omniture

Venture Global LNG Mengumumkan Perubahan Kepimpinan

Venture Global LNG
2020-09-22 19:23 248

ARLINGTON, Virginia, 22 September 2020 /PRNewswire/ -- Robert Pender dan Michael Sabel, Pengasas, Pengerusi Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Venture Global LNG, Inc. hari ini bersama-sama mengumumkan perubahan dalam tadbir urus korporat syarikat.  Setelah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah, berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020, Encik Sabel akan mula memegang jawatan sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Encik Pender akan kekal berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama Eksekutif, satu jawatan pegawai yang baharu, untuk membantu syarikat dan CEO dalam hal ehwal strategik dan kewangan.  En. Pender akan kekal berkhidmat untuk Ahli Lembaga Pengarah Syarikat, bersama Encik Sabel, kedua-duanya sebagai Pengerusi Bersama Eksekutif Ahli Lembaga. 

En. Pender berkata, "Bekerja dengan Mike dalam penciptaan Venture Global LNG adalah satu pengalaman yang menggembirakan dan membantu membentuk semula industri LNG global.  Khususnya, melalui Venture Global, kami berasa bangga kerana dapat mengurangkan kos LNG dengan ketara pada saat-saat kritikal perubahan terhadap keperluan tenaga di seluruh dunia.  Kami berjaya dalam lingkungan yang besar atas tumpuan khusus yang kami laburkan sepenuhnya secara peribadi, sekarang saya perlu ke belakang sedikit.  Tiada siapa yang lebih saya percayai dari Mike untuk memimpin syarikat yang kami cipta bersama untuk masa depan ini.  Saya kekal komited terhadap Mike, syarikat dan kejayaannya, tetapi memegang peranan lain supaya dapat saya tambahkan nilai paling tinggi dalam rentak yang lebih seimbang." 

En. Sabel menambah: "Bob dan saya telah bekerjasama sebagai rakan kongsi selama lebih 10 tahun dan yang lebih penting dari kejayaan yang dicapai ini adalah persahabatan dan masa yang kami luangkan bersama dalam mengatasi cabaran serta membina pasukan. Kejayaan yang kami kecapi tidak akan tercapai tanpa kepimpinan, bimbingan, kepintaran dan tenaga Bob. Walaupun terdapat sedikit perubahan dalam peranan, perkongsian, kerjasama dan usaha yang jitu akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang selari dengan perkembangan kami dalam perniagaan."

Tentang Venture Global LNG
Venture Global LNG adalah syarikat penyedia LNG jangka panjang berkos rendah untuk dibekalkan dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber dan kini sedang membina atau mengembangkan kapasiti pengeluaran 50 MTPA di Louisiana.  Kemudahan 10 MTPA Venture Global Calcasieu Pass sedang dalam pembinaan di persimpangan Saluran Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico. Kemudahan 20 MTPA Venture Global Plaquemines LNG dijangka akan mula dibina pada tahun ini dan terletak di bahagian selatan New Orleans di Sungai Mississippi.  Venture Global LNG juga sedang membangunkan kemudahan 20 MTPA Venture Global Delta LNG, berdekatan dengan Plaquemines.  Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Venture Global LNG
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Utilities Personnel announcements