omniture

Perkembangan Terkini CVBT

CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
2014-11-07 03:00 114

LAS VEGAS, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- CardioVascular BioTherapeutics, Inc. ("CVBT" atau "Syarikat") mengumumkan pada 16 September 2014, Naib Canselor Delaware menandatangani Perintah Akhir bagi menyokong undi pemegang saham Syarikat untuk menggantikan pengarah Syarikat sedia ada dengan Calvin A. Wallen III, Jon S. Ross Esq., Mickael A. Flaa, Grant Gordon, Robert (Wayne) Blackburn, James R. Richards, Robert W. Schleizer serta Alfred C. Moran.

Sejurus pemberitahuan Perintah Akhir itu, mesyuarat Lembaga Pengarah CVBT baharu telah diadakan, yang melaluinya Calvin A. Wallen III dilantik sebagai Pengerusi, Mickael A. Flaa dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan, manakala Jon S. Ross Esq. dilantik sebagai Setiausaha.

Daniel C. Montano, John (Jack) Jacobs, Ernest C. Montano, Viktoriya T. Montano, Ernest Montano III serta Joong Ki Baik telah disingkirkan daripada kesemua jawatan, jawatankuasa dan juga pelibatan dalam CVBT. Mereka tidak lagi mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak CVBT ataupun mengakses harta Syarikat atau maklumat sulit Syarikat. Syarikat juga bercadang untuk mengambil segala tindakan yang perlu bagi menguatkuasakan sekatan tersebut.

Sebelum Perintah Akhir itu dikeluarkan, Syarikat telah mengalami kekurangan modal selama beberapa tahun dan berada di bawah Perintah Status Quo selama hampir 13 bulan. Perintah Status Quo kini ditarik balik manakala Lembaga Pengarah dan Pengurusan baharu pula berusaha keras untuk membangunkan semula Syarikat setelah bertahun-tahun tidak aktif. Ini akan memakan masa serta melibatkan komitmen dan juga pengorbanan, namun Lembaga Pengarah telah menerima pakai rancangan, yang bakal dilaksanakan oleh Pihak Pengurusan, untuk (1) menyusun semula dan mendapatkan semula modal Syarikat, (2) memulakan pembuatan bahan aktif farmaseutikal CVBT, (3) menjelaskan laluan kawal selia dengan FDA untuk program klinikal Ulser Kaki Diabetes Kronik CVBT dan juga program klinikal Rawatan Penyakit Jantung Koronari Teruk oleh CVBT, serta (4) memperkenalkan Syarikat kepada masyarakat awam sekali lagi.

Lembaga Pengarah baharu menghargai sokongan yang diberikan oleh para pemegang saham dan memahami keinginan bagi mendapatkan maklumat dan berita terkini. Walaupun Lembaga Pengarah baharu bercadang untuk melaporkan "Keputusan Yang Penting", sila fahami usaha untuk membangunkan semula CVBT akan memakan masa dan kini terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan.

Latar Belakang CardioVascular BioTherapeutics
CVBT merupakan syarikat biofarmaseutikal yang menghasilkan calon ubat (drug candidate) untuk penyakit yang dikesan dengan kekurangan aliran darah ke tisu atau organ. Syarikat tersebut ialah penaja ujian percubaan Fasa II bagi merawat penyakit jantung koronari yang teruk (CVBT-141H) yang kini dihentikan buat sementara waktu, dan telah menerima pensijilan FDA untuk ujian percubaan Fasa I bagi merawat penyakit arteri periferi (CVBT-141C). Percubaan bagi merawat ulser kaki diabetes kronik (CVBT-141B) sedang dirancang dan menunggu kelulusan daripada FDA.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran berita ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Keputusan dan hasil sebenar mungkin jelas berbeza daripada apa yang dibincangkan atau dijangkakan. Sebagai contoh, kenyataan berkaitan dengan jangkaan untuk penyelidikan baharu, kemajuan dengan percubaan klinikal atau inisiatif perniagaan masa hadapan merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Faktor yang mungkin mempengaruhi hasil sebenar termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kelulusan FDA bagi calon ubat CVBT, penerimaan pasaran bagi produk CVBT oleh para pelanggan, perkembangan baharu dalam industri, pendapatan masa hadapan, perbelanjaan masa hadapan, margin masa hadapan, akses kepada modal, penggunaan wang tunai serta prestasi kewangan.

Maklumat Perhubungan Media:
Corey M. Flaa
CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
cflaa@cvbt.com

Source: CardioVascular BioTherapeutics, Inc.
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements