omniture

Thales Merasmikan Hab Inovasi di Singapura

Thales
2014-10-17 07:44 109

- Thales merasmikan Hab Inovasi Singapura, pusat berbilang disiplin yang diilhamkan oleh konsep Asia, inovasi Asia dan juga pemikiran Asia.

- Hab ini akan melibatkan pelanggan dan menggunakan konsep serta amalan baharu seperti Pemikiran Rekaan bagi mengenal pasti keperluan dan bersama membangunkan penyelesaian.

- Pasukan inovasi menikmati faedah sokongan kerajaan dan perkongsian dengan institusi Singapura serta rangkaian global pasukan inovasi Thales.

SINGAPURA, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Thales, peneraju teknologi global daripada segi Aeroangkasa, Pengangkutan serta Pertahanan & Keselamatan, hari ini merasmikan Hab Inovasi Thales Singapura, yang mewakili pusat inovasi berbilang disiplin pertama Kumpulan itu di luar Eropah.

Konsep di sebalik Hab ini adalah untuk mencari inspirasi daripada konsep Asia, inovasi Asia serta pemikiran Asia, agar dapat mencapai pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan pengendalian pelanggan di rantau itu, selain mereka bentuk produk serta perkhidmatan baharu yang memenuhi keperluan khusus tersebut.

Pasukan Thales akan melibatkan pelanggan dalam inovasi berpaksikan pengguna, mereka bentuk bersama, menghasilkan prototaip dan turut menguji idea serta konsep baharu merentasi bidang daripada pertahanan, keselamatan maritim, sehinggalah aeroangkasa, pengurusan lalu lintas udara serta bandar pintar.

Pasukan inovasi telah dilatih oleh Akademi Pemikiran Rekaan dan Inovasi daripada Majlis DesignSingapore bagi mengaplikasikan konsep inovasi Pemikiran Rekaan[1], pendekatan penyelesaian masalah baharu yang berpaksikan matlamat yang dibangunkan bagi meneliti semua alternatif berpotensi untuk masalah rekaan khusus.

Thales mempunyai kelayakan bertaraf dunia dalam penyelidikan dan teknologi, serta melaburkan secara purata 20 peratus daripada kadar pusing ganti tahunannya dalam Penyelidikan & Pembangunan. Oleh itu pasukan Singapura akan mendapat faedah daripada sokongan global yang hebat, termasuk akses kepada rangkaian dalaman pengamal rekaan, kumpulan pakar global dari serata domain Thales, yang menyemai kolaborasi bersilang bagi memperhalusi rekaan dan inovasi. Pasukan itu akan dikukuhkan lagi dengan perkongsian yang ditempa dengan Universiti Teknologi & Rekaan Singapura (SUTD)[2], melalui persetujuan kolaborasi dan latihan amali.

"Kami gembira Thales telah memilih Singapura untuk membuka hab inovasi berbilang disiplin mereka yang pertama di luar Eropah. Keputusan untuk menempatkan Hab Inovasi Thales di Singapura menunjukkan kepentingan yang semakin meningkat untuk pengguna tetap Asia Thales, serta keyakinan berterusan Thales terhadap Singapura sebagai peneraju inovasi di rantau itu," kata En. Quek Swee Kuan, Timbalan Pengarah Urusan, Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.

"Inovasi merupakan sebahagian daripada darah daging kami. Thales melabur lebih banyak dalam penyelidikan dan teknologi berbanding kumpulan perindustrian lain dan dengan perasmian ini kami menguatkan lagi komitmen ini terhadap inovasi. Dengan memanfaatkan pasukan berbilang budaya dan berbilang disiplin Thales di Asia dan di seluruh dunia, keseluruhan portfolio teknologi dan penyelidikan Kumpulan itu boleh diakses oleh pelanggan tempatan bagi memenuhi keperluan mereka di setiap negara strategik kami seperti Singapura," kata Jean-Bernard Levy, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Thales Group.

Nota Kepada Editor

1. Latar belakang pasukan Hab Inovasi Singapura dan Pemikiran Rekaan

Pasukan Thales dilatih oleh Akademi Pemikiran Rekaan dan Inovasi daripada Majlis DesignSingapore yang dilengkapi dengan "Alatan dan Kaedah untuk Melaksanakan Pemikiran Rekaan" – bengkel yang meliputi proses pemikiran rekaan dan inovasi serta beberapa topik seperti empati pengguna, pemprototaipan pantas serta ujian pengguna.

Pemikiran rekaan ialah kaedah berasaskan penyelesaian yang formal untuk penyelesaian yang praktikal dan kreatif untuk masalah. Pendekatan ini berbeza daripada kaedah saintifik analitis, yang bermula dengan mentakrifkan sepenuhnya semua parameter sesuatu masalah untuk menghasilkan penyelesaiannya. Pemikiran Rekaan mengenal pasti dan menyiasat aspek yang diketahui dan aspek tidak diketahui untuk keadaan semasa bagi menemui parameter tersembunyi dan laluan alternatif terbuka bagi sesuatu penyelesaian. Memandangkan Pemikiran Rekaan adalah berlelaran, "penyelesaian" tahap pertengahan juga boleh menjadi titik permulaan berpotensi untuk laluan alternatif, termasuk pentakrifan semula masalah asal.

2. Latar belakang perkongsian yang diwujudkan dengan Universiti Singapura

Bagi mengukuhkan Hab Inovasi di Singapura, Thales mewujudkan perkongsian mantap dengan Universiti Teknologi & Rekaan Singapura (SUTD). SUTD, yang ditubuhkan dalam perkongsian rapat dengan MIT di AS telah menggabungkan input daripada industri ke dalam kurikulumnya bagi memenuhi keperluan dunia. Dengan mengambil pelajar latihan amali daripada SUTD dan menyertai Program Capstone SUTD (projek rekaan bersepadu untuk pelajar ijazah sarjana muda tahun akhir). Thales berharap dapat menyuntik perspektif segar ke dalam cabaran inovasi kami dan menambah lagi jumlah bakat kejuruteraan yang peka Rekaan di Singapura.

Latar Belakang Thales

Thales ialah peneraju teknologi global dalam pasaran Aeroangkasa, Pengangkutan serta Pertahanan & Keselamatan. Pada tahun 2013, syarikat itu telah menjana hasil sebanyak EUR14.2 bilion dengan 65,000 kakitangan di 56 negara. Dengan 25,000 jurutera dan penyelidik, Thales mempunyai kemampuan tersendiri untuk mereka bentuk, membangunkan dan juga mengatur penggunaan peralatan, sistem serta perkhidmatan yang memenuhi keperluan keselamatan yang paling rumit. Thales mempunyai jejak antarabangsa yang mengagumkan, dengan pengendalian di seluruh dunia bersama para pelanggan dan rakan kongsi tempatan.

Sila lawati

Thales Group
Thales Innovation 
DesignSingapore

Maklumat Perhubungan Akhbar

Rice Communications

Amala Naravane
+65-8186-9460
amala.naravane@ricecomms.com

Maklumat Perhubungan Media Thales

Alexandre Perra
+33-(0)1-57-77-86-26
alexandre.perra@thalesgroup.com

Source: Thales
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Corporate Expansion New products/services