan oleh prestasi mantapnya pada tahun 2019 dengan pendapatan tahunan melonjak naik sebanyak 30 peratus kepada $67 bilion. Perniagaan telefon pintar Huawei melangkaui 240 juta unit penghantaran, seraya menjamin kedudukan Huawei sebagai pengeluar telefon bimbit yang kedua terbesar di dunia. Kategori-kategori produk lain dalam ekosistem semua-senario mencatatkan pertumbuhan yang pesat: Perniagaan PC meningkat sebanyak 200 peratus, produk boleh pakai meningkat sebanyak 173 peratus manakala produk audio tanpa wayar meningkat sebanyak 210 peratus.

Alami revolusi, sekali lagi: HUAWEI Mate Xs

Membawakan evolusi faktor bentuk boleh lipat yang seterusnya, HUAWEI Mate Xs membawa pengalaman pengguna yang lebih baik dengan paparan fleksibel baharu yang dikeluarkan dengan bahan-bahan terbaharu dan sendi baharu bagi merealisasikan reka bentuk Falcon Wing istimewa.

Dilengkapi dengan 5G SoC Kirin 990 5G unggulan dibangunkan sendiri oleh Huawei, HUAWEI Mate Xs ialah penaiktarafan lengkap yang menampilkan keupayaan komunikasi AI mudah alih dan 5G yang lebih baik.

Kamera Kuad Leica SuperSensing kembali semula pada HUAWEI Mate Xs. Terdiri daripada kamera SuperSensing 40MP dan kamera sudut ultra luas 16MP dan kamera telefoto 8MP serta kamera3D Depth Sensing, sistem kamera Leica berkuasa itu memanfaatkan sepenuhnya faktor bentuk boleh lipat, memainkan peranan sebagai kamera depan dan belakang bagi menyokong rangkaian luas keadaan penggunaan fotografi.

Beroperasi melalui EMUI10.0.1, HUAWEI Mate Xs menyokong aplikasi Berbilang-Tetingkap yang memastikan pengalaman yang lebih pintar dan lebih dinamik. Bagi meluaskan rangkaian aplikasi yang mengeksploitasi potensi penuh faktor bentuk boleh lipat, Huawei bekerjasama secara kolaboratif dengan pembangun global bagi mengembangkan ekosistem berkenaan.

Melangkaui Wi-Fi 6: Siri HUAWEI Wi-Fi AX

Sebagai sebahagian daripada strategi Kehidupan AI Lancar Semua-senario Huawei, penyelesaian sambungan seperti penghala Wi-Fi, peralatan premis-pelanggan (CPE) dan modul komunikasi memainkan peranan kritikal bagi menghubungkan ekosistem 1+8+N bersama-sama untuk menyediakan pengalaman terhubung yang selamat, intuitif, pintar dan berkelajuan tinggi kepada pengguna.

Sebagai peneraju dalam teknologi 5G, Huawei ialah salah satu penyumbang utama kepada formulasi piawaian Wi-Fi 6. Pada masa kini, kumpulan kerja standard IEEE 802.11ax melibatkan lima pakar teknikal daripada Huawei, dengan salah seorang daripada mereka menjadi pengerusi kumpulan. Dengan 260 sumbangan yang diserahkan – menyumbang sebanyak 15 peratus daripada semua penyerahan – kepada projek Wi-Fi 6 (802.11ax), Huawei ialah penyumbang yang kedua paling penting kepada usaha industri kolaboratif tersebut.

Memanfaatkan sinergi antara cip set proprietarinya dan pengoptimuman perisian, Huawei menggunakan Wi-Fi 6+ berasaskan standard Wi-Fi 6. Wi-Fi 6+ menyokong lebar jalur saluran 160MHz hujung-ke-hujung dan teknologi jalur sempit dinamik yang eksklusif daripada Huawei. Apabila digabungkan, dua pencapaian rintis ini membawa kepada kelajuan Wi-Fi dan liputan isyarat yang jauh lebih baik.

Semasa pelancaran maya tersebut, Huawei melancarkan Gigahome 650 dan Kirin W650, cip set Wi-Fi 6+ yang terkini direka masing-masing untuk penghala dan telefon pintar. Siri HUAWEI Wi-Fi AX3 baharu dilengkapi dengan cip set Gigahome 650, yang membolehkannya untuk menyokong operasi dwiserentak dwijalur (DBDC) pada kelajuan sehingga 3000Mbps. Apabila digunakan bersama-sama peranti Huawei yang turut menyokong Wi-Fi 6+, penghala HUAWEI Wi-Fi AX3 boleh memberi liputan isyarat yang lebih baik dan kelajuan melebihi penghala Wi-Fi 6.

Huawei turut melancarkan HUAWEI 5G CPE Pro 2, Wi-Fi 6+CPE baharu yang 30 peratus lebih kompak berbanding pendahulunya. Penaiktarafan penting yang lain termasuk sokongan sehingga 11 jalur 5G dan teknologi Super Uplink eksklusif Huawei, yang sangat meningkatkan kelajuan dan kependaman muat turun.

Fikirkan Semula Kreativiti: HUAWEI MatePad Pro 5G

Sebagai titik kemasukan yang penting kepada ekosistem pintar, HUAWEI MatePad Pro 5G direka untuk bersinergi dengan telefon bimbit, produk boleh pakai dan peranti lain Huawei. Ia memainkan peranan penting dalam ciri Kolaborasi Berbilang-skrin yang memberi pengalaman berbilang peranti yang lancar kepada pengguna.

HUAWEI MatePad Pro 5G menampilkan paparan HD 10.8-inci dengan sokongan untuk gamut warna DCI-P3 gred-pawagam. Dengan bezel ultra tipis, ia mempunyai nisbah skrin-kepada-badan tablet yang tertinggi di dunia, iaitu pada 90 peratus. Dibenamkan dalam badan tablet yang ringan, Kirin 990 5G SoC menyokong sambungan 5G yang luar biasa dan dalam masa yang sama memberi prestasi yang tinggi serta kecekapan kuasa.

Beroperasi menggunakan EMUI10, HUAWEI MatePad Pro boleh dihubungkan kepada telefon pintar Huawei yang lain melalui ciri Kolaborasi Berbilang-Skrin Perkongsian Huawei. Sebaik sahaja sambungan terhasil, pengguna boleh menavigasi dan mengawal kedua-dua peranti pada paparan tablet.

Kolaborasi Berbilang-Skrin juga membolehkan pemindahan fail seret-dan-lepas antara telefon pintar dan tablet. Perkongsian persisian membolehkan pengguna menaip pada telefon pintar menggunakan papan kekunci dan skrin tablet, memainkan muzik yang disimpan pada telefon pintar dengan pembesar suara tablet dan banyak lagi. HUAWEI MatePad Pro 5G menyokong Berbilang-Window untuk memaparkan sehingga tiga aplikasi secara serentak. App Multiplier memisahkan satu aplikasi contoh kepada dua tetingkap, membawakan pengalaman dua-pandangan revolusioner yang memanfaatkan sebaik-baiknya orientasi landskap.

HUAWEI MatePad Pro 5G boleh dipasangkan dengan HUAWEI M-Pencil, yang menyokong 4,096 tahap peka tekanan untuk membawa pengalaman menulis yang semula jadi dan intuitif. HUAWEI Notepad secara natif menyokong stilus Huawei dengan ciri Trengkas Skrin-padam baharu, yang membolehkan pengguna untuk menyimpan hasil inspirasi mereka bila mana ia tercetus.

Huawei turut mengumumkan model-model HUAWEI MateBook terkini semasa berlangsungnya acara tersebut. HUAWEI MateBook X Pro yang dinaik taraf tersebut dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-10. Disediakan dengan campuran warna Hijau Zamrud baharu, komputer riba premium yang terkini ini mengekalkan reka bentuk FullView Display bagi mencapai nisbah skrin-kepada-badan sebanyak 91 peratus. Sementara itu, Siri HUAWEI MateBook D baharu menyertai rangkaian HUAWEI MateBook sebagai PC yang menyasarkan pengguna muda, menawarkan pengalaman pintar yang inovatif dalam reka bentuk yang merupakan ciri istimewa dalam siri HUAWEI MateBook.

Pengalaman aplikasi baharu: HUAWEI AppGallery

Bagi memupuk ekosistem mantap yang akan menyokong peranti Huawei bergerak ke hadapan, Huawei membuka secara berperingkat-peringkat keupayaan cip-peranti-awannya kepada pembangun global melalui HMS. Merangkumi ciri-ciri semua-senario, keupayaan pengedaran dan pengurusan kitaran hayat global, ekosistem ini merupakan komponen utama dalam strategik Kehidupan AI Lancar Semua-senario Huawei.

Kini dalam lelaran keempatnya, HMS Core ialah koleksi alatan yang dibuat untuk rakan-rakan kongsi dan pembangun-pembangun aplikasi Huawei bagi mencipta pengalaman unik dan baharu yang memanfaatkan keupayaan perkakasan dan perisian penuh yang dapat ditawarkan oleh peranti Huawei. Dengan menyepadukan HMS ke dalam aplikasi mereka dengan HMS Core 4.0, pembangun boleh menggunakan serta merta keupayaan pada-peranti Huawei seperti HiAI, teknologi teragih dan ciri-ciri kamera pada aplikasi mereka dan memberi pengalaman yang berkualiti kepada pengguna akhir.

Sebagai contoh, Cewe, syarikat pencetakan foto yang terbesar di Eropah, telah menggunakan Kit Perkongsian Huawei untuk menyelaraskan proses berpasangan peranti dalam pejabatnya. Proses pencetakan intuitif ini memudahkan penghasilan lebih pantas yang hanya memerlukan satu ketikan mudah untuk kakitangan Cewe menghubungkan peranti Huawei dengan pencetak. Pengalaman ini bukanlah eksklusif kepada pengguna korporat; HUWAEI AppGallery menawarkan rangkaian aplikasi didayakan HMS untuk pengguna peranti Huawei menikmati kemudahan yang dibawa oleh inovasi daripada Huawei.

HUAWEI AppGallery turut menawarkan Quick Apps, satu kategori aplikasi inovatif yang dibuat untuk peranti dalam era 5G. Dibangunkan mengikut piawaian industri, Quick App tidak memerlukan pemasangan dan menggunakan memori sistem yang minimum. Pengguna hanya boleh mengklik pada aplikasi ini bagi menikmati interaksi yang lancar dan antara muka yang indah seolah-olah ia merupakan aplikasi tradisional. Kategori ini berkembang pesat; pada masa kini, terdapat lebih 1,700 Quick Apps tersedia melalui HUAWEI AppGallery.

Selain daripada mencipta aplikasi, Huawei aktif mengkuratorkan aplikasi berkualiti yang popular di seluruh dunia untuk terus memperkayakan pengalaman pengguna. Bagi melindungi pengguna daripada aplikasi berniat jahat, Huawei telah merintis sistem keselamatan dan perlindungan kitaran-penuh, termasuk penentusahan nama-sebenar pembangun, proses semakan semula empat-langkah, perlindungan muat turun dan pemasangan serta mekanisme pencegahan untuk operasi aplikasi yang selamat.

Dengan rekod prestasi selama sembilan tahun bagi pengagregatan dan pembangunan aplikasi, HUAWEI AppGallery kini merupakan pasaran aplikasi ketiga terbesar di dunia. Membincangkan mengenai rancangan beliau untuk masa depan HUAWEI AppGallery, Yu menyatakan: "Menuju ke hadapan, kami akan terus meluaskan ekosistem aplikasi kami dalam HUAWEI AppGallery dengan harapan bukan sahaja untuk mencipta platform yang selamat dan andal, tetapi turut menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan. Kejayaan berterusan daripada ekosistem yang berkembang maju ini akan kekal sebagai salah satu keutamaan tertinggi kami."

Huawei aktif terlibat bersama pembangun aplikasi popular di seluruh dunia untuk mengembangkan ekosistem aplikasi. Pembangun dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem ini dan bersama-sama Huawei, berusaha ke arah membawa pengalaman aplikasi yang lebih pintar kepada pengguna di seluruh dunia.

Latar Belakang Huawei Consumer BG 

Produk dan perkhidmatan Huawei terdapat di lebih 170 buah negara dan digunakan oleh sepertiga daripada penduduk dunia. Empat belas buah pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Huawei Consumer BG ialah salah satu daripada tiga unit perniagaan Huawei dan meliputi telefon pintar, komputer peribadi (PC) dan tablet, produk boleh pakai, perkhidmatan awan dan sebagainya. Rangkaian global Huawei dibina menerusi lebih 32 tahun kepakaran dalam industri telekomunikasi dan dikhususkan untuk membawa kemajuan teknologi yang terkini kepada pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: http://consumer.huawei.com

Untuk kemas kini tetap mengenai Huawei Consumer BG, ikuti kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/huaweimobile/ 
Twitter: https://twitter.com/HuaweiMobile
Instagram: https://www.instagram.com/huaweimobile/ 
YouTube: https://www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo 
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/10617746/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1094331/Huawei_AI_Life.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1094332/Huawei.jpg

 

CEO of Huawei CBG, Richard Yu, outlines vision for future of HUAWEI AppGallery
CEO of Huawei CBG, Richard Yu, outlines vision for future of HUAWEI AppGallery

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services