omniture

A400 Baharu Franke: Mari Beralih Kepada Premium Di Mana-mana Jua

Franke Coffee Systems
2017-10-20 15:00 1020

AARBURG, Switzerland, 20 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Dengan A400, Franke membawakan teknologi premium bagi mesin-mesin profesionalnya ke tahap baharu. A400 baharu tersebut kini menjadikan pengalaman kopi yang paling sofistikated dapat disediakan untuk semua, dalam setiap kategori dan saiz syarikat, di seluruh dunia. Penyelesaian pintar bagi A400 baharu ini menyumbang kepada kejayaan pelbagai perniagaan, termasuk kedai serbaneka, kedai runcit, pejabat, hotel, kedai buku dan juga bakeri.

generated by system

generated by system

Franke menggembirakan para penggemar seluruh dunia dengan kopi premium hasil daripada:

Teknologi profesional yang terkini. A400 membawakan semua inovasi dalam siri A professional kepada sebarang perniagaan, supaya perniagaan kecil-kecilan pun dapat menawarkan kopi standard kedai kopi yang terbaik.

Operasi yang mudah. Skrin sentuh yang interaktif menggunakan gambar dan simbol untuk membimbing pelanggan mendapatkan kopi yang sempurna. Dicuba dan diuji dalam pelbagai senario perkhidmatan.

Buih susu paling halus. A400 siri A profesional mempunyai teknologi FoamMaster™ bagi menjamin buih susu berkualiti premium dalam setiap cawan.

Kebersihan maksimum, secara automatik. Sistem pembersihan yang berciri automatik sepenuhnya menjamin proses yang selamat dan lebih bersih. Ia turut menjadikan pengendalian harian mesin ini jauh lebih mudah.

Nilai tambahan jangka panjang. A400 kelas premium memanfaatkan keserbabolehan dan keanjalan siri A Franke. Menjadikannya pelaburan jangka panjang yang selamat.

Latar Belakang Franke Coffee Systems 

Franke Coffee Systems ialah penyedia penyelesaian utama dunia bagi pembuatan kopi yang profesional. Rangkaian produk terdiri daripada mesin automatik penuh, separa automatik, tradisional dan kapsul serta pembru dibuat khusus. Minat kami terhadap kualiti kopi yang terbaik mendorong kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui inovasi yang canggih. Ketahui lebih lanjut di http://www.franke.com 

Maklumat lanjut 

http://coffee.franke.com/en/a400/

Foto-foto akhbar 

http://media.pprmediarelations.ch/franke/Produkte/A400

Maklumat perhubungan media  

PPR Media Relations AG 
Karin Lehmann   
E-Mel: klehmann@pprmediarelations.ch

Franke Coffee Systems  
Caroline Martin  
E-Mel: caroline.martin@franke.com  
+41-62-787-3281
  

Source: Franke Coffee Systems
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Retail New products/services