omniture

Kerajaan Singapura Menawarkan Projek Bandar Selamat Penting kepada AGT International-O'Connor's

AGT International
2013-05-30 09:00 200

SINGAPURA, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Kerajaan Singapura telah memilih AGT International-O'Connor's untuk mengambil bahagian dalam projek Bandar Selamat. AGT-O'Connor's, dengan rakan kongsi konsortiumnya Hitachi, akan melaksanakan penyelesaian analitik pintar berbilang agensi yang bakal mempertingkatkan kemampuan kerajaan untuk melindungi rakyat, aset kritikal dan infrastrukturnya.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120828/557394 )

Penyelesaian CityMIND AGT International adalah sebuah platform keselamatan awam unik yang terdiri daripada perisian analitik canggih yang berkuasa. Ia memberikan maklumat situasi masa sebenar kepada agensi kerajaan berkaitan, memaklumkan mereka mengenai kelakuan atau corak kejadian luar biasa dan menyediakan mereka dengan maklumat bagi mengambil langkah segera bagi mematahkan potensi ancaman. Penyelesaian ini adalah gabungan unik antara rangkaian kemampuan yang tersedia kepada agensi kerajaan melalui tablet mudah alih dan sebuah aplikasi yang tersedia kepada orang awam. Sebuah set sensor yang pelbagai akan disepadukan ke dalam platform CityMIND am, yang bukan sahaja akan meningkatkan keselamatan orang awam dan memastikan sekuriti aset dan prasarana kritikal, tetapi juga akan mempertingkatkan kelancaran operasi setiap agensi secara keseluruhannya. Beberapa contoh sensor canggih ini adalah sensor pengenalpastian kelakuan, platform perisikan media sosial dan sensor alam sekitar pintar.

Tawaran ini datang ketika Singapura berhadapan dengan cabaran yang dicetuskan oleh pertumbuhan bandar yang pesat. "Walaupun kehadiran AGT masih dianggap baru, kami ternanti-nantikan penyelesaian yang akan dilaksanakan oleh konsortium AGT-O'Connor's di Singapura. Kami harap semua penyelesaian ini akan mempertingkatkan operasi keselamatan dan sekuriti sesebuah negara dan mengaturkan kedudukan sumber dengan lebih berkesan, lalu dapat menyelesaikan isu-isu yang bakal dihadapi oleh Singapura dan bandar-bandar lain seluruh dunia," kata En. Gian Yi-Hsen, Pengarah Pejabat Program Industri Keselamatan dan Sekuriti daripada Badan Pembangunan Ekonomi. "Singapura adalah salah sebuah bandar paling selamat untuk didiami di dunia dan kami bertekad untuk kekal sebegitu melalui kerjasama dengan industri dalam membangunkan penyelesaian keselamatan dan sekuriti inovatif. AGT memahami wawasan kami dan kami berharap kerjasama kami akan menghasilkan penyelesaian baharu yang bakal membentuk landskap keselamatan dan sekuriti kami," kata En. Anselm Lopez, Pengarah, Pembangunan Kemampuan dan Kerjasama Antarabangsa untuk Kementerian Dalam Negeri.

Danny Beh, Naib Presiden AGT International di Singapura, berkata: "Kami berbesar hati dan teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Singapura. Konsortium ini memahami keperluan keselamatan dan sekuriti untuk bandar yang semakin berkembang dan berkepadatan tinggi. Penyelesaian kami berada dalam kedudukan unik untuk membantu pihak perbandaran menguruskan semua keperluan ini. CityMIND akan memberikan maklumat yang tepat, kepada agensi yang betul, pada masa yang tepat dan ini membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih bijak."

Mati Kochavi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif AGT International, memberi komen: "Sebagai bandar dunia utama, Singapura adalah sebuah tempat yang bertepatan bagi pelaksanaan penyelesaian keselamatan awam pintar. Penyelesaian CityMIND AGT berdasarkan teknologi unik yang membenarkan bandar-bandar bersedia untuk menghadapi, meramal dan menguruskan semua situasi dengan lebih baik. Penyelesaian seperti ini mampu menjadikan sebuah bandar lebih pintar, lebih selamat, lebih mesra penduduk dan lebih berkesan."

Mengenai AGT International

Diasaskan dalam tahun 2007, penyelesaian AGT melindungi orang ramai, aset dan prasarana untuk pihak berkuasa keselamatan awam, kerajaan dan perbadanan seluruh dunia. Pusat arahan dan kawalan analitik dan hierarki canggih kami menyepadukan dan mengenalpasti corak relevan bagi memaklumkan para pembuat keputusan mengenai potensi ancaman untuk mana-mana senario sambil ia berlaku. Beribu pejabat di Zurich, Switzerland, organisasi ini mempunyai 2,300 kakitangan seluruh dunia, mewakili lebih daripada 50 kerakyatan. AGT International adalah pegangan swasta dan diketuai oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mati Kochavi. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.agtinternational.com.

Mengenai O'Connor's

Ditubuhkan pada tahun 1947, O'Connor's adalah penyedia utama untuk perkhidmatan Penyepaduan Sistem Kejuruteraan (ESI), dengan pengalaman selama lebih 25 tahun dalam sektor-sektor Sekuriti & Pengawasan, Satelit & Komunikasi, Saintifik & Perubatan dan Perisian. O'Connor's mempunyai kedudukan mantap di Asia, dengan ibu pejabatnya di Singapura dan pejabat di Malaysia, Thailand dan Vietnam.

O'Connor's adalah anak syarikat milik penuh WBL Corporation Limited (Wearnes) yang disenaraikan di Papan Utama Singapura, sebuah konglomerat antarabangsa dengan perniagaan dalam teknologi, automotif, hartanah dan kejuruteraan & pengedaran. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati http://www.oconnors.wearnes.com.  

Mengenai Hitachi

Hitachi adalah perbadanan multinasional multibilion dengan perniagaan dalam Sistem Maklumat dan Telekomunikasi, Sistem Kuasa, Infrastruktur Sosial, Sistem Automotif, Sistem dan Peralatan Elektronik, Mesin-mesin Pembinaan, Bahan Berfungsi Tinggi, Komponen dan Perkakas, Produk Media Digital dan Pengguna serta Perkhidmatan Kewangan. Kini ia mempunyai 323,540 kakitangan seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati http://www.hitachi.com.

Hubungan Media

Enda Joyce atau Aimee Bateas

T +44(0)20-7400-4948
E AGTInternational@hanovercomms.com

AGT Group GmbH
Lintheschergasse 7
8001 Zurich, Zwitzerland
T +41-44-828-4997
F +41-43-497-2862

Sumber: AGT International

Source: AGT International
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Contracts