omniture

Bee'ah Tambah 50 Trak Tesla Semi Elektrik Sepenuhnya ke Kumpulan Pengangkutannya

Bee’ah Press Office
2018-01-15 13:26 489

SHARJAH, Emiriah Arab Bersatu, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ --

  • Bee'ah organisasi pertama tempah trak Tesla Semi ke Timur Tengah
  • 50 trak elektrik Tesla Semi akan tiba ke jalan-jalan UAE bermula dari 2020
  • Bee'ah turut bawakan Teknologi Bateri Powerpack Tesla yang terkemuka di dunia ke ibu pejabat tenaga sifar bersihnya yang canggih

Selaras dengan usahanya untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih baik di Timur Tengah, Bee'ah, syarikat pengurusan alam sekitar yang paling pesat berkembang di rantau ini, telah menggariskan visi yang mantap untuk kelestarian dengan membeli kumpulan trak Tesla Semi yang pertama dan terbesar di Tengah Timur. Pengumuman ini dibuat selaras dengan penyertaan Bee'ah di "Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Dunia", yang berlangsung di Abu Dhabi dari 15 hingga 18 Januari 2018.

generated by system

Organisasi ini telah membuat pesanan untuk 50 kenderaan elektrik revolusioner jenama automotif itu sejurus selepas pelancarannya pada 16 November, untuk menekankan komitmen Bee'ah yang mantap terhadap kelestarian merentasi keseluruhan operasinya.

Trak Tesla Semi bakal tiba akan memulakan pengeluaran pada 2019, dan akan digunakan terutamanya untuk pengumpulan dan pengangkutan sisa, termasuk pengangkutan bahan untuk pemulihan. Trak-trak ini juga akan menambah kepada kumpulan kenderaan Bee'ah yang semakin meningkat, yang kini melebihi 1,000, dan terus menaik taraf pilihan pengangkutan organisasi untuk menjadikan kumpulan kenderaannya sebaik mungkin, pilihan yang mesra alam. Secara keseluruhannya, kumpulan kenderaan Bee'ah yang moden akan terus memberikan sumbangan penting untuk mengurangkan jejak karbon syarikat, dan dengan menggunakan trak Tesla Semi baru bersama dengan kenderaan elektrik yang sedia ada, kenderaan yang menggunakan gas asli yang dimampatkan dan yang bergerak menggunakan bio diesel, sebagai tambahan kepada bot yang menggunakan tenaga suria sambil membersihkan tasik dan kawasan air.

"Kami amat berbesar hati memilih Tesla untuk penyelesaian yang meningkatkan kepimpinan kami terhadap amalan mampan di rantau ini. Sebagai sebuah syarikat yang berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam bidang kami, kami hanya bekerjasama dengan rakan kongsi yang kami anggap sebagai yang terbaik dalam bidang mereka ," kata Tuan Yang Terutama Salim Al Owais, Pengerusi Bee'ah. "Melalui pelaburan terkini ini, kami berharap dapat menunjukkan kepada orang lain nilai dan kepentingan mencari cara pelaksanaan yang lebih baik untuk mencapai matlamat perniagaan kami, kesemuanya demi kebaikan yang lebih besar untuk komuniti kami," tambah Al Owais.

"Sebagai pemegang amanah bagi tanggungjawab alam sekitar, langkah Bee'ah untuk membawakan kumpulan trak Tesla Semi yang pertama dan terbesar ke rantau ini merupakan pencapaian penting dalam evolusi operasi kami," ulas Khaled Al Huraimel, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bee'ah. "Kelestarian merupakan teras tindakan kami, dan matlamat ini sentiasa diserapkan ke setiap peringkat organisasi kita. Itulah sebabnya mengapa kami tmembuat pelaburan ini dalam kumpulan pengangkutan kita, yang dilaksanakan demi menuju ke arah matlamat yang lebih besar - mencapai objektif Agenda Nasional untuk Wawasan UAE 2021," tambah Al Huraimel.

Penglibatan terbaru Bee'ah dengan pembuat kereta, penyimpanan tenaga, dan syarikat panel suria Tesla bukanlah yang pertama baginya. Pada awal tahun ini, organisasi ini membuat pelaburan besar dengan Tesla untuk menggunakan teknologi bateri Powerpack yang terkemuka di dunia di kompleks ibu pejabat tenaga sifar bersih Bee'ah yang canggih, yang kini sedang dalam pembinaan. Bateri Tesla akan menyimpan tenaga suria untuk memberikan kuasa kepada bangunan itu, dan sebarang lebihan bekalan elektrik akan disalurkan terus ke grid bekalan kuasa utama Sharjah, dan oleh yang demikian memastikan kecekapan maksimum.

Penggunaan teknologi Powerpack Tesla menandakan satu langkah penting ke arah wawasan Bee'ah terhadap masa depan di mana bangunan memperoleh bekalan kuasa semata-mata daripada tenaga boleh diperbaharui - bermula dengan ibu pejabatnya sendiri. Direka oleh arkitek British-Iraq yang dihormati Zaha Hadid, ibu pejabat baharu ini sedang dalam pembinaan di Sharjah, UAE, dan akan menjadi bangunan diperakui LEED Platinum setelah ia selesai dibina.

Source: Bee’ah Press Office
Keywords: Alternative Energies Auto Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation Conservation/Recycling Contracts Trade show news