omniture

Aplikasi Sembang Mudah Alih Maaii Di Tempat Pertama dalam iTunes Malaysia, Lancarkan Pembayaran dengan MOL

Maaii Limited
2013-05-27 10:00 175

Maaii, aplikasi panggilan dan penghantaran pesanan percuma melancarkan pembayaran Worldwide Credit menggunakan sistem pembayaran dalam talian MOLPoints.

HONG KONG, 27 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Maaii, aplikasi rangkaian sosial percuma No.1 dalam iTunes Malaysia, hari ini telah melancarkan pembayaran Kredit dengan MOL AccessPortal Sdn. Bhd. (MOL). Pengguna Maaii di Malaysia kini boleh memberi Kredit Maaii melalui sistem pembayaran dalam talian MOLPoints. Kredit Maaii digunakan untuk membeli produk-produk seperti "MaaiiOut", yang membenarkan pengguna membuat panggilan berkadar sangat rendah kepada nombor-nombor talian tetap dan mudah alih seluruh dunia.

"Panggilan suara Definisi Tinggi percuma di kalangan pengguna Maaii adalah salah satu daripada ciri penting yang memacu pertumbuhan pesat kami," kata Chris Lewis, Naib Presiden Maaii. Beliau menyambung lagi, "Namun terdapat sebilangan besar pengguna Malaysia  yang semakin meningkat, ingin membuat panggilan murah dengan MaaiiOut kepada kawan-kawan dan ahli keluarga yang belum menggunakan Maaii.  Untuk perkhidmatan ini, mereka kini boleh membeli Kredit Maaii dalam matawang tempatan dengan MOLPoints dari mana-mana saluran yang mengedarkan MOL."

Aplikasi-aplikasi Maaii untuk platform iOS dan Android sedang meningkat popular di Malaysia, Singapura, Taiwan dan pasaran-pasaran lain. Craig White, Presiden Operasi Global untuk MOL Global menambah, "Kami sentiasa mencari jalan untuk memperluaskan tawaran kami kepada pengguna MOL dengan produk berkualiti seperti Maaii. Kami percaya hubungan kerjasama ini akan mencipta sinergi hebat dalam membantu kedua-dua perniagaan kami berkembang di seluruh rantau ini."

Dengan beberapa juta pengguna seluruh dunia, Maaii sedang mengukuhkan tapak penggunanya di Asia Tenggara dan di Timur Tengah. Permintaan untuk suara mudah alih berdefinisi tinggi (HD), fungsi sembang sosial dan panggilan antarabangsa yang murah sedang meningkat. "Dengan membolehkan pembayaran dalam matawang tempatan, Maaii kini boleh bersaing terus dengan perkhidmatan seperti Skype, Rebtel dan lain-lain jenama VoIP. Jika pemeringkatan semasa dalam App Store boleh dijadikan rujukan, nampaknya Maaii merupakan pesaing yang kuat dalam ruang ini," kata Lewis.

Mengenai Maaii Ltd

Maaii adalah aplikasi komunikasi mudah alih percuma untuk peranti iOS dan Android yang menggabungkan panggilan suara, fungsi sembang dan penyepaduan rangkaian sosial. Pengguna Maaii boleh mendaftar menggunakan nombor telefon bimbit mereka dan membuat panggilan percuma kepada pengguna Maaii lain, bersembang dengan pengguna lain, atau menghubungi talian tetap dan mudah alih seluruh dunia dengan MaaiiOut™. Maaii menumpu kepada tiga bidang perniagaan: Aplikasi iOS dan Android yang dipasarkan kepada pengguna seluruh dunia; menempatkan dan menjenamakan bersama aplikasi-aplikasi yang ditawarkan daripada awan sebagai platform-sebagai-perkhidmatan (PaaS) dan sebuah platform terbuka yang menjana pembangun pihak ketiga untuk membina aplikasi pembolehan suara HD yang berfungsi atas rangkaian global Maaii.

Mengenai MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL)

MOL AccessPortal Sdn Bhd (MOL) adalah salah sebuah penyedia perkhidmatan pembayaran utama Asia. MOL adalah sebuah Syarikat Malaysia Berstatus MSC yang mengendalikan dan membangunkan sistem pembayaran. MOL menguruskan lebih 60 juta urus niaga dengan jumlah pembayaran tahunan sebanyak lebih US$300 juta. MOL mendapat kelebihan dengan rangkaian yang terdiri daripada lebih 680,000 pusat kumpulan pembayaran fizikal di lebih 80 buah negara. Ia juga mempunyai sambungan dalam talian kepada lebih daripada 88 buah bank dalam 10 negara seluruh dunia. MOL diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat teknologi paling pesat membangun di Asia Pasifik dalam Anugerah  Deloitte Technology Fast 500 Asia Pasifik 2011. MOL mempunyai ibu pejabat di Malaysia dengan pejabat-pejabat di seluruh Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.mol.com.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maaii, sila lawati http://www.maaii.com atau hubungi: Harvey Mok, Pengurus Media, E-mel: harveymok@maaii.com, Tel: +852-3472-0953

Sumber: Maaii Limited

 

 

Source: Maaii Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Licensing/marketing agreements New products/services