omniture

Shanghai Electric dan Siemens Energy akan menubuhkan Pusat Pemerkasaan Tenaga Pintar

Shanghai Electric
2020-11-24 19:30 211

SHANGHAI, 24 Nov. 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ( "Syarikat") (SEHK: 02727, SSE: 601727), pengeluar dan pembekal peralatan penjanaan kuasa elektrik, peralatan industri dan perkhidmatan integrasi yang terkemuka di dunia, telah mencapai satu lagi kejayaan dan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Siemens Energy berkenaan pusat pemerkasaan tenaga pintar pada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang diadakan di Shanghai.

Shanghai Electric dan Siemens Energy akan menubuhkan Pusat Pemerkasaan Tenaga Pintar
Shanghai Electric dan Siemens Energy akan menubuhkan Pusat Pemerkasaan Tenaga Pintar

Kerjasama tersebut bertujuan membangunkan pusat pemerkasaan tenaga pintar yang dapat memenuhi keperluan industri tenaga domestik dan global. Berasaskan teknologi digital Internet perindustrian yang sentiasa berinovasi, Pusat Pemerkasaan Shanghai Electric-Siemens tersebut menubuhkan tiga sektor perniagaan berteknologi tinggi, sebuah pusat pengalaman digital maya nyata dan platform kerjasama inkubator industri. Ia akan menyediakan perkhidmatan digital Internet perindustrian berkualiti tinggi berasaskan industri peralatan tenaga atasan teras syarikat induk.

Kerjasama Shanghai Electric dan Siemens Energy menandakan satu lagi langkah ke hadapan untuk naik taraf keseluruhan industri tenaga China. Kedua-dua syarikat tersebut berhasrat untuk mengintegrasikan kecerdasan buatan, IoT industri dan rantaian nilai industri, dalam usaha untuk mengembangkan lagi skop perniagaan Syarikat dan memajukan ekosistem perniagaan tenaga pintarnya.

Di samping perjanjian dengan Siemens Energy, Syarikat juga menandatangani urus niaga di CIIE dengan perusahaan top 500 global. Di ekspo tersebut, ia meraih pesanan import berjumlah hampir RMB 2.4 bilion, kira-kira RMB 500 juta lebih banyak berbanding tahun lalu.

Shanghai Electric adalah salah satu pengeluar terbesar di China dan mengendalikan perniagaan dalam pelbagai sektor. Sebagai peneraju dalam bidang pembuatan peralatan tenaga boleh diperbaharui dan tenaga termal tradisional, Syarikat telah lama menumpukan perhatian dalam bidang peralatan industri dan tenaga, dan perkhidmatan integrasi. Syarikat juga menyerlah dalam sektor kuasa angin dengan peralatan kuasa angin luar pesisirnya merangkumi sebahagian besar bahagian pasarannya.

Siemens Energy adalah salah satu syarikat teknologi tenaga yang terkemuka di dunia. Dengan portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatannya, Siemens Energy merangkumi hampir keseluruhan rantaian nilai tenaga – daripada penjanaan dan penghantaran kuasa hingga penyimpanan. Portfolio tersebut termasuk teknologi tenaga konvensional dan boleh diperbaharui, seperti turbin gas dan stim, loji kuasa hibrid yang dikendalikan dengan hidrogen, dan penjana kuasa serta transformer.

Pautan berkaitan
www.shanghai-electric.com

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Utilities Licensing/marketing agreements