omniture

Cassidian Bekerjasama dengan Kerajaan Singapura untuk Membangunkan Penyelesaian Sekuriti dalam Platform Ujian Bandar Selamat

Cassidian
2013-05-30 02:46 165

SINGAPURA, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ --

  • Konsortium dengan rakan kongsi tempatan NCS
  • Hasil keputusan bakal dibentangkan di Sidang Kemuncak Bandar-bandar Dunia 2014

Cassidian, peneraju dunia dalam penyelesaian pertahanan dan sekuriti, bersama rakan kongsi tempatannya NCS, telah dianugerahkan Platform Ujian Bandar Selamat oleh Kementerian Dalam Negeri dan Badan Pembangunan Ekonomi Singapura (SEDB).

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/05/28/20130528194049275539.html )

Projek platform ujian itu mengunjurkan sebuah inisiatif penyelidikan dan pembangunan, dan akan ditempatkan serta diuji di Singapura. Ia termasuklah pembangunan dan ujian secara langsung untuk teknologi inovatif dan analitik lanjutan, seperti kandungan video, e-pengesanan dan sensor bandar pintar. Ini bakal menyediakan kepintaran tambahan dan faedah operasi kepada agensi-agensi kerajaan yang terlibat – polis dan pihak berkuasa pertahanan awam – serta pengangkutan awam bandar, agensi alam sekitar dan kemudahan awam, dengan matlamat untuk memastikan Singapura selamat dan terjamin.

"Program platform ujian bantuan kerajaan ini akan membolehkan syarikat-syarikat seperti Cassidian dan NCS menggunakan Singapura sebagai 'Makmal Hidup' yang unik, mencipta konsep dan penyelesaian yang boleh dikomersilkan dengan melihat kepada permintaan untuk penyelesaian Bandar Selamat yang semakin meningkat di seluruh dunia," kata En. Gian Yi-Hsen, Pengarah Pejabat Program Industri Keselamatan dan Sekuriti daripada SEDB. "Teknologi pintar akan menetapkan paradigma baharu untuk koordinasi antara agensi dan menggerakkan proses-proses yang dahulunya memerlukan usaha tenaga yang menjerihkan. Kami berharap kerjasama kami dengan Cassidian akan memacu standard-standard baharu dalam operasi keselamatan dan sekuriti dengan aplikasi yang luas dalam masyarakat awam serta sektor swasta," kata En. Anselm Lopez, Pengarah, Pembangunan Kemampuan dan Kerjasama Antarabangsa Kementerian Dalam Negeri.

Jens Nielsen, Ketua Aliran Perniagaan Sistem Bersepadu Cassidian menyatakan, "Kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada projek ini dan konsep uniknya dalam menggunakan data bandar secara langsung dengan menyumbang kepakaran dan penyelesaian kami, dan dalam kerjasama dengan rakan kongsi tempatan kami NCS, bagi menyokong matlamat SEDB dalam membangunkan ekonomi Singapura". Cassidian mempunyai pengalaman seluruh dunia dalam memastikan keselamatan sempadan negara serta prasarana kritikal negara seperti pelabuhan, tapak-tapak perindustrian, bandar dan ketenteraan.

"Kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja sebagai sebuah konsortium bersama Cassidian untuk memberikan kepakaran kami dalam mereka dan menyepadukan penyelesaian dalam projek ini. Analitik lanjutan yang disepadukan dengan sensor pintar boleh mempertingkatkan analisis data untuk penghasilan keputusan yang lebih bijak, dan boleh membantu jangkaan masalah bagi menyelesaikan isu urban. Kami sangat teruja mengenai pelaksanaan teknologi bandar selamat yang akan mempertingkatkan tahap keterhubungan dan kepintaran dalam prasarana Singapura," kata Chia Wee Boon, Ketua Pegawai Eksekutif, NCS.

Matlamat platform ujian ini adalah untuk mengeluarkan nilai bacaan daripada sensor silo yang ada dengan menyepadukan dan membina analitik lanjutan ke dalam sistem-sistem sedia ada. Hasil keputusan daripada platform ujian ini akan dibentangkan di Sidang Kemuncak Bandar Dunia pada bulan Jun 2014 di Singapura. Konsep Bandar Selamat Bersepadu menekankan bahawa data daripada sensor akan menjadi lebih bernilai sekiranya dikongsi melalui agensi-agensi bandar dan aplikasi-aplikasi berbeza dan bila diproses menjadi maklumat yang pintar dan boleh mencetuskan pelaksanaan tindakan.

Mengenai CASSIDIAN (www.cassidian.com)

Cassidian, divisyen pertahanan EADS, adalah peneraju dunia dalam penyelesaian pertahanan dan sekuriti. Syarikat ini menyediakan sistem-sistem pertahanan yang maju sepanjang seluruh rantaian tindakan daripada sensor melalui sistem-sistem arahan & kawalan bagi memerangi pesawat udara dan sistem udara tanpa warga. Dalam bidang sekuriti pula, Cassidian menyediakan kepada pelanggan seluruh dunia sistem pengawasan sempadan, penyelesaian sekuriti siber dan komunikasi selamat. Dalam tahun 2012, Cassidian—dengan kira-kira 23,000 orang kakitangan – mencapai hasil sebanyak EUR5.7 bilion.

Mengenai NCS (www.ncs.com.sg)

NCS adalah penyedia perkhidmatan teknologi komunikasi maklumat (ICT) utama dan bersama SingTel, kami mempunyai kehadiran dalam 22 buah negara yang terletak di seluruh APAC, Eropah dan AS. NCS memberikan penyelesaian ICT dan kejuruteraan komunikasi hujung ke hujung bagi membantu kerajaan dan perusahaan merealisasikan nilai perniagaan melalui penggunaan teknologi yang inovatif. Kemampuan perkhidmatan kami yang unik termasuklah khidmat rundingan, pembangunan, penyepaduan sistem, penyumberan luar, pengurusan dan penyelesaian prasarana serta pengurusan portal. Kami juga menyediakan perkhidmatan mobiliti, rangkaian sosial, analitik perniagaan dan pengkomputeran awan. Beribu pejabat di Singapura, NCS mempunyai lebih daripada 8,000 orang kakitangan yang memberi khidmat kepada kerajaan dan perusahaan komersil global yang besar.

SUMBER  Cassidian

Source: Cassidian
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Transportation Contracts New products/services