omniture

Teknologi Lembu Sesuai Dipakai Dairymaster, MooMonitor Diakui Sistem Pengesanan Berahi Automatik Terbaik Seluruh Dunia

88.6 peratus Pengenalan Tepat Kitar Estrus
Dairymaster
2014-07-11 03:46 167

CINCINNATI, 11 Julai 2014 /PRNewswire/ -- Dairymaster, pengeluar kelengkapan berteknologi tinggi untuk perladangan tenusu, merupakan peneraju dunia dalam pengesanan keadaan estrus lembu. Kajian yang dijalankan di Kansas State University dan diterbitkan minggu ini menerusi Journal of Dairy Science menyatakan secara khusus imbasan melalui ultrasonografi mengesahkan 88.6 peratus lembu yang dikenal pasti menerusi aktiviti (oleh MooMonitor) berada dalam keadaan estrus. Hasil ini setanding dengan beberapa sistem lain yang diuji, yang berketepatan antara 70 hingga 80 peratus.

"Jelas ini memberi kesan yang besar terhadap produktiviti," ujar Dr Edmond Harty, Ketua Pegawai Eksekutif Dairymaster. "Jika penternak boleh mengenal pasti dengan betul lembu yang perlu dibuntingkan, beliau akan mendapat kembali €250 bagi setiap kehilangan berahi lembu yang mungkin dialaminya. Pastinya, menerusi MooMonitor, kesemuanya boleh dilakukan tanpa perlu mengorbankan tidur."

Kajian ini turut mendapati lembu bukan dalam kitar tersebut boleh dikenal pasti – masalahnya adalah ketika waktu kitar estrus tidak berlaku dan bukannya ketika waktu kitar tersebut berlaku. Lembu tersebut perlu dikenal pasti dan dirawat oleh doktor haiwan dengan segera. Jika tidak, lembu tersebut tidak dapat dibuntingkan dan menyebabkan penternak mengalami kerugian setiap hari.

"Walaupun kami amat gembira atas keputusan positif kajian tersebut yang menunjukkan keberkesanan MooMonitor, itu bukanlah tujuan kami turut sama terlibat," jelas Harty. "Kami terlibat untuk mengenal pasti waktu berahi lembu berlaku, tempoh berahi tersebut kekal dan juga waktu terbaik untuk inseminasi berlaku yang memaksimumkan kadar perjaninan." Memandangkan Dairymaster bukan sahaja didorong oleh keperluan para pengguna, malah juga oleh aplikasi sains, maklumat yang diperoleh ini adalah penting untuk kami serta untuk para petenusu di seluruh dunia."

Keputusan kajian menunjukkan kebanyakan tempoh berahi lembu berlaku pada waktu malam dan terdapat perbezaan yang jelas dalam jurang antara bermulanya berahi dan waktu perjaninan, bergantung pada usia lembu tersebut dan juga bilangan kebuntingan sebelum ini. Di samping mengenal pasti lembu berahi, mengoptimumkan pemasaan inseminasi boleh meningkatkan kadar perjaninan secara signifikan, dengan keberkesanan yang lebih tinggi dan tanpa usaha yang lebih. Ini bermakna lembu tersebut adalah lebih produktif. Layari http://www.dairymaster.com/heat-detection/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi mendapatkan Maklumat lanjut, layari:

Maklumat Lanjut tentang Dairymaster 
Maklumat Lanjut tentang MooMonitor 
Testimonial MooMonitor 
info@dairymaster.com 

SUMBER  Dairymaster

Source: Dairymaster
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service Survey, Polls & Research