omniture

Zymo Research Menerima Pengiktirafan Tanda CE IVD untuk Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA™

Zymo Research Corp.
2020-11-23 20:09 1

Proses pembersihan virus yang boleh dipercayai dan sensitif yang digunakan untuk pengesanan dan analisis virus SARS-CoV-2

IRVINE, California, 23 November 2020 /PRNewswire/ -- Zymo Research hari ini mengumumkan bahawa Kit Viral MagBead Quick-DNA/RNA telah diluluskan untuk edaran ke pasaran Kesatuan Eropah (EU). Produk ini direka untuk proses pemurnian virus DNA dan/atau RNA yang pantas daripada sampel biologi yang disimpan di DNA/RNA Shield, Zymo Research. DNA/RNA Shield digunakan untuk pengumpulan sampel, pengawetan asid nukleik dan penyahaktifan patogen. Pengasingan asid nukleik berkualiti tinggi tersedia untuk semua aplikasi hiliran seperti Next-Gen Sequencing dan pengesanan RT-qPCR.

Zymo Research’s Quick-DNA/RNA™ Viral MagBead Kit has been cleared for in vitro diagnostic applications for use by EU member states.
Zymo Research’s Quick-DNA/RNA™ Viral MagBead Kit has been cleared for in vitro diagnostic applications for use by EU member states.

"Zymo Research memainkan peranan yang penting dalam memerangi pandemik COVID-19 yang sedang berlaku kini," kata Dr. Stanislav Forman, seorang saintis di Zymo Research. "Semua produk dalam ujian aliran kerja COVID-19 kami telah diiktiraf dengan tanda CE IVD; oleh itu, ia dapat membantu pelanggan klinikal kami di negara-negara EU serta negara lain."

Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA yang diiktiraf dengan tanda CE IVD ini memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan persekitaran EU. Ia boleh digunakan untuk pembersihan virus DNA/RNA, seperti SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19, atau jenis-jenis sampel patogenik yang lain. Kit tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa ujian aliran kerja FDA EUA SARS-CoV-2 yang dibangunkan oleh syarikat terkenal seperti Illumina dan Fulgent Genetics.

"Kami amat berbesar hati apabila Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA Zymo Research menerima pengiktirafan Tanda CE IVD daripada EU," kata Thiago Pinto Nogueira, Pengarah Pembangunan Perniagaan Veritas Bio . "Di Brazil, agensi kawal selia kesihatan kami (ANVISA) mengalu-alukan produk yang diiktiraf dengan Tanda CE. Ini mempermudahkan kerja-kerja kami apabila produk didaftarkan secara tempatan. Untuk para pelanggan kami, tanda ini menunjukkan bahawa produk tersebut telah mematuhi standard kesihatan dan keselamatan."

Untuk maklumat lanjut tentang Kit MagBead Viral Quick-DNA/RNA Zymo Research, sila layari laman web mereka atau hubungi mereka melalui e-mel di covid19requests@zymoresearch.com.

Tentang Zymo Research Corp.
Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberi khidmat kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. "Keindahan Sains adalah untuk Menjadikan Semua Perkara Mudah", adalah moto yang dizahirkan dalam semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penyucian DNA/RNA. Terkenal dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research menjangkaui sempadan dengan penyelesaian baharu dalam pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiom, alat diagnostik, dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter, dan Instagram.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1340077/zymo_research_quick_dna_rna_viral_magbead_kit.jpg?p=medium600  
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)