PULAU PINANG, Malaysia, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- Berita baik untuk para peminat Superdry yang tinggal di Pulau Pinang: Kini anda boleh membeli-belah di SuperdryStore di Plaza Gurney tanpa perlu melakukan perjalanan ke bandar Kuala Lumpur bagi mendapatkan pakaian kegemaran anda.
Jenama gaya hidup British Superdry membuka kedai keempatnya di Malaysia dan disambut oleh para pembeli yang tidak sabar-sabar menantikan hadiah percuma dan tawaran eksklusif yang disediakan.
SuperdryStore menempati ruang kedai satu tingkat seluas 2,300 kaki persegi di Plaza Gurney yang menyediakan pakaian dan aksesori yang kasual serta kontemporari untuk lelaki dan juga wanita di dalam persekitaran yang rancak dan eklektik.
Superdry digemari kerana memaparkan koleksinya di dalam persekitaran runcit dengan rekaan tersendiri. Pavilion KL tidak terkecuali, menampilkan candelier berbentuk balang jem besar, selain meja tampal cantum tiga serangkai yang diperbuat daripada kayu tebus guna dan juga penggunaan keluli mentah secara menyeluruh. Inovasi rekaan lain yang terserlah termasuklah kabinet denim gaya berbentuk kotak khas, lantai kayu oak yang antik, papan tren kayu oak vintaj dengan sendi berlapis dan kemasan dinding batu bata.
Superdry The Event @ Hin Bus Depot Art Centre
Bagi menandakan kehadirannya di bahagian utara, Superdry menjadi hos untuk pesta muzik yang diadakan bagi lebih 1,000 peminat tempatan dan antarabangsa, yang menghidupkan pentas dan konsep di ruang kreatif Hin Bus Depot Art Centre, Georgetown.
Malam eksplorasi muzik ini dimeriahkan dengan DJ Xu daripada Lapsap, DJ Alex Asquared daripada Deer Society dan DJ Ramsey Westwood, serta pertunjukan fesyen koleksi Musim Luruh Musim Sejuk 2014 dan juga koleksi Musim Bunga Musim Panas 2015 oleh Superdry. Acara luar itu mengakhiri malam yang sempurna bersama rakan kongsi yang menjayakannya termasuk Asahi yang menyediakan bar aliran bebas dan BOSE yang menyediakan bunyinya. Bagi melihat gambar pesta itu, klik http://ow.ly/DPOGi
Latar Belakang Superdry
Hasil daripada percutian di Tokyo yang menjadi sumber inspirasinya, Superdry telah diwujudkan pada tahun 2003 oleh Julian Dunkerton dan James Holder – kedua-duanya masih merupakan nadi jenama tersebut hingga ke hari ini. Kini dijual di lebih 100 negara di seluruh dunia, Superdry merupakan kisah sebenar kejayaan dalam bidang fesyen British berteraskan jenama yang sinonim dengan rekaan perincian yang halus, fabrik berkualiti dan juga potongan khas British. Berdasarkan citraan Jepun dan pakaian sukan vintaj Amerika, Superdry telah berkembang menjadi jenama gaya hidup British paling beragam dengan capaian global sebenar. Koleksi yang berkualiti dan bergaya dijual di lebih 400 pusat jualan global dari London ke Mumbai, serta New York hinggalah ke Hong Kong.
Dilancarkan bagi memenuhi ruang yang terdapat dalam pasaran, jenama tersebut mengukuhkan reputasinya melalui inovasi. Koleksi pakaian lelaki dan aksesori pantas berkembang dan pada tahun 2005 Superdry melancarkan koleksi pakaian wanita pertamanya. Pada awalnya koleksi pakaian wanita mencerminkan gaya lelaki jenama itu, dan kini semakin matang untuk memasukkan pakaian luar yang ranggi, pakaian denim serta feminin dan juga sulaman yang bergaya.
SuperGroup, syarikat induk Superdry, terapung pada bursa saham tahun 2010 dan kini disenaraikan sebagai syarikat FTSE 250.
SENARAI KEDAI:
Superdry Pavilion
Lot 4.03.00, Tingkat 4,
Pavilion Kuala Lumpur
169, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +603-2141-3429
Superdry Mid Valley
Lot G039 -- G040, Tingkat Bawah
Mid Valley Megamall, Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Tel: +603-2282-0830
Superdry Sunway Pyramid
Lot G1.65 -- G1.66, Tingkat Bawah
Zon Oren, Pusat Beli-Belah Sunway Pyramid
3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
46150 Petaling Jaya
Tel: +603-5621-0708
Superdry Plaza Gurney
Lot 170-G-68/69, Tingkat Bawah,
Menara Baharu, Plaza Gurney,
Persiaran Gurney,
10250 Pulau Pinang
Tel: +604-226-4995