omniture

JA Solar bakal Pamer Barisan Baharu Modul PV Semasa Pameran VR Dalam Talian

JA Solar Technology Co., Ltd
2020-05-25 09:46 326

BEIJING, 25 Mei 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar ("Syarikat"), pengeluar yang terkemuka bagi produk fotovolta berprestasi tinggi, akan mengadakan pameran dalam talian (http://vrt.omaten.com/tour/59562482d046f253) pada 25 Mei jam 10 pagi (waktu Beijing) bagi mempamerkan produk berkecekapan tingginya yang terkini.

Pameran Maya JA Solar
Pameran Maya JA Solar

Pameran ini bersedia untuk mengimbangi kekecewaan pelanggan yang disebabkan oleh penangguhan SNEC PV Power Expo yang pada mulanya dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ekoran pandemik COVID-19.

Acara ini akan disediakan dalam mod realiti maya (VR) bagi membolehkan pengunjung melihat reruai pameran dan produk dalam perspektif penuh 360-darjah.

Penyedia produk PV yang disenaraikan di Shenzhen akan mempamerkan barisan modul PV termasuk modul 450W+ dan modul PV berkuasa ultra tinggi yang baru dilancarkan DeepBlue 3.0 dengan output kuasa sehingga 525W+.

Semasa berlangsungnya acara ini, kakitangan JA Solar akan bersiap sedia untuk memperkenalkan produk dan menjawab soalan daripada pengunjung. Butiran dan spesifikasi modul Syarikat akan dipersembahkan dalam format imej dan video atas-permintaan.

Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar, mengulas, "JA Solar mempunyai cita-cita global bagi mencapai pertumbuhan dan menyaksikan kehadirannya dalam pasaran antarabangsa berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat ini sentiasa berusaha untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan global. Pameran dalam talian ini dapat membantu pelanggan dari kawasan dan zon waktu yang berbeza untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk JA Solar dan meningkatkan pengalaman pelanggan mereka. Kami akan terus meneroka pelbagai cara bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di seluruh dunia."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200522/2811591-1?lang=0

Source: JA Solar Technology Co., Ltd
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news Future Events