omniture

Publicis.Sapient lantik Teresa Barreira sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

Publicis.Sapient
2018-03-20 18:02 497

LONDON, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Publicis.Sapient, hab transformasi digital Publicis Groupe, yang menumpu untuk bekerjasama dengan pelanggan bagi memajukan prestasi perniagaan mereka serta perkaitan pasaran yang berterusan, hari ini mengumumkan pelantikan Teresa Barreira sebagai Ketua Pegawai Pemasaran.

Barreira ialah pemimpin kanan yang mempunyai pengalaman di firma-firma perunding dan teknologi termasuk Deloitte, Accenture dan IBM. Beliau menyertai Publicis.Sapient daripada Deloitte Consulting, yang mana beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pemasaran, membawakan pengalaman pemasaran perniagaan-kepada-perniagaan global selama lebih dua dekad dalam industri-industri IT dan perkhidmatan profesional yang berkepakaran dalam pembinaan dan penciptaan semula jenama, pemasaran digital dan tangkas, omnisaluran dan strategi bertumpu-pelanggan.

Selaku Ketua Pegawai Pemasaran di Publicis.Sapient, Barreira akan menyelia fungsi pemasaran global melibatkan lebih 100 pejabat, yang memikul tanggungjawab terhadap strategi pasaran, pengalaman pelanggan dan komunikasi jenama serta korporat.

Barreira akan menjadi ahli Pasukan Kepimpinan Eksekutif Publicis.Sapient, menyokong pertumbuhan perniagaan dan berusaha untuk mengukuhkan kedudukan Publicis.Sapient sebagai peneraju pasaran dalam transformasi perniagaan digital - membawa bersama-sama kepakaran reka bentuk pengalaman, teknologi dan perundingan SapientRazorfish dan Sapient Consulting.

Pelantikan ini merupakan langkah seterusnya dari segi fokus Publicis.Sapient untuk membawakan inisiatif transformasi pelanggan melalui gabungan unik antara teknologi, sains data, kreativiti dan kepakaran industri yang mendalam. Barreira akan melapor diri kepada Nigel Vaz, ahli Jawatankuasa Eksekutif Publicis Groupe, Ketua Global transformasi perniagaan digital dan Ketua Pegawai Eksekutif Publicis.Sapient International.

"Teresa memegang rekod prestasi yang hebat selaku pemimpin kanan bersama firma-firma teknologi dan perunding besar, membina kepimpinan dan pembezaan pasaran yang mantap, serta pasukan global berprestasi tinggi yang terkemuka. Pengalaman luas dan kepakaran yang beraneka menjadikan beliau individu amat sesuai untuk membantu mendorong Publicis.Sapient mara ke hadapan dan memastikan pengiktirafan berterusan kami sebagai peneraju pasaran yang mempercepatkan perniagaan pelanggan kami dengan memastikan mereka dapat memperbaharui dan mengubah dengan jayanya perniagaan mereka demi era digital," kata Nigel Vaz, Ketua Pegawai Eksekutif Publicis.Sapient International.

Teresa Barreira mengulas: "Saya berasa teruja untuk menyertai Publicis.Sapient pada saat penting dalam fasa evolusinya. Publicis.Sapient memegang rekod prestasi yang tiada tandingan dalam membantu syarikat mencipta semula perniagaan mereka untuk era digital. Tatkala dunia pemasaran, teknologi dan perundingan bersatu, dan ketika pelanggan berusaha untuk kekal seiring dengan jangkaan pengguna yang berubah-ubah, rakan-rakan kongsi dalam usaha-usaha ini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Saya teruja untuk menyertai peneraju pasaran yang begitu tersohor seperti Publicis.Sapient serta peluang untuk memberi impak penting kepada pelanggan kami pada saat munculnya peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini."  

Latar Belakang Publicis.Sapient
Publicis.Sapient, hab transformasi perniagaan digital Publicis Groupe, membantu pelanggan memacu pertumbuhan dan kecekapan serta mengembangkan cara mereka bekerja, dalam dunia yang mana tingkah laku pengguna dan teknologi memangkinkan perubahan sosial dan komersial pada kadar kemajuan yang belum pernah terjadi sebelum ini. Dengan 19,000 kakitangan dan lebih 100 pejabat di seluruh dunia, kepakaran kami mencakupi teknologi, sains data, perundingan dan kreativiti digabungkan dengan budaya inovasi kami membolehkan kami menyediakan inisiatif transformasi kompleks yang dapat mempercepatkan perniagaan pelanggan kami melalui penciptaan produk dan perkhidmatan yang diharapkan oleh pelanggan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari www.publicis.sapient.com

Hubungi: Craig Smith, csmith@sapient.com, +44 (0) 7554 000820

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/655800/Publicis_Sapient_Logo.jpg

 

Source: Publicis.Sapient
Keywords: Advertising Computer/Electronics Personnel announcements Small Business Services