omniture

Zoomlion Hasilkan Kren Trak Elektrik Tulen Pertama Dunia, Terajui Pembinaan Perlindungan Alam Sekitar dalam Industri Jentera

Zoomlion
2020-05-25 08:50 345

CHANGSHA, China, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Kren trak berkuasa elektrik tulen yang pertama di dunia "ZTC250N-EV", yang dibangunkan dan dihasilkan oleh Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), telahpun dikeluarkan daripada barisan pengeluaran di Taman Perindustrian Quantang Zoomlion di Changsha pada 7 Mei.

Zoomlion Hasilkan Kren Trak Elektrik Tulen Pertama Dunia, Terajui Pembinaan Perlindungan Alam Sekitar dalam Industri Jentera
Zoomlion Hasilkan Kren Trak Elektrik Tulen Pertama Dunia, Terajui Pembinaan Perlindungan Alam Sekitar dalam Industri Jentera

"Kami telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal yang terkemuka di dunia untuk komponen tenaga hijau dan disesuaikan mengikut senario penggunaan dan keadaan kerja kren trak. Kami melengkapi kren trak dengan bateri LFP dengan ketumpatan simpanan tenaga tinggi, yang merupakan bateri paling selamat di dunia," seperti yang diperkenalkan oleh En. Wang Qitao, Pengarah Teknikal Cawangan Kren Kejuruteraan Zoomlion. "Bahagian luar kren dan cesi menggunakan strategi kawalan kolaboratif pintar ZIC, yang menggabungkan sistem pengurusan tenaga berkecekapan tinggi TCEMS dan sistem pengurusan bateri BMS dengan sempurna."

Kren trak ZTC250N-EV berkuasa elektrik tulen 25-tan ini memastikan kuasa yang dinamik dalam prestasi serta lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding kren trak lain yang terdapat dalam pasaran. Kren trak ini dapat mencapai kelajuan maksimum 90 km/j (56bsj) manakala kebolehkelasan maksimum mencecah 50%. Kos tenaganya yang komprehensif boleh dikurangkan hanya kepada 35% daripada produk-produk berkuasa bahan api yang lain dalam kelas yang sama dengan emisi sifar. Bunyi kenderaan ini semasa memandu dan beroperasi adalah tidak lebih daripada 65dB. Sistem kawalan pintar yang dilengkapi turut memberi kawalan dengan ketepatan yang tinggi untuk kenderaan ini.

ZTC250N-EV boleh mengangkut sejauh lebih 260 km (160 batu) yang dapat memenuhi keperluan kebanyakan operasi pembinaan. Ia boleh dimuatkan pada pemalam pengecas standard dan soket industri yang dapat memenuhi keperluan pelanggan untuk mengecas.

Pengeluaran ZTC250N adalah hasil daripada falsafah pembangunan mampan oleh Zoomlion, yang amat penting untuk penjimatan tenaga dan pengurangan emisi, turut mendemonstrasikan kapasiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi Zoomlion.

"Kami telah menubuhkan sebuah pasukan khas pada tahun 2018, yang terdiri daripada kakitangan jabatan penyelidikan, kejuruteraan, pembuatan dan kawalan kualiti serta menyiapkan pengeluaran kren trak berkenaan dalam tempoh dua tahun," kata En. Wang.

Latar Belakang Zoomlion  

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200522/2811495-1?lang=0

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services