omniture

Misi Perdagangan Eksport Makanan A.S. Pertama Dimuktamadkan untuk HOTELEX Chengdu 2014

UBM Sinoexpo
2014-07-08 01:23 115

SHANGHAI, 8 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pasaran di barat daya China telah berkembang dengan pesat dalam industri HORECA sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dari 2013 hingga 2015, Chengdu, sebagai pelabuhan pusat di rantau barat daya China telah menyaksikan peningkatan yang mengejutkan daripada segi hotel lima bintang yang sedang beroperasi dan juga yang masih dalam proses pembinaan. Sebagai salah satu bandar warisan di China, Chengdu sudah pasti telah menerima tawaran dan keutamaan daripada pelbagai kumpulan pengurusan hotel antarabangsa seperti Ritz Carlton, Hyatt, Four Seasons, Hilton, the Mandarin Oriental, Waldorf, W Hotel dan juga Starwood. Bagi sektor makanan import, Chengdu telah berkembang sebagai pusat makanan import terbesar di barat daya China dengan potensi yang amat tinggi. HOTELEX Chengdu mempunyai matlamat untuk mewujudkan platform sumber sehenti untuk industri HORECA di rantau barat daya ini.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140704/0861404754

Misi Perdagangan Eksport Makanan A.S. pertama ke HOTELEX Chengdu telah dimulakan ekoran daripada pertumbuhan pasaran yang berpotensi serta minat yang tekal dari luar negara terhadap jaringan bandar peringkat kedua di China. Delegasi perdagangan Eksport Makanan A.S. terdiri daripada pembekal dan pengedar berkualiti tinggi yang mewakili rantau barat tengah dan timur laut Amerika Syarikat yang telah mewujudkan komitmen yang mantap terhadap bandar peringkat kedua dan ketiga di China yang mempunyai harapan. Produk mereka terdiri daripada produk tenusu, bahan bakeri, makanan ringan, barangan runcit, makanan istimewa serta makanan organik. Program pembeli dihoskan di lokasi termasuk sesi pemadanan satu-satu, dan juga lawatan lapangan industri dapat memudahkan lagi misi perdagangan ini. Sila hubungi Zoi Fan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Persatuan Eksport Makanan (Barat Tengah dan Timur Laut) adalah salah satu daripada tiga program utama yang dibiayai oleh USDA/FAS. Eksport Makanan A.S. merupakan perkongsian strategik antara Persatuan Eksport Makanan Barat Tengah Amerika Syarikat dan Eksport Makanan-Timur Laut. Pertubuhan ini menggalakkan eksport makanan dan produk pertanian ke luar negara sejak 1969 dan turut membantu meningkatkan kebolehan untuk mempromosikan makanan A.S. dan produk pertanian yang bernilai tinggi.

Senarai Sebahagian Penyertaan Misi Perdagangan Eksport Makanan A.S.:

AA Ark International Trade LLC
AIW Management LLC
Colony Enterprises, Inc.
East-West International Group, Inc.
Georgio Foods
Konson Company
Marathon Ginseng International Inc
OneKind.25
Resource One Holdings dba Sales Resource, Inc.
The Stone Group

Hubungi:

Zoi Fan
+86-21-33392239
Zoi.fan@ubmsinoexpo.com

Source: UBM Sinoexpo
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Trade show news