omniture

Hermès sertai Salon International de la Haute Horlogerie (SIHH) 2018

Hermes
2018-01-15 22:19 478

GENEVA, 15 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Maison Hermès membawakan visi baharu terhadap masa apabila mengambil bahagian dalam Salon International de la Haute Horlogerie (SIHH) di Geneva mulai 15 hingga 19 Januari 2018.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

Firma seni bina dalaman RDAI telah menghasilkan rekaan untuk Hermès ruang yang selesa, sofistikated dan kontemporari. Perabotnya menghamparkan perjalanan unik yang mana bunyi, warna dan cahaya memupuk ketenangan. Para pengunjung dialu-alukan oleh atrium yang luas berserta tabir kayu mapel. Setiap jam tangan dipamerkan di dalam kiub kaca. Lebih banyak ruang peribadi, dihampar seakan kulit kedua, menggalakkan perbincangan peribadi bagi memperkenalkan pelbagai model yang menghasilkan koleksi ini. Sebuah teater tertutup, yang mana tingkat-tingkat dilapisi dengan fabrik Hermès, direka untuk mengadakan sidang akhbar dan juga pembentangan.

Di tengah-tengah susun atur ini, satu seni pemasangan oleh seniman Belanda, Levi Van Veluw memberi peluang kepada pengunjung untuk berkongsi emosi. Di dalam tingkap paparan ukuran segi empat berteknologi rendah menimbulkan bentuk skaf sutera Hermès yang terkenal, beliau menghasilkan sembilan animasi yang interaktif. Para pengunjung dapat mengaktifkan sedikit mekanisme yang, melalui piston dan gear, dapat menghidupkan monolit yang hebat di tengah-tengah atrium. Sebuah mesin bangunan menawarkan setiap pengunjung dengan pengalaman abadi, perjalanan penuh emosi menerusi tema "masa, objek Hermès."

Ini kerana, di Hermès, masa juga ialah objek. Selain prestasi teknikal yang bertujuan untuk mengukur, mengarah dan mengawal masa, Hermès berani meneroka satu lagi dimensi masa. "Kami ingin membangkitkan hubungan yang santai bersama masa melalui objek yang benar-benar menjalankan fungsinya," jelas Pierre-Alexis Dumas, Pengarah Artistik Hermès. "Kami mencipta jam tangan hasil daripada penguasaan pelbagai kemahiran dan menonjolkan perspektif yang damai terhadap masa."

Jam tangan Carré H, Arceau Casaque dan Arceau Pocket Millefiori yang dipamerkan semasa SIHH mempamerkan pertembungan kemahiran yang menyelubungi objek-masa ini.

Muat turun foto ciptaan jam tangan Hermès di http://www.press.hermes-horloger.com/fr

Source: Hermes
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry New products/services