omniture

Infinitus di Kedudukan ke-46 bagi "500 Jenama China Paling Bernilai"

LKK Health Products Group
2014-07-04 19:34 153

GUANGZHOU, China, 4 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada 25 Jun, World Brand Lab, syarikat pakar runding penilaian jenama paling berwibawa di dunia, telah melancarkan "500 Jenama China Paling Bernilai ke-11 2014" di Beijing. Sebagai jenama teras LKK Health Products Group, Infinitus disenaraikan pada kedudukan ke-46 dengan nilai jenama sebanyak RMB 36.889 bilion.

Sejak sekian lama, nilai jenama Infinitus berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang mantap. Berdasarkan "500 Jenama China Paling Bernilai 2005", nilai jenama Infinitus adalah RMB 8.083 bilion. Pada tahun 2011, nilai jenama itu telah meningkat kepada RMB 19.558 bilion, iaitu peningkatan sebanyak dua kali jumlah sebelumnya dalam tempoh enam tahun. Pada tahun 2014 pula, ia terus meningkat kepada RMB 36.889 bilion, iaitu peningkatan hampir sekali ganda lagi dalam tempoh hanya tiga tahun.

Jurucakap Infinitus (China) berkata, "Infinitus sentiasa mencari pelbagai cara bagi memenuhi keperluan kesihatan pengguna, mempromosikan dengan aktif falsafah dan gaya hidup yang sihat serta menyediakan perkhidmatan dan produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi untuk para pengguna. Inilah sebab utama yang membolehkan Infinitus berjaya meraih pengiktirafan sosial yang meluas dan kepercayaan awam, selain peningkatan nilai jenama yang mampan."

Infinitus sentiasa berusaha untuk menyebarkan falsafah kesihatannya iaitu 'menggalakkan kehidupan yang sihat dengan pemupukan kehidupan dan jaminan kecergasan' kepada orang awam. Dengan menjadikan kesihatan sebagai tumpuannya, Infinitus terus memenuhi tanggungjawab sosial korporat bagi menggalakkan kehidupan yang sihat melalui 'Tri-keseimbangan', 'Tri-kemakmuran' dan juga 'Tri-keharmonian'.

Selain menganjurkan Hari Berjalan Sedunia Infinitus selama lima tahun berturut-turut bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kesihatan, Infinitus telah merangka set panduan amalan yang mudah dan boleh dilaksanakan yang dikenali sebagai "Hubungan Terhilang bagi Empat Pengawalan (Missing Link of Four Regulations)" berkaitan "diet, rehat, senaman dan juga emosi", yang dipromosikan dalam kalangan kakitangan serta rakan kongsi perniagaan bagi tujuan memupuk gaya hidup yang sihat.

Infinitus juga terus melaksanakan usaha berterusan daripada segi kualiti produk. Berkenaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bebas, Infinitus bekerjasama dengan institusi penyelidikan dan universiti berwibawa seperti Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong, bagi memperkukuh kapasiti R&D yang komprehensif. Ia melabur lebih RMB 100 juta setiap tahun dan turut memiliki sistem R&D tersendiri yang terdiri daripada satu pusat, lima platform teknikal serta sejumlah pakar daripada industri.

Sementara itu, kawalan kualiti sentiasa menjadi keutamaan Infinitus. Selama 11 tahun berturut-turut, ia telah dianugerahkan dengan pelbagai gelaran berkaitan keselamatan makanan. Bagi memastikan keselamatan bahan mentah, ia memperkenalkan "Model Pengindustrian Ubat-ubatan Herba Cina Infinitus" dan telah melancarkan Perisytiharan Disiplin Diri bagi Pembangunan Industri Ubat-ubatan Herba Cina, yang menyokong semua pembekal untuk mengawal selia operasi dan pengeluaran harian mereka menerusi disiplin diri serta menggalakkan industri TCM untuk terus berkembang pesat.

http://www.infinitus-int.com/news-detaile-140384104818237.html?l=en

Hubungi:

Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com

 

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Food/Beverages Awards