omniture

Penstriman Langsung Pertama Festival Pelanggan Antarabangsa 2020 XCMG Capai Perolehan US$21 Juta

XCMG
2020-05-25 08:44 248

XUZHOU, China, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Pengilang jentera pembinaan China yang terkemuka XCMG (SHE: 000425) telah menganjurkan penstriman langsung ulung untuk acara pertama di Asia Tenggara sebagai sebahagian daripada Festival Pelanggan Antarabangsa 2020 ("Festival") pada 20 Mei, yang menjual 400 set peralatan jentera pembinaan bernilai 150 juta yuan (US$21 juta).

Penstriman Langsung Pertama XCMG Festival Pelanggan Antarabangsa 2020 Capai Perolehan US$21 Juta.
Penstriman Langsung Pertama XCMG Festival Pelanggan Antarabangsa 2020 Capai Perolehan US$21 Juta.

Penstriman langsung ini diadakan di lapangan ujian XCMG, salah satu tapak ujian jentera pembinaan profesional terbaik di China. Pengendali menunjukkan penggali, pemuat, jentera jalan dan trak berat XCMG dalam operasi kerjasama dan mensimulasikan projek pembinaan di Asia Tenggara untuk mempamerkan tahap kemampuan penyesuaian dan keupayaan operasi bersama peralatan yang tinggi.

Liu Jiansen, penolong presiden XCMG dan pengurus besar XCMG Import and Export, menjadi hos keseluruhan penstriman langsung dalam bahasa Inggeris dan memperkenalkan kes pembinaan, teknologi, produk terkemuka serta berbicara tentang perkongsian dan persahabatan XCMG dengan pelanggan global.

Acara pertama distrimkan secara langsung melalui platform dalam talian XCMG Import & Export dan laman web utama termasuk Vzan, TikTok, Kuaishou, Facebook, Twitter, LinkedIn dan YouTube, seramai 600,000 penonton dari China dan luar negara menyertai penstriman langsung dan keseluruhan acara mencapai empat juta pendedahan liputan.

Festival ini telah dilancarkan sejak tahun 2019, bertujuan untuk memperkenalkan jenama XCMG, produk dan perkhidmatannya kepada pelanggan global. Disebabkan wabak COVID-19, XCMG mengubah rancangan asalnya dan memutuskan untuk menjadi tuan rumah Festival kedua secara dalam talian melalui siri acara penstriman langsung, termasuk sesi yang menyasarkan Timur Tengah, Asia Tengah dan Eropah.

Pada suku pertama tahun 2020, eksport XCMG berkembang berbanding trend dengan 20 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya.

"Siri acara penstriman langsung Festival ialah penyelesaian praktikal tatkala kami menangani kesan pandemik dan terus berkembang ke pasaran antarabangsa, kami dapat mempamerkan operasi pembinaan bersama peralatan XCMG kepada pelanggan, melaksanakan rundingan perniagaan dan memutuskan penerimaan pesanan dalam talian, yang juga akan memainkan peranan positif terhadap masa depan pembangunan antarabangsa XCMG," kata Wang Min, pengerusi XCMG.

XCMG adalah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah 77 tahun. Ia kini menduduki tempat keenam dalam industri mesin pembinaan dunia. Syarikat ini mengeksport ke lebih daripada 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Latar Belakang XCMG 

XCMG ialah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 77 tahun. Ia kini menduduki tempat keenam dalam industri mesin pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih daripada 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila lawati www.xcmg.com, Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200523/2812261-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Transportation