omniture

JA Solar Bekal Modul untuk Projek Solar Atas Bumbung Terbesar di Jordan

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2018-03-21 15:32 627

BEIJING, 21 Mac 2018 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd (Nasdaq:JASO), salah satu pengeluar terbesar di dunia bagi produk-produk kuasa solar berprestasi tinggi, hari ini mengumumkan bahawa JA Solar telah membekalkan 3MW modul PV kepada Universiti Yarmouk untuk projek solar atas bumbung terbesar di Jordan setakat ini.

Direka untuk Universiti Yarmouk, salah satu institusi pengajian tinggi terkemuka, sistem kuasa solar 3MW mengandungi sejumlah 9,232 panel solar, yang diagihkan di atas bumbung 29 bangunan di seluruh kampus. Di samping itu, sistem ini mewakili kapasiti penjanaan kuasa sebanyak 4.68 juta kWh setahun, memenuhi permintaan elektrik harian guru-guru dan para pelajar, dan juga dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 290 metrik tan setahun. Kawar Energy, salah satu penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui semula yang terbesar di Jordan, telah membangun, mereka dan membina projek atas bumbung ini dengan kualiti dan kelajuan yang luar biasa, yang memastikan projek ini berjaya disiapkan. 

Jordan terletak di rantau yang berada di bawah keadaan persekitaran dengan suhu yang melampau, radiasi ultraungu dan ribut pasir. Akibatnya, terdapat keperluan yang ketat untuk modul yang sangat andal digunakan di rantau ini. Modul solar berkualiti tinggi JA Solar mampu beroperasi dengan baik dalam setiap keadaan persekitaran ini dan menawarkan jaminan yang mantap untuk penjanaan kuasa. Dalam tahun 2017, jumlah penghantaran modul solar JA Solar ke Jordan mencecah 130.2MW, yang mewakili hampir 50% pasaran. JA Solar telah menjadi pembekal utama modul di pasaran Jordan.

En. Cao Bo, Naib Presiden JA Solar, mengulas, "Sebagai pengeluar modul solar terkemuka, kami tetap memberi tumpuan kepada inovasi teknologi dan kualiti produk untuk memenuhi keperluan pelanggan global kami dan menyumbang dalam menyelesaikan masalah tenaga global."

HUBUNGI:

Xiaorui Sun
bj.sunxr@jasolar.com
+86-10-63611888 x1698

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities