omniture

Howco Group Ambil Alih CTL Engineering Ltd.

Howco Group
2014-11-08 08:01 131

GLASGOW, Scotland, 8 November 2014 /PRNewswire/ -- Howco Group mengumumkan tentang pengambilalihan yang telah selesai bagi CTL Engineering Ltd. yang berpangkalan di Manchester, England. Howco khususnya menyediakan perkhidmatan untuk sektor perkhidmatan medan minyak, dengan kerja operasi di AS, Scotland, England, Kanada, Singapura, Malaysia, China, Norway serta Dubai.

Pengambilalihan perniagaan pembuatan CTL ini adalah sebahagian daripada pembangunan strategik Howco bagi memantapkan lagi kehadirannya sebagai rantaian bekalan dalam sektor perkhidmatan minyak dan gas huluan. Ketika pertumbuhan diramalkan untuk industri, pengambilalihan ini adalah penting bagi perniagaan pengeluaran yang diiktiraf dan dihormati, yang mempunyai rekod prestasi kualiti dan perkhidmatan terbukti. Howco bercadang untuk meneruskan reputasi CTL yang mantap dan mengembangkan unsur perniagaannya dalam struktur global Kumpulan ini.

"CTL bukan sekadar meningkatkan kapasiti pembuatan Howco Group, malah ia turut menawarkan pengalaman dan reputasi kualiti dalam sektor peralatan Minyak & Gas," kata Dave Davidson, Ketua Pegawai Eksekutif Howco. "Ini menambahkan pelaburan yang kini turut dilakukan untuk perniagaan pembuatan kami di Irvine, Scotland dan kemudahan dengan matlamat baharu yang dibina di Johor, Malaysia yang menitikberatkan usaha menyediakan perkhidmatan bersepadu daripada bekalan bahan mentah hinggalah kepada produk akhir yang dihasilkan melalui mesin untuk pengilang peralatan asal (OEM) Downhole dan Wellhead."

"Kami gembira kerana akhirnya menjadi sebahagian daripada Howco Group, organisasi besar pada peringkat global dan syarikat yang dapat menyerlahkan potensi pertumbuhan yang dimiliki oleh tenaga kerja kami yang komited dan berkemahiran," ulas Ian Booth, Pengarah Urusan CTL. "Pengambilalihan oleh Howco ini menandakan masa depan yang cerah untuk CTL dalam pasaran yang menepati set kemahiran dan kepakaran kami."

CTL akan menjadi bahagian penting bagi perniagaan penghasilan medan minyak Howco, lalu menyediakan lebih banyak pilihan produk dan perkhidmatan. Pada masa kini, kemudahan CTL berjaya menyokong sektor ini, namun infrastruktur sedia ada boleh diperluas, dan dengan kehadiran pasaran yang dipertingkat melalui Howco, akan wujud peluang yang lebih tinggi bagi menghasilkan produk keluaran kompleks untuk pasaran minyak dan gas.

Di bawah arahan pengurusan Howco, Kumpulan itu akan meneruskan kekuatan pasukan semasa dan memanfaatkan kepakarannya bagi membantu memperluas serta membangunkan kehebatan teknologi CTL, lalu membantu perniagaan memanfaatkan kemahiran terasnya dan juga reputasinya yang mantap.

Latar Belakang Howco Group
Howco (www.howcogroup.com) ialah pembekal dan pemproses bebas terbesar untuk Aloi berasaskan Keluli, Krom, Dupleks, Tahan Karat dan juga Nikel bagi industri Minyak dan Gas. Beribu pejabat di Glasgow, Scotland serta Houston, Texas dengan beberapa pejabat tambahan di seluruh AS, Scotland, England, Kanada, Singapura, Malaysia, China, Norway dan Dubai, Howco merupakan organisasi bersepadu yang tersendiri, menawarkan perkhidmatan menyeluruh kepada syarikat terkemuka di seluruh dunia daripada bekalan komponen hinggalah pakej siap guna dan penyelesaian diuruskan projek yang lengkap. Sebagai syarikat anggota Sumitomo Corporation Group, Howco juga mempunyai jaringan sumber dan kepakaran pada peringkat global untuk dimanfaatkan ketika mencipta penyelesaian untuk menangani cabaran perniagaan yang tersendiri.

Latar Belakang CTL Engineering Ltd
CTL Engineering Ltd. (ctl-eng.com) merupakan pakar terkemuka daripada segi perolehan dan pemasangan mesin CNC yang dipercayai dapat menyediakan sokongan penting untuk organisasi industri berbilang sektor di seluruh dunia selama 55 tahun. CTL berkebolehan untuk menghasilkan dan memasang komponen berintegriti tinggi bagi aplikasi perkakas untuk sektor minyak dan gas, hasil daripada pengalaman yang luas dalam pembuatan komponen berketepatan tinggi yang dibuat daripada keluli aloi hinggalah aloi berasaskan nikel. CTL mempunyai ibu pejabat di Manchester, England.

Source: Howco Group
Keywords: Gas Machinery Oil/Energy Utilities Acquisitions, mergers, takeovers