omniture

Koleksi Wain Grange Paling Lengkap dan Tersendiri di Dunia Merentasi 60 Tahun Dilancarkan Le Clos di Dubai

Le Clos
2014-11-08 07:46 160

DUBAI, UAE, 8 November 2014 /PRNewswire/ --

Satu-satunya koleksi yang merangkumi setiap wain vintaj yang pernah dikeluarkan kini dijual pada harga AUD 660,000

Koleksi Penfolds Grange yang paling lengkap dan tersendiri yang pernah dijual kini boleh didapati pada harga AUD 660,000 di peruncit wain berkualiti tinggi dan minuman alkohol mewah Le Clos, yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai di persimpangan dunia.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/72762586-le-clos-australian-wine-in-dubai/

Menggunakan kepakarannya sebagai sumber semua wain vintaj ini, Le Clos memilih susun 60 tahun sejarah wain Australia dalam 61 botol, termasuklah;

  • Cabernet Sauvignon 1953 Grange yang sangat sukar untuk ditemui, dipercayai hanya ada beberapa botol sahaja di dunia ini
  • wain 'vintaj tersembunyi'; 1957, 1958 dan 1959
  • wain vintaj memenangi anugerah yang dianggap antara yang terbaik di dunia; 1955, 1976, 1990 dan 2008
  • Penfolds Grange 2010 yang terkini dilancarkan bulan lepas sempena pengeluaran ke-60 berturut-turut bagi wain itu

Pembuat Penfolds Grange telah bekerjasama rapat dalam kolaborasi bersama Le Clos untuk memperakui koleksi itu, termasuk pembotolan semula enam vintaj oleh Ketua Pembuat Wain Penfolds Peter Gago.

Le Clos telah mencipta usul yang inovatif untuk jualan, agar bakal pembeli dapat mengagumi rantaian berterusan wain vintaj sebagai sebahagian daripada set pengumpul lengkap, serta penambahan dua wain vintaj dari setiap dekad, untuk mereka rasai dan nikmati.

Oliver Dixon, Ketua Wain Le Clos memberi komen: "Semangat kami yang mementingkan pelanggan menggiatkan kami untuk mencipta koleksi ini. Di Le Clos kami sangat bangga dapat mengumpul semak set Grange yang paling lengkap dan tersendiri di dunia. Kami teruja dapat membawakan sesuatu yang sangat jarang ditemui kepada penggemar wain yang mengembara ke Dubai atau yang bersinggah sebentar di Dubai."

Peter Gago, Ketua Pembuat Wain Penfolds pula berkata: "Kami gembira kerana Le Clos telah memilih susun koleksi lengkap wain vintaj Penfolds Grange dari jangka masa 60 tahun itu, yang terdiri daripada 61 botol, dan kini sedia untuk dijual di persimpangan dunia di Dubai. Dengan reputasi yang sudah mantap kerana membawakan produk yang tersendiri dan jarang didapati kepada pasaran, Le Clos ialah lokasi ideal untuk menyampaikan kisah Penfolds Grange kepada pengguna global."

Le Clos telah menghantar koleksi wain itu dengan penuh penjagaan rapi dalam simpanan terkawal iklim, 12,000 km ke kediaman baharunya di Dubai, melalui perkongsian bersama syarikat Emirates Group, dnata, Skycargo dan juga Freightworks. Peruncit itu telah mencipta pemasangan pameran rekaan khas dan terkawal iklim yang direka bagi mempamerkan 'permata paling berharga' ini di dalam kedai, dengan video serta laman mikro yang memperincikan garis masa bersejarah dan kisah Grange agar dapat dinikmati pelanggan pada masa santai mereka, di lapangan terbang atau dalam talian melalui laman web Le Clos http://www.leclos.net.

Sumber: Le Clos

Source: Le Clos
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages New products/services