omniture

Penyelidikan Baharu daripada Acision Menunjukkan 79% Pengguna AS Kini Menggunakan Penghantaran Pesanan Multi Servis namun Terdapat Peluang Unik untuk Pembawa Menawarkan Perkhidmatan yang Lebih Beraneka

Acision UK Ltd
2013-05-24 14:33 204

CTIA, LAS VEGAS, 24 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Mempercepatkan RCS dan Perkhidmatan Penghantaran Pesanan Lebih Beraneka akan memenuhi keperluan pengguna untuk satu platform penghantaran pesanan tunggal di Amerika Utara, mengekalkan kerelevanan dan kesetiaan kepada pembawa

  • 72% pengguna AS yang menyertai kaji selidik ini menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang setiap hari, dicetuskan oleh kepantasan, ciri-ciri beraneka dan kos. Penghantaran pesanan IM/OTT semakin mengejar perkhidmatan SMS, yang masih merupakan perkhidmatan paling diyakini oleh semua hari ini
  • 72% menyatakan kebergantungan mereka kepada SMS, walaupun dengan adanya perkhidmatan OTT baharu
  • Para pengguna berhubung dengan lebih ramai orang melalui penghantaran OTT hari ini, tetapi tidak mengasingkan penggunaan perkhidmatan antara keluarga, kawan-kawan dan rakan tempat kerja.
  • 75% berminat dengan perkhidmatan penghantaran pesanan aneka operator seperti 'joyn™',  yang dapat melupuskan fragmentasi penghantaran pesanan   

Kajian terbaharu daripada peneraju penghantaran pesanan mudah alih, Acision, mendedahkan bahawa 79% pengguna telefon pintar hari ini sedang menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang,termasuk SMS, MMS dan aplikasi IM/Over-the-top (OTT)bagi memenuhi keperluan mereka menghantar pesanan. Namun, bila digambarkan, Servis Aneka Komunikasi (RCS) GSMA, yang dikeluarkan secara besar-besaran oleh para pembawa perkhidmatan seluruh dunia dan dijenamakan sebagai joyn™, majoriti besar (75%) mengatakan mereka berminat untuk menggunakannya jika dipakejkan dengan harga yang berpatutan.Respon positif terhadap joyn™ ini mewakili peluang yang besar untuk pembawa menyediakan pengalaman penghantaran pesanan serata yang lebih beraneka dengan menggabungkan SMS, MMS, penghantaran pesanan sosial, sembang dalam kumpulan, perkongsian fail media dan video, atas satu platform.

"Walaupun dihambur dengan tajuk-tajuk berita yang mengisytiharkan kepupusan perkhidmatan SMS, kajian kami mengesahkan bahawa walaupun penggunaan perkhidmatan penghantaran pesanan OTT sedang meningkat, SMS masih dianggap sebagai perkhidmatan penting oleh ramai pengguna di AS,"kata Russell Grahame, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Acision Amerika Utara."Namun begitu, kelakuan dan jangkaan para pengguna terus berevolusi dan mereka mencari perkhidmatan penghantaran pesanan yang lebih beraneka untuk berkomunikasi dan berhubung, menjadikan ia satu masa yang genting bagi para pembawa mempercepatkan pelancaran perkhidmatan penghantaran pesanan beraneka berasaskan RCS mereka sendiri bagi mencipta satu ekosistem komunikasi baharu."

Edisi kedua kajian tahunan Acision, yang menganalisa kelakuan dan keperluan penghantaran pesanan bagi pengguna telefon pintar di AS, menunjukkan bahawa walaupun 92% responden menggunakan SMS dengan telefon pintar mereka, hampir tiga perempat (72%) daripada mereka menggunakan pelbagai perkhidmatan penghantaran pesanan lain setiap hari, dengan 42% daripada semua responden menggunakannya setiap masa. SMS masih menjadi kaedah penghantaran pesanan paling dominan, dengan 72% responden menyatakan kebergantungan mereka kepadanya dan 53% daripada mereka berkata mereka tidak dapat hidup tanpanya. Namun, dengan 77% daripada pengguna telefon pintar AS mempunyai gundalan SMS tanpa had, kesimpulannya adalah harga atau pakej yang bersesuaian menggalakkan penggunaan SMS dan mungkin menjadi faktor mempengaruhi populariti berterusan SMS melawan OTT.  

Penghantaran pesanan MMS juga semakin banyak digunakan, dengan 58% responden menyatakan mereka banyak menggunakannya kerana kawan-kawan emreka menggunakannya, selalunya untuk menghantar bahan-bahan mencuit hati (84%), menghantar sesuatu bersifat keraian (53%) dan menghantar gambar semasa percutian (40%). Sejumlah besar responden (69%)daripada soal selidik itu juga mendakwa mereka mempunyai MMS tanpa had dalam pakej perkhidmatan mereka, yang juga menggalakkan penggunaan dan menunjukkan kos sebagai faktor yang besar dalam penggunaan. Dengan perkhidmatan penghantaran pesanan IM/OTT semakin mendapat tempat, menjana 89% trafik penghantaran pesanan melalui pelbagai aplikasi, lebih separuh responden kaji selidik menyatakan mereka tidak kisah menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang dan ini berkemungkinan kerana mereka mewakili komuniti yang telah mereka sertai. Kaji selidik itu juga mendapati 57% mendakwa mereka tidak dapat hidup tanpa penghantaran pesanan OTT/IM.

Kajian Acision menunjukkan kombinasi keperluan pengguna yang terdiri daripada kualiti perkhidmatan, ciri-ciri beraneka dan kos; dengan jaminan tambahan yang mereka boleh berhubung dengan sesiapa jua pada bila-bila masa melalui perkhidmatan penghantaran pesanan berbilang. Dengan kebergantungan tinggi yang terbukti kepada SMS sebagai satu-satunya perkhidmatan universal yang boleh berfungsi serta-merta dengan semua jenis telefon pada bila-bila masa, para responden mendakwa keandalan (40%), kelajuan (39%) dan jangkauan (32%) adalah kualiti-kualiti perkhidmatan penting yang menjadikannya perkhidmatan pilihan.  Pegguna yang lebih suka menggunakan perkhidmatan penghantaran pesanan OTT menyatakan sebab-sebab yang lebih kurang sama: kelajuan (50%), pemberitahuan penghantaran pesanan (36%) dan keandalan (35%). Ciri-ciri beraneka lain yang dinilai tinggi termasuklah, melihat jawapan balas yang sedang ditulis (31%), penghantaran pesanan secara berkumpulan (28%), dan kehadiran (24%). Apa yang ketara adalah tiada satu perkhidmatan tunggal dalam pasaran yang boleh menyediakan kesemua keperluan ini, jadi menggunakan perkhidmatan SMS dengan IM/OTT secara serentak adalah cara terbaik untuk memenuhi semua keperluan tersebut.

"Trend hari ini di mana pengguna menghantar lebih banyak pesanan dengan beberapa platform berbeza dan melalui peranti berbilang adalah satu fenomena global, yang telah kita lihat bukan saja dalam kajian kami tetapi merentasi analisa dan titik data industri lain. Hari ini, pelanggan yang arif teknologi mahu sesuatu yang 'lebih' -- satu kombinasi jangkauan universal, keandalan tanpa kompromi dan ciri-ciri lebih beraneka -- yang hanya boleh dicapai dengan penggunaan beberapa perkhidmatan serentak,"sambung Grahame lagi. "Dengan pasaran yang berubah dengan begitu pantas, terdapat peluang besar yang masih belum diterokai bagi operator melancarkan satu platform penghantaran pesanan bersatu yang menggabungkan semua keperluan pengguna bagi menerajui revolusi penghantaran pesanan ini sekali lagi."

Bagi memahami peluang untuk operator menawarkan ciri-ciri lebih beraneka sebagai sebahagian daripada perkhidmatan penghantaran pesanan beraneka mereka, Acision bertanyakan daya tarikan ciri-ciri di bawah:

  • Sebuah perkhidmatan penghantaran pesanan yang menghubungkan kita dengan semua orang, tanpa mengira jenis aplikasi penghantaran pesanan apa yang mereka gunakan (68%)
  • Sebuah perkhidmatan penghantaran pesanan di mana kita boleh menerima pesanan melalui mana-mana peranti: telefon pintar, tablet atau komputer riba/PC (68%)
  • Sebuah perkhidmatan penghantaran pemesejan segera di mana kita mempunyai satu rekod perbualan yang mengandungi semua pesanan, tanpa mengira aplikasi atau peranti yang digunakan (61%)
  • Sebuah perkhidmatan penghantaran pesanan di mana kita boleh menghantar semua pesanan kita tanpa memikirkan aplikasi yang perlu digunakan - pesanan itu akan dihantar kepada orang yang ingin kita hubungi tanpa mengambil kira perkhidmatan penghantaran pesanan pilihan mereka (59%)

Jorgen Nillson, Ketua Eksekutif di Acision, berkata, "Sejak pelancaran jenama pengguna GSMA joyn™, untuk keluarga standard Suit Komunikasi Beraneka mereka (RCS-e, RCS5), langkah-langkah signifikan telah diambil oleh para pemain industri untuk membawa secara rasminya perkhidmatan penghantaran pesanan yang lebih teguh dan beraneka yang memenuhi semua keperluan ini. Walaupun ia semakin mendapat perhatian dan pelaburan daripada operator seluruh dunia, hanya 10% pengguna yang ditinjau di AS pernah mendengar mengenaijoyn™. Tidak kira sama ada pengguna mempunyai telefon biasa atau telefon pintar, penyediaan pengalaman yang lebih beraneka dan serata serta memecahkan penghalang fragmentasi adalah kunci untuk perkhidmatan masa hadapan, sementara membolehkan pengewangan perkhidmatan dengan model komersil baharu.

"Jika operator bertindak sekarang, mereka boleh mewujudkan sebuah pengalaman perkhidmatan yang meningkatkan kepuasan pelanggan,kesetiaan dan penjanaan hasil melalui penambahan baharu perkhidmatan. Acision bersedia untuk memainkan peranan utama dalam industri bagi mempercepatkan penyediaan perkhidmatan penghantaran pesanan IP dalam tahun-tahun mendatang, dan memastikan operator boleh menyediakan pengalaman yang lebih lancar. Platform penghantaran pesanan bersatu Acision, menggabungkan kemampuan semasa dengan teknologi masa hadapan, bagi memberikan perkhidmatan komunikasi yang telus sepenuhnya dengan penggunaan yang pantas dan mudah diatur, saling beroperasi merentasi semua platform, membolehkan pembawa menunaikan janji untuk mencapai sesiapa sahaja di mana jua melalui sebarang peranti," simpul Nilsson.

Para pengkaji meramal bahawa hasil daripada penghantaran pesanan mudah alih global boleh bertumbuh sehingga $195.9 bilion menjelang tahun 2016, dengan trafik penghantaran pesanan melalui perkhidmatan baharu ini mungkin akan bertambah dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun akan datang. Acision menawarkan portfolio kukuh produk dan perkhidmatan bagi membantu operator menyesuaikan diri dengan pasaran penghantaran pesanan yang berubah-ubah dan melancarkan perkhidmatan baharu yang bakal memberi impak besar.

Mengenai Acision

Sebagai peneraju dunia dalam penghantaran pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan menjana perkhidmatan penghantaran pesanan yang relevan dan lancar, yang memperkayakan pengalaman komunikasi mudah alih dan mencipta peluang baharu untuk pembawa dan perusahaan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Penyelidikan Acision

Dikendalikan oleh Vanson Bourne pada bulan April 2013, penyelidikan ini adalah kajian menyeluruh kedua Acision mengenai landskap penghantaran pesanan mudah alih AS. Ia dijalankan berdasarkan temu bual dengan 1000 pengguna peranti telefon pintar di AS.

Mengenai Vanson Bourne

Vanson Bourne, sebuah perundingan pakar berdasarkan penyelidikan, menjalankan penyelidikan pengguna dalam konteks teknologi. Syarikat ini menemubual pembuat keputusan kanan daripada pelbagai fungsi, merentasi pelbagai industri, dalam organisasi-organisasi daripada yang kecil hinggalah yang besar, dalam pasaran seluruh dunia. Klien Vanson Bourne terdiri daripada perusahaan-perusahaan permulaan sehingga kepada syarikat-syarikat terkemuka yang memerlukan panduan pakar, memberikan analisis berdasarkan penyelidikan yang teguh dan diyakini.

Sumber: Acision UK Ltd

Source: Acision UK Ltd
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Survey, Polls & Research