omniture

SHIELD mengumumkan DeviceSHIELD untuk Melindungi Perniagaan Kecil daripada Penipuan Siber Semasa Pandemik COVID-19

SHIELD
2020-11-24 23:03 3

DeviceSHIELD akan menyediakan penyiasatan risiko secara percuma kepada 90% daripada perniagaan dalam talian untuk membantu menentang penipuan dan mencegah kerugian kewangan purata sebanyak $200,000 akibat serangan siber¹ 

MENLO PARK, California, 24 November, 2020 /PRNewswire/ -- SHIELD, syarikat keselamatan siber terkemuka dunia dengan kepakaran dalam penipuan siber dan pengesahan identiti, hari ini melancarkan DeviceSHIELD, penyelesaian penipuan siber secara khusus direka untuk menentang peningkatan serangan penipuan terhadap perniagaan dalam talian semasa pandemik COVID-19. Ia menyediakan kecerdasan yang boleh dilaksanakan dalam masa nyata bagi mengenal pasti peranti palsu dan melindungi perniagaan daripada pelaku yang teruk, kerosakan reputasi dan transaksi palsu.

Semasa pandemik COVID-19, penipuan siber telah menjadi bentuk aktiviti jenayah yang berkembang pesat, meletakkan kedua-dua perniagaan dan pelanggan pada risiko yang memuncak. Hari ini, pelanggan melakukan lebih banyak transaksi digital dan menggunakan bilangan aplikasi dalam talian yang meningkat. SHIELD telah mengenal pasti beberapa industri utama yang mana penipuan siber telah meningkat akibat pandemik COVID-19, antaranya perkhidmatan atas permintaan seperti penghantaran makanan dan e-panggilan, e-dagang dan platform pasaran, permainan dalam talian, e-dompet, tawaran kesetiaan dan pulangan tunai, perbankan dalam talian dan hiburan.

Sejak beberapa tahun yang lalu, alat yang penggodam gunakan juga menjadi lebih canggih. Kini, penipu menggunakan pelagak, pengklon aplikasi, rangkaian persendirian maya (VPN) dan penipu sistem kedudukan sejagat (GPS) daripada peranti mudah alih untuk melakukan penipuan.

"Lebih banyak transaksi dalam talian bermaksud lebih tinggi risiko kepada penipuan siber dan pandemik COVID-19 telah menjadikan perkara ini lebih relevan berbanding sebelumnya," kata Justin Lie, Ketua Pegawai Eksekutif SHIELD. "43% daripada serangan dalam talian kini disasarkan kepada perniagaan kecil, dengan hanya 14% yang aktif bersedia untuk mempertahankan diri sendiri.2 Kami telah mewujudkan teknologi untuk melindungi industri dalam talian yang kami percaya paling teruk terjejas akibat COVID-19. Namun, mana-mana perniagaan dengan kurang daripada 100,000 pengguna aktif bulanan akan menerimanya secara percuma yang bersamaan dengan kira-kira 90% perniagaan dalam talian."

SHIELD komited untuk menangani impak ekonomi akibat pandemik COVID-19. Bilangan penipu yang menyamarkan identiti dalam talian bagi peranti mereka telah berkembang pada kadar yang tidak dijangka semasa pandemik, yang memberikan risiko ke atas perniagaan bersaiz kecil dan sederhana. Penyelesaian penipuan siber konvensional cenderung untuk menganalisis atribut yang kelihatan sahaja dan tidak berkesan terutamanya dengan peranti mudah alih, yang gagal untuk mengesan secara mendalam terhadap ancaman yang paling licik dan senyap.

DeviceSHIELD pada masa ini merupakan satu-satunya teknologi yang menggunakan DNA peranti untuk mengenal pasti pengguna yang berniat jahat, membolehkannya untuk mengesan penipuan dengan ketepatan dan ketekalan yang tiada tandingan. Mampu digerakkan dalam beberapa minit, DeviceSHIELD menganalisis beribu-ribu atribut peranti untuk mengenal pasti peranti tanpa mengira kekerapan ia berubah dan menunjukkan alat berniat jahat yang digunakan dengan tepat. Ia mempunyai ciri unik yang dikenali sebagai SHIELD Sentinel, yang membolehkannya memprofilkan risiko berterusan sepanjang sesi pengguna - satu lagi ciri peneraju dalam industri. Ia juga memanfaatkan rangkaian SHIELD bagi lebih daripada tujuh bilion peranti dan 500 juta pengguna merentasi enam benua, yang dikenali sebagai Rangkaian Kecerdasan Global, yang membolehkannya melindungi peranti secara proaktif daripada penipuan baharu dan tidak diketahui.

Para pelabur SHIELD terdiri daripada GGV Capital, Tony Fadell's Future Shape, Temasek, Wavemaker Partners dan Tao Zhang. Pada masa ini penyelesaian SHIELD telah digunakan oleh syarikat-syarikat global seperti Razer, Alibaba, Scalefast, Yamibuy, PayMaya dan Sea Group untuk menangani penipuan siber.

Tentang SHIELD 

SHIELD ialah syarikat keselamatan siber terkemuka dunia yang khusus dalam penipuan siber dan penyelesaian identiti. Penyelesaian SHIELD terdiri daripada pencegahan penipuan dan keselamatan rangkaian hingga kepada penyiasatan kredit dan pengesahan identiti. Dengan pejabat di seluruh dunia, SHIELD dipercayai oleh aplikasi super, platform e-dagang dan perkhidmatan e-panggilan yang terkemuka di seluruh dunia. Melalui pengecaman corak dan pemprofilan risiko yang berterusan, SHIELD menyediakan kecerdasan peranti yang boleh dilaksanakan dan isyarat masa nyata yang membolehkan syarikat untuk terus berkembang tanpa risiko.

Untuk maklumat lanjut, layari https://shield.com/solutions/deviceshield

Hubungan: 

Pertanyaan Akhbar
Simone Jackenthal
Trident DMG
+ 1 (202) 923-5296
sjackenthal@tridentdmg.com 

1 Hiscox, "Hiscox Cyber Readiness Report 2019."
2 CNBC, "Cyberattacks now cost companies $200,000 on average, putting many out of business"

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1341295/SHIELD_tagline_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: SHIELD
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Multimedia/Online/Internet New products/services Small Business Services Financial Technology