omniture

ACC Gesa Pemimpin Dunia Bertindak Terhadap IARC Berhubung Manipulasi Data yang Disengajakan

American Chemistry Council
2017-10-21 11:11 1046

WASHINGTON, 21 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- Cal Dooley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kimia Amerika (ACC) mengeluarkan kenyataan berikut berkenaan siasatan Reuters berhubung kontroversi Monograph 112 Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC).

"Laporan Reuters hari ini menjejaskan kesimpulan oleh IARC berhubung glifosat, namun ia turut menambah bukti baharu yang membimbangkan bahawa IARC menunjukkan kekurangan objektiviti, kredibiliti dan integriti. Dengan meninggalkan bukti penting secara sengaja yang ditunjukkan daripada laporan berita ini boleh menimbulkan kebimbangan mendalam di kalangan semua individu dan institusi yang percaya sains yang tidak terpengaruh seharusnya menjadi penegak kebenaran utama dan pengimbang dalam perdebatan dasar yang begitu panas. Dalam kes ini, didapati bahawa sains adalah benar, tetapi IARC tidak."

"Penulisan semula berkenaan Monograf glifosat oleh IARC bagi menyingkirkan kesimpulan bahawa glifosat tidak menyebabkan kanser terhadap haiwan adalah satu pelanggaran serius terhadap kepercayaan orang awam. Apabila mengambil kira penemuan terdahulu bahawa satu kajian utama yang melepaskan glifosat disembunyikan daripada kumpulan kerja Monograf, terdapat bukti yang mencukupi bahawa pengelasan glifosat oleh IARC adalah tidak sah. Sebarang keputusan dasar yang berasaskan dapatan glifosat oleh IARC perlu disemak semula memandangkan ia tidak boleh lagi dijustifikasikan.

"Kejadian ini turut menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Monograf-monograf lain kerana tidak diketahui sama ada ini merupakan satu kes terpencil atau bukti bagi satu amalan yang meluas. Keengganan IARC untuk membincangkan tuduhan tersebut dan amarannya kepada para peserta Monograf bahawa mereka tidak perlu mengulas tentang perbincangan dan penyuntingan berkaitan Monograf glifosat menimbulkan kesangsian lanjut bahawa IARC menyembunyikan sesuatu."

"ACC dan pihak-pihak lain inginkan satu pembaharuan IARC disebabkan oleh kekurangan ketelusan yang berterusan dan konflik kepentingan yang menular dalam program Monograf. Ini merupakan kritikan penting terhadap dasar-dasar dan prosedur-prosedur IARC yang mesti ditangani. Walau bagaimanapun, dakwaan manipulasi maklumat secara terang-terangan hari ini dan tidak menghiraukan bukti saintifik yang jelas menyokong keperluan mendesak bagi menjalankan siasatan penuh oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan. Akhirnya, barisan kepimpinan dan kakitangan IARC perlu bertanggungjawab."

"Saya menggesa semua negara dan organisasi yang memberi pembiayaan untuk IARC agar menyertai saya dalam usaha untuk menyiasat program Monograf dan melaksanakan pembaharuan."

Untuk mengetahui lebih lanjut layari campaignforaccuracyinpublichealthresearch.com

http://www.americanchemistry.com 

Majlis Kimia Amerika (ACC) mewakili syarikat-syarikat terkemuka yang terlibat dalam bidang perniagaan kimia. Ahli-ahli ACC mengaplikasikan sains kimia bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan inovatif yang menjadikan kehidupan orang ramai yang lebih baik, lebih sihat dan lebih selamat. ACC komited untuk meningkatkan prestasi alam sekitar, kesihatan dan keselamatan melalui Responsible Care®; badan sokongan lazim yang diwujudkan untuk menangani isu-isu dasar awam utama; dan penyelidikan kesihatan serta alam sekitar dan juga ujian produk. Perniagaan kimia ialah satu perusahaan bernilai $768 bilion dan merupakan elemen utama dalam ekonomi negara. Ia merupakan antara pengeksport terbesar dalam negara, menyumbang sebanyak empat belas peratus daripada semua eksport barangan A.S. Syarikat-syarikat kimia adalah antara pelabur terbesar dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Aspek keselamatan dan sekuriti sentiasa menjadi keutamaan tertinggi dalam kalangan ahli ACC, dan mereka telah menggiatkan usaha mereka, bekerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan tahap sekuriti dan mempertahankan infrastruktur kritikal negara daripada sebarang ancaman.

 

Source: American Chemistry Council
Keywords: Chemical Health Care/Hospital Advocacy Group Opinion Domestic policy Survey, Polls & Research