omniture

Coherus BioSciences Lantik Dr. V. Bryan Lawlis, Jr. sebagai ahli Lembaga Pengarah

Coherus BioSciences
2014-07-10 10:07 141

REDWOOD CITY, California, 10 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Coherus BioSciences, Inc. ("Coherus"), hari ini telah mengumumkan pelantikan V. Bryan Lawlis, Jr., Ph.D., mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Itero Biopharmaceuticals, sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO

"Menyertai Lembaga Pengarah yang berbakat ini merupakan suatu penghormatan dan saya amat teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan ahli Lembaga dan pihak pengurusan bagi menjadikan Coherus sebagai peneraju perniagaan biosimilar yang baru muncul ini," ujar Dr. Lawlis. "Saya tidak sabar-sabar untuk bertugas bersama Denny dan pasukan veteran beliau yang terdiri daripada pakar industri biofarmaseutikal bagi berusaha menghasilkan biosimilar berkualiti tertinggi untuk para pesakit di serata dunia."

"Bryan merupakan eksekutif berpengalaman yang mempunyai pengalaman lebih 33 tahun daripada segi kepimpinan saintifik dan teknikal dalam bidang sains proses biofarmaseutikal untuk Coherus," kata Denny Lanfear, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik, Bryan telah memberi sumbangan penting terhadap kemajuan produk kami menerusi sokongan ahli sains terkenal lain dalam SAB (Lembaga Penasihat Saintifik) kami. Bryan turut mempunyai beberapa kemahiran serta asas pengalaman yang penting untuk Lembaga Pengarah kami bagi mengurus pengkomersilan terapeutik biosimilar kami dan turut meningkatkan skala operasi."

Dr. Lawlis merupakan pengasas bersama dan merupakan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif Itero Biopharmaceuticals, Inc. bermula pada 2006 hingga tamat operasinya pada Ogos 2011. Sebelum Itero, beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Aradigm Corporation bermula pada Ogos 2004 dan menjadi ahli Lembaga Pengarah bermula pada Februari 2005, meneruskan kedua-dua kapasiti ini hingga Ogos 2006. Dr. Lawlis turut memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Aradigm Corporation bermula pada Jun 2003 hingga Ogos 2004.

Dr. Lawlis ialah pengasas bersama Covance Biotechnology Services, operasi pengilangan biofarmaseutikal kontrak dan telah memegang jawatan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bermula pada 1996 hingga 1999, dan juga Pengerusi syarikat bermula pada 1999 hingga 2001, apabila ia telah dijual kepada Diosynth, Inc., bahagian Akzo Nobel, NV. Bermula pada 1981 hingga 1996, Dr. Lawlis telah bekerja di Genencor, Inc., dan juga Genentech, Inc. Jawatan terakhir beliau di Genentech, Inc. ialah sebagai Naib Presiden Sains Proses.

Dr. Lawlis merupakan ahli lembaga syarikat dagangan awam BioMarin Pharmaceutical, Inc., Geron, Inc. serta KaloBios, Inc. Di samping itu, Dr. Lawlis memainkan peranan sebagai ahli lembaga dua syarikat swasta, Sutro Biopharma, Inc. dan Reform, LLC.

Dr. Lawlis merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mikrobiologi dari University of Texas di Austin dan Ph.D. dalam bidang Biokimia dari Washington State University.

Latar Belakang Coherus BioSciences, Inc.

Coherus ialah syarikat dengan platform biologik ulung, bertumpu pada penyediaan terapeutik biosimilar berkualiti tinggi yang dapat melanjutkan capaian pesakit kepada ubat-ubatan yang dapat mengubah kehidupan di seluruh dunia. Beribu pejabat di San Francisco Bay Area dan ditubuhkan oleh sekumpulan perintis bioteknologi yang membantu membina industri bioterapeutik generasi pertama di Amerika, Coherus telah membangunkan model perniagaan kolaboratif yang memanfaatkan konsortium strategik penyedia perkhidmatan disejajarkan melalui pemilikan dan insentif bersama. Perkongsian pengkomersilan global Coherus termasuklah syarikat biofarmaseutikal utama di Eropah, Asia dan juga Amerika Latin.

Biosimilar bertujuan untuk digunakan bagi menggantikan biologik sedia ada, berjenama bagi merawat pelbagai penyakit kronik dan juga penyakit yang mengancam nyawa, serta berpotensi mengurangkan kos dan melanjutkan capaian pesakit. Bagi mendapatkan maklumat tambahan, sila layari www.coherus.com.

Hubungi – Beth Jimisonbjimison@coherus.com +1.650.649.3526

Source: Coherus BioSciences
Keywords: Biotechnology Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements