omniture

Association for Financial Professional, Tranvorma Bekerjasama untuk CTP, Program Persediaan Peperiksaan FP&A.

Association for Financial Professionals (AFP)
2020-09-23 10:07 300

Para profesional kewangan di Indonesia kini akan mendapat akses kepada kursus persiapan untuk mendapatkan pensijilan terkemuka

JAKARTA, Indonesia, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Association for Financial Professional (AFP) dan Tranvorma telah mengumumkan kerjasama rasmi untuk menawarkan program persediaan peperiksaan untuk para profesional perbendaharaan dan kewangan yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Kursus-kursus yang akan diajarkan dalam bahasa Indonesia, akan melengkapkan para profesional kewangan dengan alat yang mereka perlukan untuk memperoleh pensijilan Certified Treasury Professional (CTP) dan perakuan Certified Corporate FP&A Professional (FP&A).

Gelaran CTP, yang ditaja oleh AFP, berfungsi sebagai penanda aras kecekapan dalam profesion kewangan dan diakui sebagai kelayakan utama dalam perbendaharaan korporat di seluruh dunia. Pentauliahan CTP menandakan bahawa pengamal perbendaharaan telah menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan fungsi kritikal yang berkesan berkaitan dengan kecairan, modal dan pengurusan risiko syarikat korporat.

Pentauliahan FP&A, yang juga ditaja oleh AFP, menetapkan satu set kecekapan teras untuk profesion perancangan dan analisis kewangan korporat dan menangani bidang yang tidak semestinya dilakukan oleh pemegang ijazah tradisional. Ini adalah satu-satunya tauliah yang khusus untuk FP&A; ia berpandangan ke hadapan dan menilai kemampuan untuk melihat gambaran secara menyeluruh. Para profesional FP&A yang telah ditauliahkan akan dilengkapi khas untuk mengurangkan ketidakpastian dan melihat jauh melangkaui sekadar angka; mereka berusaha untuk membuat angka berfungsi untuk menentukan perancangan, anggaran dan ramalan strategik secara holistik yang berkaitan dengan matlamat perniagaan.

"Kerjasama dengan Tranvorma ini membantu AFP membawa pensijilan utama untuk profesion kewangan ke Jakarta," kata Himashi Soriano, Pengarah Urusan, APAC. "Pentauliahan CTP dan FP&A boleh membantu para profesional kewangan Indonesia memperoleh gaji yang lebih tinggi, menonjol dari persaingan dan mengembangkan peluang kerjaya. Tidak ada waktu yang lebih baik untuk meningkatkan pengetahuan selain sekarang."

"Pentauliahan CTP dan FP&A diakui sebagai tauliah terkemuka dalam profesion kewangan di seluruh dunia" kata Ikin Solihin, Rakan Kongsi Pengurusan, Tranvorma. "Sekarang para profesional Indonesia dapat mempelajari pengetahuan dan kemahiran global untuk meningkatkan karier mereka ke tahap seterusnya."

Untuk sebarang pertanyaan akhbar, sila hubungi Melissa Rawak, mrawak@afponline.org.

Tentang AFP®
Beribu pejabat di luar Washington, D.C. dan pejabat serantau terletak di Singapura, Association for Financial Professionals (AFP) merupakan masyarakat profesional yang komited untuk memajukan kejayaan anggota perbendaharaan dan kewangan serta organisasi mereka. AFP mencipta dan mentadbir kelayakan Certified Treasury Professional dan Certified Corporate FP&A Professional, yang menetapkan standard kecemerlangan dalam perbendaharaan dan kewangan.

Tentang Tranvorma
Beribu pejabat di Jakarta, Indonesia, Tranvorma menyediakan para profesional dengan pilihan program premium, melengkapi mereka dengan pensijilan, pengetahuan dan kemahiran global.

Visi Tranvorma adalah untuk mempersiapkan para profesional untuk mencapai tahap seterusnya melalui pembelajaran berkualiti tinggi, berpatutan dan holistik. Semak maklumat terperinci untuk kursus peperiksaan CTP & FP&A Tranvorma yang akan datang.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/508493/Association_for_Financial_Professionals_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Association for Financial Professionals (AFP)
Keywords: Banking/Financial Service New products/services