omniture

Kempen Musim Luruh 2014 John Varvatos Tampilkan Ringo Starr

John Varvatos
2014-07-08 07:35 164

-- Melancarkan Inisiatif Kebajikan Mendatangkan Manfaat kepada Tabung Keamanan & Kasih Ringo Starr #PEACEROCKS

NEW YORK, 8 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Pada ulang tahun kelahiran beliau yang ke-74, John Varvatos dengan bangganya menampilkan Ringo Starr dalam kempen pengiklanan Musim Luruh 2014. Pelancaran ini juga menandakan bermulanya inisiatif yang menggabungkan kempen tersebut, filem pendek dan komponen media sosial bagi menyokong Tabung Keamanan & Kasih Ringo Starr.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140707/124878

Program bersepadu ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap Tabung Keamanan & Kasih Ringo Starr, menerusi Yayasan David Lynch, yang membantu melaksanakan kaedah mengurangkan tekanan untuk semua populasi berisiko yang mengalami tekanan kronik tahap epidemik dan gangguan berkaitan tekanan yang boleh mencetuskan keganasan, jenayah serta kos penjagaan kesihatan yang melambung tinggi.

Komponen media sosial berkisar pada #PEACEROCKS. Kempen menyeru tindakan ini menggalakkan setiap peserta untuk berkongsi foto diri mereka yang memaparkan tanda keamanan ikonik menerusi Instagram, Twitter dan juga Facebook. Bagi setiap foto #PEACEROCKS yang ditag, $1 akan didermakan sehingga akhir tahun 2014.

Imej kempen ini telah ditangkap oleh jurugambar rock, Danny Clinch di Los Angeles. Diilhamkan daripada fotograf vintaj, Ringo Starr duduk di atas kerusi kayu yang diukir bersama merpati putih yang bertenggek di atasnya, di samping menunjukkan tanda keamanan beliau yang terkenal itu, yang kini menjadi tanda penting kempen tersebut.

"Setelah sekian lama saya menantikan saat untuk menjadi model lelaki," kata Ringo sambil ketawa. "dan ia dilakukan dengan cara hebat – kesemuanya untuk tujuan yang baik. Saya menyeru semua orang untuk menyertai kami dan turut menggunakan #PeaceRocks. Bagi setiap muat naik, John akan mendermakan satu dolar kepada Tabung Keamanan & Kasih Ringo Starr, yang mendidik kaedah meditasi untuk golongan yang berisiko dan menderita melalui Yayasan David Lynch. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada John atas kempen ini dan semua yang telah diusahakan beliau – seorang insan yang benar-benar mulia. Maka ingatlah, #PeaceRocks dan Kasih Disebar! Keamanan & Kasih."

"Ringo telah menjadi ikon sebenar untuk diri saya sejak kecil lagi. Muzik dan naluri beliau adalah tersendiri bukan sahaja dalam dunia rock n' roll malah juga dalam dunia sebenar. Mengenali dan bekerja dengan beliau merupakan salah satu pengalaman paling memotivasikan dan menguja dalam hidup saya," kata Varvatos.

Rakan Ringo Starr turut serta bagi menunjukkan sokongan mereka dalam filem pendek 3 minit gaya dokumentari yang akan ditayangkan hari ini melalui johnvarvatos.com/peacerocks.

#PEACEROCKS @JOHNVARVATOS @RINGOSTARRMUSIC

Klik di sini bagi mengakses video dan imej daripada kempen Musim Luruh 2014, menampilkan Ringo Starr:
http://mm.gettyimages.com/mm/nicePath/gyipa_public?nav=pr232077518 

Source: John Varvatos
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Fashion Music Corporate Social Responsibility Not for profit