omniture

Pembekal Hop Umum Ketua Pegawai Kewangan Baharu Semasa Waktu Kritikal dalam Sejarah Hop dan Pembuatan Bir

Yakima Chief Hops
2020-05-28 01:37 85

YAKIMA, Washington, 28 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Yakima Chief Hops, pembekal hop 100% milik penanam, mengalu-alukan Ketua Pegawai Kewangan baharu Howard Allred sejurus selepas wabak COVID-19 bermula. Berkuat kuasa 23 Mac, pengambilan Allred berlaku pada waktu yang penting, tatkala kilang bir menghentikan perkhidmatan dan penanam hop mengurangkan keluasan ekar.

Yakima Chief Hops welcomes Howard Allred as new Chief Financial Officer effective March 23, 2020.
Yakima Chief Hops welcomes Howard Allred as new Chief Financial Officer effective March 23, 2020.

"Apabila diminta untuk mengemudi sebuah syarikat semasa pandemik global melanda merupakan suatu cabaran yang besar," kata Ryan Hopkins, Ketua Pegawai Eksekutif YCH. "Namun demikian, pengambilan seseorang dengan tahap kepakaran kewangan seperti Howard dibuat pada waktu yang tepat."

Menyertai pembekal hop di barisan hadapan inovasi, Allred membawa pengalaman yang luas bersama jenama-jenama termaju yang besar termasuk adidas Golf/Taylor Made, Sports Incorporated dan Nike, Inc. Beliau berkepakaran dalam operasi kewangan global, memberi tumpuan untuk mengekalkan hubungan yang baik bersama pemegang kepentingan.

Peranan Allred bermula semasa waktu yang rumit dalam industri ini. Kilang bir mencari sokongan melalui kefleksibelan kontrak. Penanam hop mengkaji semula keluasan ekar untuk mengimbangi bekalan dan permintaan. Allred dan pasukan kepimpinan perlu membuat keputusan yang memberi kesan bagi menggalakkan kesejahteraan kewangan.

"Kepimpinan yang mantap dan pengalaman kewangan luas yang dimiliki oleh Howard telahpun membawa manfaat apabila kami terus memberi tumpuan untuk mencipta nilai buat pelanggan dalam waktu yang mencabar ini," kata Ketua Pegawai Rantaian Bekalan YCH, Steve Carpenter. "Beliau merupakan penambahan yang dialu-alukan ke dalam pasukan kami dan amat sesuai untuk budaya kami."

Menyertai sejurus selepas bekas Ketua Pegawai Jualan Ryan Hopkins diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Allred membawa keseimbangan kepada pasukan ini. Biarpun Hopkins merupakan pendatang yang agak baharu untuk jawatan eksekutif tertinggi, Allred merupakan seorang veteran berpengalaman dengan pengalaman pengurusan kewangan peringkat eksekutif. Sama seperti budaya syarikat yang menerima tradisi di samping mempelopori idea baharu, mereka menghargai perspektif yang pelbagai dalam usaha untuk mengekalkan sebuah organisasi yang mampan.

Yakima Chief Hops
YCH ialah pembekal hop global 100% milik penanam dengan misi untuk menghubungkan pembuat bir dengan ladang hop keluarga. Beroperasi selama lebih 30 tahun, kami telah menjadi lebih daripada sekadar pembekal hop. Kami merupakan peneraju bagi inovasi, kualiti dan khidmat pelanggan. Kami merupakan sumber untuk pembuat bir, menyediakan produk berasaskan penyelesaian dan penyelidikan yang utama dalam industri. Kami merupakan penyokong kemampanan dan tindakan sosial yang bermakna, berusaha untuk menyokong persekitaran dan komuniti di sekitar kami. Bir yang hebat bermula di ladang dan kami berusaha untuk membina hubungan antara penanam dan pembuat bir yang membantu ladang untuk menanam hop yang lebih baik dan pembuat bir untuk membuat bir yang lebih baik. https://www.yakimachief.com/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1173160/Yakima_Chief_Hops_welcomes_Howard_Allred.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1016498/Yakima_Chief_Logo.jpg

Source: Yakima Chief Hops
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail Personnel announcements