omniture

RS Components Menambah Stok Keluarga HD-BNC(TM) Amphenol bagi Memberi Keterhubungan Berketumpatan Tinggi untuk Keperluan Berdefinisi Tinggi

RS Components
2013-05-30 10:00 136

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Jejak penghubung kompak membolehkan peningkatan empat kali ganda dalam keterhubungan bagi menyediakan pengurangan saiz dan berat peralatan dalam siaran dan aplikasi lain

RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar perkhidmatan atasan utama dunia untuk barangan elektronik dan produk penyelenggaraan, sedang menambah stok untuk keluarga penghubung BNC (HD-BNC™) Ketumpatan Tinggi daripada Amphenol, sebuah peneraju dunia dalam rekaan, pengeluaran dan bekalan produk saling hubung.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Dengan jejak 51% lebih kecil daripada penghubung BNC tradisional, dan 40% lebih kecil daripada DIN 1.0/2.3, HD-BNC membenarkan empat kali ganda lebih banyak saling hubung daripada BNC, membolehkan pengurangan saiz dan berat dalam aplikasi yang memerlukan resolusi berdefinisi tinggi, seperti siaran dan video digital (HDTV), serta juga dalam penghalaan dan suis rangkaian.

Penghubung berketumpatan tinggi ini memberikan impedans benar 75ohm melalui julat frekuensi 0-6GHz bagi memberikan prestasi lebih baik untuk jarak lebih jauh. Direkacipta untuk meningkatkan prestasi elektrikal dan mekanikal, HD-BNC menyediakan antara muka tolak dan pusing BNC tradisional yang diyakini, memberi maklum balas sentuhan dan kuncian positif untuk penyatuan pantas dan terjamin. Julat ini memenuhi dan melebihi standard SMPTE 292M dan 424M serta menawarkan keserasian penuh dengan kabel siaran tradisional seperti Belden, Times Fiber, Draka, dan Image 360 dan menggunakan peralatan pencerut serta persediaan kabel yang sama dengan penghubung BNC standard.

Keluarga penghubung HD-BNC Amphenol kini sedia untuk dipesan daripada RS Components untuk penghantaran sama hari di http://malaysia.rs-online.com/web/c/connectors/.

Mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics adalah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar ulung produk elektronik dan penyenggaraan dunia. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih 550,000 produk melalui Internet, katalog dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, dan menghantar kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang ternama, termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, pengujian dan pengukuran, serta elektrik dan mekanik.

Electrocomponents tersenarai dalam Bursa Saham London dan dalam tahun kewangan lalu yang berakhir 31 Mac 2013 telah memperoleh pendapatan berjumlah GBP1.24 bilion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS 
RS Components di LinkedIn:
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components 
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Esoochun.tan@rs-components.com 
T: +65-6391-5745 

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Akaun Kanan
Erscsg@hoffman.com 
T: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Licensing/marketing agreements New products/services