omniture

Penciptaan Semula Koleksi: THOMAS SABO Lancar Generation Charm Club

THOMAS SABO GmbH Co. KG
2018-01-15 22:05 430

LAUF AN DER PEGNITZ, Jerman, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Sofistikated, ekspresif dan meliputi semua generasi, menerusi pelancaran Generation Charm Club Collection, THOMAS SABO mencipta semula dunia Charm. Kempen global ini menggabungkan gaya fesyen yang ekspresif dengan kesungguhan mempamerkan barang kemas selain ekspresi serba baharu personaliti pemakai itu sendiri.

generated by system

generated by system

Generation Charm Club menetapkan trend untuk musim bunga/musim panas 2018. Dengan gaya vintaj yang santai, Charms bersaiz lebih besar, anting-anting tunggal yang memikat selain pelbagai pembawa yang berbeza. Charms baharu ini amat sesuai untuk mengatur gaya.

Charm dalam kategori "Vintage Rebel" menjadi tumpuan utama. Reka bentuk Rebel at heart ikonik daripada THOMAS SABO memberi gaya yang menjadikan Charm sebagai tarikan buat lelaki dan wanita sebaik mungkin. Generation Charm Club kini dapat mendekati semua kumpulan sasaran THOMAS SABO.

"Menggabungkan elemen yang dekat dengan hati anda dan melangkaui sempadan - Generation Charm Club kini memilih pendekatan yang baharu dan santai dalam memperibadikan dan menggayakan barang kemas kegemaran, azimat bertuah dan lambang vintaj," kata Susanne Kölbli, Pengarah Kreatif THOMAS SABO.

Generation Charm Club Collection akan disediakan di semua kedai THOMAS SABO serta kedai-dalam-kedai di http://www.thomassabo.com serta daripada rakan-rakan kongsi terpilih mulai 16 Februari 2018.

Bahan imej sedia dimuat turun untuk tujuan penyuntingan di sini.

Hashtag: #GenerationCC #thomassabo

Latar Belakang THOMAS SABO  

THOMAS SABO ialah salah sebuah syarikat barang kemas dan jam tangan yang terkemuka di dunia, mereka bentuk, menjual dan mengedarkan produk gaya hidup untuk wanita dan lelaki. Syarikat ini, ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Thomas Sabo di Lauf an der Pegnitz, Jerman, mengendalikan sekitar 300 kedai milik sendiri di serata lima benua dengan jumlah kakitangan seramai 1,860 orang. THOMAS SABO turut berkolaborasi di peringkat global bersama kira-kira 2,800 rakan kongsi dagangan dan juga pengendali syarikat penerbangan dan kapal persiaran terkemuka.

http://instagram.com/thomassabo
http://twitter.com/THOMASSABO
http://www.youtube.com/ThomasSaboOfficial

Maklumat perhubungan akhbar

THOMAS SABO GmbH & Co. KG
Felizia Kindermann
Ketua Perhubungan Awam Antarabangsa & Korporat
+49912397150
press@thomassabo.com

Source: THOMAS SABO GmbH Co. KG
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry New products/services