omniture

Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia Telah Mendermakan Sebanyak 76,920 Topeng Perlindungan Pernafasan Dan Bekalan Perubatan Kepada Mangsa Covid-19 Di Chinaturut Disertai Oleh Selebriti Tempatan

Yayasan Winner Emperor Sedunia
2020-02-27 08:00 886

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Dato' Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia bersama sama dengan sokongan salah seorang selebriti, penulis lagu dan penyanyi, Excella Chong, telah berjaya mendermakan sejumlah 76,920 topeng perlindungan pernafasan dan bekalan perubatan kepada kawasan penempatan yang dijangkiti wabak COVID- 19 di China. Tujuan sumbangan ini diadakan adalah untuk membantu mengawal penularan wabak berkenaan di China.

Group Photo of Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia
Group Photo of Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia & Yayasan Winner Emperor Sedunia

 

Excella Chong, Malaysian Singer/Songwriter with Dato' Sri Liow Soon Hee, Founder of Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia and Yayasan Winner Emperor Sedunia
Excella Chong, Malaysian Singer/Songwriter with Dato' Sri Liow Soon Hee, Founder of Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia and Yayasan Winner Emperor Sedunia

Topeng perlindungan pernafasan dan sejumlah bekalan perubatan telah dihantar melalui helikopter dari Jepun dan Malaysia ke kawasan yang dijangkiti virus COVID-19 di China, dan telah diserahkan kepada Hospital Universiti Wuhan Renmin, Hospital Besar Henan Oil Field Nanyang, Hospital Besar Nanyang, Hospital Rakyat Bose City, dan beberapa hospital lain yang telah tersenarai. Sejajar dengan penularan wabak itu, Dato' Sri Liow Soon Hee dan pasukannya telah bekerja keras dan cekap dalam proses penyediaan serta menghantar topeng perubatan, termometer, air pembasmian kuman, ubat-ubatan dan lain-lain bekalan perubatan untuk dihantar kepada kawasan yang berkaitan.

Menurut Dato' Sri Liow Soon Hee, "Kami sangat menitik berat soal isu wabak yang melanda kini dan pihak kami sering mengikuti perkembangan terkini terhadap wabak COVID-19 di China. Sejurus itu, pihak kami akan terus menerus membuat sumbangan dan pembelian bekalan perubatan seperti yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk mengatasi dan mencegah wabak berkenaan. Kami begitu berharap agar sedikit derma serta sokongan perubatan dan emosi yang kami sumbangkan ini, mampu memberikan inspirasi serta menaikkan semangat mereka yang terkesan di kawasan yang terjejas dengan wabak untuk terus bersemangat dalam menempuh kehidupan terutama di masa-masa sukar ini."

Dato' Sri Liow Soon Hee mengakui bahawa beliau yang sering mengadakan hubungan rapat niaga bersama China (terutamanya bandar Xingyi dan Wuhan) dalam tempoh sedekad yang lalu, turut menegaskan bahawa perubahan ekonomi negara China akan memberikan impak terhadap ekonomi di seluruh dunia, terutama Malaysia. Beliau yang telah menjadi usahawan pada usia 27 tahun di dalam pelbagai industri, termasuk platform e-Commerce, platform Internet mudah alih, reka bentuk rangkaian, pelancongan pembangunan perisian, multimedia dan banyak lagi di seluruh Asia Tenggara telah menyelaraskan perniagaan dan prinsip beliau untuk menyumbang kembali kepada masyarakat terutama kepada pelbagai komuniti di seluruh dunia.

Sejak penubuhan Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner Emperor Sedunia, Dato' Sri Liow Soon Hee telah berjaya melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seperti sumbangan sebuah kenderaan Ambulans baru kepada Pertubuhan Kepolisan Komuniti Malaysia, sumbangan bulanan sebanyak RM10,000 kepada Pusat Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya & Mental, Melaka (setakat ini telah terkumpul sejumlah RM460,000), sumbangan RM500,000 untuk pembinaan dan baik pulih Kuil Sri Maha Muniswarar di Ampang Jaya, sumbangan RM900,000 untuk menyokong pembangunan Sekolah Antarabangsa berprestij di Malaysia, sumbangan RM300,000 kepada Ti-Ratana Charity Home dan banyak lagi.

About Yayasan Winner Emperor Sedunia

Yayasan Winner Emperor Sedunia, founded by Dato' Sri Liow Soon Hee, is a charity foundation that strives to assist its community of poor and needy people.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2731250-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200226/2731250-1-b?lang=0

Source: Yayasan Winner Emperor Sedunia
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Not for profit