omniture

Zoomlion Bawakan Sembilan Barisan Produk Utama ke bauma China 2020

Kejayaan cemerlang perintis strim langsung termasuk teknologi ringan dan interaksi suara
Zoomlion
2020-11-24 10:13 92

SHANGHAI, 24 November 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) akan mempamerkan lebih 50 set produk peralatan pembinaan daripada sembilan barisan produk di bauma China 2020 yang menampilkan teknologi terkini daripada syarikat. Pameran perdagangan antarabangsa tersebut akan dibuka pada 24 November di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC).

Sebagai pempamer luar terbesar acara berkenaan, Zoomlion akan mempamerkan kren bergerak, kren menara, jentera konkrit, jentera tolak tanah, platform kerja udara, jentera asas serta kenderaan industri dan juga peralatan mortar campuran kering.

Syarikat berkenaan akan melancarkan sektor perniagaan jentera perlombongan serba baharu termasuk pelancaran dua produk baharu tatkala Zoomlion membangunkan peralatan perlombongan yang lebih andal, cekap dan pintar yang memanfaatkan asas kukuhnya serta keupayaan yang inovatif.

"Tema untuk pameran Zoomlion di bauma China 2020 ialah 'Vision Creates Future' ('Visi Cipta Masa Depan'). Sebagai penetap trend industri, Zoomlion yakin untuk memimpin evolusi teknologi bagi mencipta produk yang inovatif dan pintar buat pelanggan global," kata En. Guo Xuehong, Naib Presiden Zoomlion.

Zoomlion akan mengetengahkan siri teknologi baharu dan kejayaan cemerlang yang utama dalam industri termasuk:

  • Peralatan mortar campuran kering yang menggunakan sistem pemeteran automatik serbuk kejituan ultra tinggi Powerdos berpaten Zoomlion;
  • Platform kerja udara lengan lurus terdorong diri yang tertinggi di dunia;
  • Teknologi ringan jentera konkrit – seperti bum berongga inovatif, paip konkrit gentian karbon dan keluli berkekuatan ultra tinggi;
  • Teknologi pengangkat pintar seperti penguncian sasaran automatik, perancangan laluan berautonomi, penghindaran halangan pintar dan penjajaran jitu;
  • Sistem kawalan pintar dibangunkan sendiri ETI untuk kren pembinaan;
  • Produk pintar generasi 4.0A;
  • Teknologi pintar yang menampilkan interaksi suara

Zoomlion akan turut mempersembahkan barisan produk tenaga lestarinya, termasuk kren trak elektrik pertama di dunia, trak pencampur elektrik, platform kerja udara hibrid litium dan kenderaan industri yang beroperasi menggunakan kuasa elektrik dan tenaga hidrogen.

Selain daripada produk yang canggih dan pintar, Zoomlion akan mendemonstrasikan pencapaian pembuatan pintar terkininya iaitu pembinaan Bandar Industri Pintar Zoomlion di Changsha melalui persembahan secara langsung yang dikuasakan oleh ZValley 5G. Taman Jentera Penggalian baharu, yang bakal dibuka menjelang akhir tahun ini di Bandar Industri, akan mengintegrasikan keupayaan industri Zoomlion yang sedia ada dan baharu.

Zoomlion akan mendemonstrasikan kawalan jarak jauh 5G masa sebenar mesin pengorek bagi menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti pembinaan dapat dimudahkan dan ditingkatkan serta mencipta pengalaman imersif buat pengunjung dengan membolehkan mereka mengendalikan kren menara pintar 5G di lapangan.

Dalam detik istimewa ini, Zoomlion menjemput penonton global untuk mengalami acara bauma China 2020 melalui acara strim langsung:

1.  Akses strim langsung bahasa Inggeris di http://zomo.360vrjy.com. Sesi berkenaan dijadualkan berlangsung mulai 2:30 hingga 4:20 petang (Waktu Beijing) pada 25 November, yang mana audiens akan berpeluang untuk memenangi model produk Zoomlion. Hos yang bertutur dalam bahasa Inggeris akan turut membawa audiens untuk menonton strim langsung di https://www.nimo.tv/zoomlion.

2. Strim langsung dialog pempamer dalam Bahasa Inggeris akan dihoskan di gedung Zoomlion melalui Alibaba di http://zoomlion1.en.alibaba.com.

3.  Kunjungi laman sesawang Zoomlion untuk semua maklumat mengenai pamerannya di bauma China 2020 melalui https://baumachina2020vr.lmjx.net/sh/zoomlion/.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 56 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Trade show news