omniture

Reebok LES MILLS LIVE di Singapura buat Julung Kalinya

Reebok
2018-03-20 10:14 609

SINGAPURA, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Buat julung kalinya, program-program kecergasan senaman-mengikut-muzik yang terkenal di peringkat antarabangsa, Reebok LES MILLS LIVE, bakal menawarkan peluang kepada para peminat fanatik kecergasan di Singapura untuk bersenam bersama-sama keluarga LES MILLS.

Les Mills SH'BAM, kelas tarian oktaf tinggi
Les Mills SH'BAM, kelas tarian oktaf tinggi

 

Reebok Les Mills LIVE Singapura, 7 April 2018 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands (Dewan C)
Reebok Les Mills LIVE Singapura, 7 April 2018 di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands (Dewan C)

Berlangsung pada 7 April 2018 di Marina Bay Sands Singapore, barisan program yang diaturkan sepanjang hari itu termasuk BODYPUMP® dan BODYCOMBAT™ serta senaman LES MILL popular yang lain. Program-program ini akan dikendalikan oleh pengarah-pengarah program LES MILLS yang tersohor di dunia, Rachael Newsham, Gandalf Archer Mills, Diana Archer Mills dan Kylie Gates.

Riyo Fukunaga, Penyelaras Latihan & Acara untuk Les Mills di Asia Tenggara berkata:

"Saya tidak sabar-sabar menantikan acara yang menarik ini! Buat julung kalinya, kami mengalu-alukan kehadiran Diana Archer Mills ke Asia Tenggara dan kami berasa amat bertuah atas kehadiran beliau untuk memeriahkan pentas BODYBALANCE® dan LES MILLS BARRE™. Gandingan hebat kegemaran kami Reagan Kang dan Rue She akan mempersembahkan BODYPUMP® bersama Andre Yunes Gularte dan Jon Kin Chew. Pakar seni tari kami Arnold Warren akan turut hadir bagi merancakkan acara menerusi BODYJAM® dan SH'BAM® - anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini!"

Tiket-tiket untuk Reebok LES MILLS LIVE Singapura berharga bermula daripada $45 hingga $220 dan boleh didapati melalui https://www.actifitasia.com.sg/reebok-les-mills-live/. Para peserta berpeluang memilih daripada pelbagai pakej program yang akan membolehkan mereka mengakses kelas-kelas.

Maklumat lanjut tentang Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018 boleh didapati di 
https://www.actifitasia.com.sg/reebok-les-mills-live/Reebok LES MILLS LIVE Singapore

Maklumat Tiket Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018 

Tarikh        

:

Sabtu, 7 April 2018

Tempat

:

Marina Bay Sands, Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands (Dewan C)

Waktu Operasi

:

8.00 pagi hingga 9.00 malam                                                                            

Harga Tiket Pembeli Awal*

(Hingga 17 Mac 2018)

:

Tiket VIP -- S$188 setiap orang untuk satu kemasukan

Tiket Tanpa Had -- S$148 setiap orang untuk satu kemasukan

Pakej 3 Kelas (Maksimum 2 Kelas Peralatan  -- S$108 setiap orang untuk satu kemasukan)

Kelas Tunggal (Kelas Tanpa Peralatan SAHAJA) - $45

Harga Tiket Biasa*

(18 Mac 2018 dan seterusnya)

:

Tiket VIP -- S$220 setiap orang untuk satu kemasukan

Tiket Tanpa Had -- S$168 setiap orang untuk satu kemasukan

Pakej 3 Kelas (Maksimum 2 Kelas Peralatan   -- S$128 setiap orang untuk satu kemasukan

Kelas Tunggal (Kelas Tanpa Peralatan SAHAJA) - $45

 

  • Tiket-tiket VIP hanya terhad untuk 100 orang pertama sahaja
  • Semua harga di atas termasuk GST

Barisan Program di Reebok LES MILLS LIVE Singapura 2018

Masa

Perihal Program

Penyampai

8:00 pagi

PENDAFTARAN


10:30 pagi

BODYPUMP®

55 minit

Kylie Gates, Alani Mala, Jako Misic & Pasukan

11:45 pagi

GRIT™

30 minit

Reagan Kang, Jako Misic & Pasukan

12:30 tengahari

LM BARRE

30 minit

Diana Archer Mills & Pasukan

1:30 petang

BODYPUMP®  

55 minit

Kylie Gates, Alani Mala, Jako Misic & Pasukan

3:00 petang

BODYBALANCE®

55 minit

Diana Archer Mills, Kylie Gates & Pasukan

4:15 petang

SH'BAM®

55 minit

Rachael Newsham, Johnny Pawliw & Pasukan

5:30 petang

BODYJAM®

75 minit

Gandalf Archer Mills, Johnny Pawliw & Pasukan

7:00 malam

BODYCOMBAT®

55 minit

Rachael Newsham, Alani Mala & Pasukan

8:00 malam

BERTEMU & BERINTERAKSI

Rachael Newsham, Gandalf Archer Mills, Diana Archer Mills, Kylie Gates

* Maklumat yang disediakan adalah setakat 26 Februari 2018

Latar Belakang Reebok

Reebok International Ltd., beribu pejabat di Boston, Massachusetts, AS, ialah pereka, pemasar dan pengedar terkemuka di seluruh dunia bagi kasut, pakaian dan peralatan kecergasan dan juga gaya hidup. Selaku jenama global diinspirasi oleh Amerika, Reebok merupakan pelopor dalam industri barangan sukan yang mempunyai warisan kecergasan beraneka yang dikongsi bersama. Reebok membangunkan produk, teknologi dan pemprograman yang mendayakan pergerakan dan komited untuk mendampingi individu dalam usaha mereka untuk mencapai potensi mereka. Reebok berhubung dengan pengguna kecergasan di mana jua mereka berada dan apa jua cara yang dipilih untuk kekal cergas – sama ada latihan berfungsi, berlari, latihan tempur, berjalan, berdansa, yoga mahupun aerobik. Reebok Classics memanfaatkan warisan kecergasan jenama ini dan menonjolkan tunjang utama jenama dalam pasaran gaya hidup sukan. Sebagai subsidiari adidas, Reebok ialah penjual pakaian luar eksklusif untuk CrossFit dan CrossFit Games, penaja acara rasmi Reebok Spartan Race; penjual pakaian luar UFC bertaraf global yang eksklusif dan asli; penaja acara bagi siri Reebok Ragnar Relay; dan penyedia pakaian eksklusif untuk Les Mills.

LAMPIRAN A: BIOGRAFI PENYAMPAI

Rachael Newsham

Pengarah Program Bersama BODYCOMBAT™ & Pengarah Program SH'BAM™

Seorang pendidik yang menginspirasikan, Rachael begitu bersemangat untuk meningkatkan kemahiran pengajar dan berdedikasi untuk bekerjasama dengan kumpulan individu LES MILLS™ di seluruh dunia. Beliau pernah menyertai Sekolah Kung Fu Wing Chun yang terkenal, menjalani latihan Muay Thai di Thailand dan menerima didikan daripada Pengarah Bersama Dan Cohen dalam seni mempertahankan diri. Beliau berkelulusan ijazah Kepujian dalam Pengurusan Sukan selain mempunyai kelayakan dalam Tarian Drama, Klasik dan Kontemporari. Latar belakang kreatif beliau memberi pengaruh yang mendalam terhadap koreografi BODYCOMBAT™, salah satu program yang paling berjaya di dunia. 

Pada tahun 2010, Rachael memimpin penciptaan SH'BAM™, satu program tarian ringkas yang direka bagi membolehkan sesiapa dan semua orang mengalami keseronokan menari. Semangat, jenaka dan daya kreativiti beliau untuk mencipta koreografi yang mudah diikuti membantu menjadikan SH'BAM™ popular serta merta, dan menggegarkan dunia.

Gandalf Archer Mills

Pengarah Program BODYJAM®

Gandalf mengabadikan hidup beliau terhadap tarian. Beliau mempunyai latar belakang yang luas dalam mengajar dan mengarahkan persembahan tarian. Bakat semula jadi, karisma dan keinginan beliau untuk membawakan tarian kepada khalayak ramai, menjadikan beliau sebagai contoh ikutan yang sempurna untuk program yang amat bersifat inovatif ini, dengan penglibatan beliau selama lebih sedekad. 'G' kerap bekerja bersama-sama bintang-bintang tarian-kecergasan antarabangsa bagi memastikan koreografi beliau mengikuti perkembangan trend tarian dan muzik terkini dan turut menjadi hakim jemputan dalam rancangan televisyen tarian NZ yang popular.

Kelayakan beliau termasuk menjadi hakim jemputan dalam pelbagai rancangan TV realiti tarian yang popular di New Zealand dan baru-baru ini, beliau menjadi sebahagian daripada penerbitan filem 'Born To Dance'. Setiap minggu, 'G' mengajar kelas-kelas yang dihadiri oleh ratusan individu, dan alasan di sebaliknya adalah jelas. Bersedialah untuk memulakan perjalanan tarian yang belum pernah anda alami bersama pakar ini.

Diana Archer Mills

Pengarah Program Bersama BODYBALANCE®, Pengarah Kreatif BODYPUMP®, RPM™, BODYJAM®, BODYCOMBAT®, Koreografer LES MILLS TONE™, LES MILLS BARRE™

Berbekalkan latar belakang selama bertahun-tahun dalam Latihan Olahraga dan Renang serta sepuluh tahun pengalaman dalam Yoga, Diana membawakan kreatitiviti yang segar kepada BODYBALANCE® dan merupakan individu penting dalam pasukan LES MILLS. Pengaruh beliau dalam program tersebut bermula pada usia 15 tahun, ketika beliau mula mengikuti Philip Mills menerusi peranan beliau sebagai Pengarah Kreatif. Kini, beliau bekerja bersama-sama Pengarah Program Bersama Jackie Mills, dan menjadi individu penting dalam evolusi program popular ini.

Seorang siswazah dalam bidang Falsafah, Diana turut memanfaatkan banyak bakat beliau ketika bekerjasama dengan Pengarah Program yang lain untuk membangunkan BODYPUMP®, RPM™, BODYJAM® dan BODYCOMBAT®. Terbaharu, beliau mencipta 2 program serba baharu -- LES MILLS TONE™ dan LES MILLS BARRE™ -- memperkenalkan latihan yang lebih revolusioner dan meningkatkan repertoir Les Mills. Beliau juga merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata yang comel -- Max, Luckson Bloom dan Luna.

Kylie Gates

Pengarah Kreatif SH'BAM™, BODYBALANCE™, LES MILLS TONE™, CXWORX™, BODYATTACK™, Ketua Jurulatih Program, Les Mills International

Kylie telahpun terlibat dalam Industri Kecergasan sebagai atlet dan pendidik selama lebih 25 tahun lamanya. Kini, beliau menetap di Auckland, New Zealand, yang mana beliau menjadi Pengarah Kreatif di Les Mills International untuk 5 program. Kylie juga merupakan Jurulatih Utama Antarabangsa untuk BODYBALANCE, BODYPUMP dan CXWORX – beliau gemarkan peluang untuk berkongsi minat beliau dalam mengajar dan menari. Latar belakang Kylie ialah dalam tarian dan memulakan kerjaya mengajar pertama beliau pada usia yang begitu muda iaitu 14 tahun. Beliau ialah pahlawan yang telah lama bertahan dalam kumpulan ini, dan melibatkan diri bersama Les Mills selama lebih 18 tahun – beliau menjelajah ke seluruh dunia untuk melatih jurulatih, pengajar dan ahli, semuanya demi mewujudkan komuniti yang lebih cergas. Moto beliau ialah "Jadilah perubahan yang ingin anda lihat di dunia!"

ANNEX B: PERIHAL PROGRAM

GRIT STRENGTH: Latihan Berjeda Keamatan Tinggi. 30 minit. Tidak sesukar yang anda sangkakan.

SH'BAM: Menari. Menari. Menari. Tidak boleh menari? Tidak mengapa – datang saja seperti seadanya!

BODYCOMBAT: Capai kesihatan yang sangat baik melalui sesi tanpa peralatan dan tanpa sentuh ini. Bersiap sedialah untuk menumbuk, menendang dan membakar… tenaga yang mantap

BODYJAM: Tarian sebenar dan lagu-lagu utama: yang bakal didengari oleh anda dalam carta lagu TAHUN HADAPAN. Ini merupakan kelas tarian sebenar.

BODYBALANCE: Kelas berasaskan yoga dengan unsur-unsur Tai Chi dan Pilates ini akan membuatkan anda tenang, seimbang, segar dan kuat.

LES MILLS BARRE: Jadilah yang pertama untuk mengalami program BAHARU ini oleh LES MILLS. 30 minit gerakan berilhamkan tarian balet yang direka untuk membentuk dan menguatkan otot untuk pembakaran kalori yang bagus.

BODYPUMP: Program paling popular di dunia. Kelas barbel yang ASLI.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180307/2074135-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180307/2074135-1-b

Source: Reebok
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports Future Events